Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya,
Tolong beritahu si dia, Cinta Agung adalah CintaNya,
Tolong beritahu si dia, Cinta manusia bakal
Membuatnya Alpa...
Tolong nasihati si dia, jangan Menyintaiku
Lebih dari dia Menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, Jangan Mengingatiku
Lebih dari dia mengingati Yang Maha Berkuasa...
Tolong nasihati si dia, Jangan Mendoakanku
Lebih dari dia Mendoakan Ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Allah Kerana di situ ada Syurga..
Tolong katakan pada si dia, Dahulukan Ibu bapanya
Kerana di telapak itu Syurganya...
Tolong ingatkan si dia, Aku terpikat kerana
Imannya bukan Rupanya..
Tolong ingatkan si dia, Aku lebih Cintakan
Zuhudnya bukan Hartanya..
Tolong ingatkan si dia, Aku Kasihinya
Kerana Santunnya bukan manis bicaranya...
Tolong tegur si dia, bila dia mula
Mengagungkan Cinta manusia,
Tolong tegur si dia, bila dia
Tenggelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur si dia, andai
nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik
yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, Aku masih
Milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya
Besar kepada keluarga..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap Cinta
Dikala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
Enggan dirapati kerana Menjaga Batasan Cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi
Penyebab bertambah Rindunya...
Tolong pesan pada si dia, Aku tidak Mahu menjadi Fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan pada si dia, Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan pada si dia, Aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong Sampaikan pada si dia, Aku mendambakan Cinta Suci yang terjaga..
Tolong Sampaikan pada si dia, Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong Sampaikan pada si dia, Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia, kerana Aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui
siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...
Moga dia bagai seekor lebah yang Sentiasa Memuji Keagungan Yang Maha Kuasa,
Memasuki Taman Larangan dengan Sopan Santunnya dan bertemu Mawar berduri yang Terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
-
Kembara Assyafie-