JT

Assalamualaikum wbt..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan keluarganya.

Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat dan ikhlas menghadapi segalanya di dunia.

Hari ini 18 Mac 2013, keputusan STPM keluar. Moga semua pelajar mendapat keputusan yang masing - masing inginkan. Moga keputusan itu terbaik buat diri dan keluarga. Tinggi atau tidak , pointer banyak atau sikit..terima dengan lapang dada. Mungkin itu hikmah yang perlu dipelajari sepanjang usaha yg telah dikerahkan. Keputusan yg mungkin membahagiakan atau yg mengecewakan itu bukan penamat bagi segalanya. Tapi ia permulaan bagi meneruskan kehidupan baru nanti.

Banyak2 berdoa dan tenang 2 shja. Tawaqal padaNya. Dia lebih tahu aa yg tebaik buat hambaNya.

* Teringat masa ambil result, saya sendirian saja
ke sekolah dihari kedua selepas keputusan dikeluar. Cikgu Ali yg tolong kirekan pointer.

May Allah bless you all,
kepada pelajar SMKBBST & SMKClifford.


~nothing can change or will i change that  ?~ Uummm...

21 Mac 2013, Keputusan STPM PENGGAL 1 akan keluar..Moga dapat keputusan yg terbaik.Aamin.
Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikim wbt. =) moga kita sentiasa dalam lindungan Allah Swt dan moga Allah redha pada diri kite.



Teringat kata - kata bekas pengetua sek ini, katanya keutamaan bagi guru adalah waktu PdP. Walau macam mana pun prority adalah di dalam kelas. Itu tidak dinafikan.

Tapi jika guru diamanahkan dengan pelbagai tugasan yang di luar kelas, itu yang menimbulkan persoalan dalam diri guru itu sendiri. Apabila guru ditugaskan pelbagai tugasan luar yang nak ataupun tidak guru perlu laksanakan dengan sebaik mungkin kerana tugasan luar ini bukan hanya melibatkan pelajar tetapi org luar. Dan perbincangan atau apabila berurusan dengan pihak luar secara tidak langsung mberi kesan kepada sekolah dan guru itu sendiri khususnya. Dan apabila melibatkan pihak luar nak ataupun tidak guru terpaksa meninggalkan kelas dan selesaikan urusan dengan mereka terlebih dahulu.

Jika guru sudah keletihan menyelesaikan tugasan luar kelas bagaimana dengan pdp ? jika guru meninggalkan kelas dan meninggalkan pelajar tanpa pengawasan mungkinkah masa itu dapat ditebus semula ? Mungkin dasesetenngah pihak lupa yang manusia hanya ada dua tangan dan dua kaki. 

TAPI...kita ada minda yang luas anugerah Allah untuk menguruskan apa yang diamanahkan. Kita ada hati yang besar untuk menerima segala cabaran dalam kehidupan. Kita ada jiwa yang kental untuk tidak mudah mengalah. Cuma mungkin kita kurang motivasi diri bila tidak mendaat sokongan, mudah hilang semangat bila menerima celaan, rungutan atau omelam daripada beberapa pihak yang tidak faham dengan apa yang ditugaskan untuk kita.,

Jadi bersabarlah. Tanamkan dalam diri bahawa kita berkerja untuk Allah dan bukan manusia. Kita ingin balasan dan redha Allah bukan manusia. Manusia itu adalah perantaraan ujian dari Dia untuk kita. Penat, sedih, tension hatta gembira itu semua dtg dari Dia. Latih dri dari tarbiyah dan hikmah Tuhan supaya lelah kitta bukan yang sia - sia. Ya kita kuat denhan Nantuan dari - Nya !
Assalamualaikum wbt...moga semuanya dalam lindungan Allah. SWT.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik.

Pelbagai perkara telah berlaku bukan sahaja pada diri kita tetapi berlaku kepada negara yang kita cintai kini Malaysia. Apa yang berlaku? Pencerobohan daripada pihak luar. Seperti yang kita sedia maklum, sejarah di antara Sabah dan kaitannya dengan Filipina iaitu Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu.

Em..kita semua sudah cukup berdebar dengan peristiwa yang berlaku, mengenangkan keselamatan sahabat,saudara yang berada di sana kini kita dihidangkan dengan pelbagai spekulasi yang tidak rasional daripada pelbagai pihak.

Selain daripada itu,hari ini 3 Mac cukup 89 tahun kejatuhan kerajaan khalifah yang diambil oleh Mustafa Kamal Artartuk yang menghancurkan Islam dengan kezaliman.

Melalui peristiwa yang berlaku..pelbgai pengajaran yang perlu kita sebagai muslim ambil.

Sejauhmana dalam diri kita menegakkan Islam ?
Sejauhmana kita berjuang untuk memakmurkan Islam di sekeliling kita ?
 Sedalam mana kecintaan kita terhadap perjuangan Rasulullah saw mempertahankan kalimah Lailahaillah?

Apakah usaha kita mempertahankan Islam di bumi Allah?
Adakah kita sedar bahawa kita perlu mengembalikan Islam di jalan yang benar dengan adanya sistem khalifah?
Adakah kita sedar yang kita dibelenghu dengan  'jahiliyyah' yang menebal dalam diri kita?

Adakah kita diantara manusia yang membuat onar terhadah agama?
Adakah kita diantara manusia yang ingin menghilangkan Islam dibumi Allah yang tercinta?
Adakah kita diantara manusia pengecut yang tidak berani mempertahankan kalimah Allah di muka bumi?
Adakah kita diantara manusia yang lemah tersadai dalam kemewahan dan kesenangan sehingga lupa perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat?
Adakah kita antara manusia yang langsu
ng tidak tahu apa yang berlaku di negara kita? tidak ambil peduli apa yang terjadi terhadap Islam?


Assalamualaikum wbt...
Maaf, sebab tidak berkesempatan utntuk singgah ke blog follower yang lain..insyaAllah akan ade nanti saye singgah..

Em..blog ni dah jadi makin suram, dengan cite-cite or post yang selalu menyuramkan..huhu...


Sukarnya untuk istiqamah, sukarnya untuk jihad, sukarnya untuk terus berdiri tabah. Selalu pesan pada pelajar, "Selagi kite tidak pecahkan perkataan 'SUSAH' tu sampai bile-bile kite tidak akan berganjak dari mendapat susah."

Ya, bagi mereka semua subjek susah, tinggal di asrama susah, kerja kursus susah dan lain-lain. Ya, cikgu pun susah 3 subjek kene pegang, pelajar 85 pelajar @ karenah dan perangai(dalam 1 masa)..tapi kalau fikirkan susah,susah sampai bila? :)

Walau ape sekalipun yang berlaku, Ikhlaskan diri dan lakukan dengan bersungguh. Kite nak mengeluh? Malulah pade Allah yang dah beri peluang kite nyawa untuk berusaha, berikan nafas untuk kite bertebaran untuk cari rezeki dan keberkatan di dunia, lakukan apa sahaja yang kite mahu di bumi..

Ujian, masalah dan rintangan itu biasa. Yang luar biasa kita bersyukur bila menerima ujian dan segalanya. Makna Allah nak latih kita jadi hamba yang taat pada Dia semata.

Masalah tetap ada, bukan berkaitan kita, mungkin masalah keluarga, masalah rakan-rakan, masalah jiran, masalah saudara-mara dan sebagainya. Latih besarkan jiwa dan lapang dada. Dan yang pasti untuk berlapang dada bukan semudah yang kita cakapkan dibibir sahaja. Bertindak dengan niat, lakukan dengan perlakuan dan redha menerimanya.

Kita bina ikhlas dalam diri, untuk lebih tabah hadapi hidup di dunia, kerana ada 1 lagi kehidupan yang perlu kite tempuhi nanti..kita sama-sama latih diri okeh..

Jam dah kul 11, esok perjalanan sangat jauh..moge perjalanan diredha Allah dan dihindari dari segala kecelakaan atau kecederaan..Amin, moge diberi kesihatan yang baik dan fizikal serta mental yang segar..aammmin..

p/s : Kehilangan mood umpama roh keluar mencari ketenangan...ambil masa untuk bertenang dan muhasabah....

                          

Ya Allah, aku hanya mampu meminta kemaafan dariMu setelah aku lakukan kesalahan, setelah aku tidak sabar dalam ujianmu, setelah aku buntu dalam cubaanmu, setelah aku lemah dalam musibahmu dan setelah aku bungkam dalam pancarobamu..

Ya Allah,
Berikan aku kesabaran Menghadapi setiap mehnah yang berada dihadapan, dibelakang, ditepi kiri dan kanan dan dari atas dan bawah.

Ya Allah,

Aku tahu..
Mereka tidak tahu tika itu aku dalam kesedihan dan semahunya mereka gembira.

Mereka tidak tahu aku dalam kelelahan dan kepenatan dan semahunya mereka lakukan apa yang mereka mahu.

Mereka tidak tahu kesakitanku dan sewenangnya mereka curahkan duri dihadapanku.

Mereka tidak tahu, berharganya masa luangku dan sewenangnya mereka mencurinya dariku.

Mereka tidak tahu keadaanku bagaimana.

Jadi, Ya Allah..

Tenangkan hatiku ketika ingin marah ,

Tambahkan keringat ketika aku kepenatan,

Bentengi lidahku dengan nama-nama indahMu daripada aku mengeluarkan kata-kata rungutan,

Pelihara telunjukku daripada menyalahkan sesiapa,

Lindungi akalku daripada berburuk sangka yang tidak baik,

Kentalkan jiwaku menghadapi sebarang karenah,

Gagahkan kakiku untuk melangkah walaupun segala tenaga telah aku curah,

Raupkan wajahku dengan senyuman walaupun aku ingin rebah dengan kesesakan,

Kuatkan tanganku untuk sentiasa bersyukur atas kasih sayangMu ini.

Mereka mahupun aku adalah hantaran ujian antara sesamanya..


Jadikan aku lebih baik dari sebelumnya,
Jadikan aku lebih baik dari sebelum ini…
Aku bukan hambaMu yang seringkali berkorban,
Namun jika Kau campakkan aku ke dalam keadaan itu,
Moga pengorbanan aku Ikhlas hanya keranaMu.
Moga RedhaMu sentiasa bersamaku..Aamin, aamin, aamin Ya Robbil Alamin..


 Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah selesai mesyuarat permulaan persekolahan kali pertama untuk hari ini dan akan disambung pade esok hari dan seterusnya. MasyaAllah, hari ini saje, pelbagai perkara yang dihenyak di atas bahu dan kepala. Em..apepun, memandangkan sekolahku sangat hebat jadi sebagai guru juga perlu bertindak secara hebat dan yang penting profesional. Satu perkare juga yang menjadi tanda tanye untuk satu tugas ‘khas’ yang paling dielak oleh semua guru akhirnye terjawab pada hari ini, dan siapa yang bertuah menyandangnya..ialah Guru Baru iaitu Saya, bagi J/K Relief. Wah..haha. Selain dari itu juga, secara rasmi ‘dianugerahkan’  9 lagi bidang tugas yang lain. Eheh, nak pengsan jap..huhu. Em..ape pun, moge segalanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan.

Program…dikira-kira yang ada setakat ini, sebanyak 63 program yang akan dijalankan dan akan ditambah dari masa ke semasa.

Cuti…hanya cuti penggal dan umum sahaja yang betul-betul cuti..sabtu dan ahad kebanyakkanya sudah dipenuhi.

Kursus…paling terdekat, PBS Ting. 1 & 2.

Tugas yang banyak bukan bermakna kite perlu lemah dan putus asa tak tentu arah. Ambillah ia sebagai ilmu dan pengalaman untuk menjadi insan yang dapat berikan manfaat pada sekelilingnya. Mudah-mudahan, Aamiin.

Jadual pun dah dapat.
Subjek M/P pun dah dapat.
Takwim pun dah ada.
Tugas Kokurikulum & Kurikulum pun dah ada dll,
Abah @ Cikgu Duan senget sebab ganggu time mesyuarat,
Pn. Pang tak kenal?..adeh, spoil...
Badan pun dah nak demam,
Esok lusa mesyuarat lagi…
Sekarang..Zzzzz.

*P/S : “Usia sekadar angka, hanya TAQWA yang membezakan makhluk disisi-Nya”



Dia lelaki pertama yang memperdengarkan kalimah Allah,
Dia lelaki pertama yang menjaga dengan penuh kasih sayang,
Dia lelaki pertama yang merasa bimbang dan khuatir keadaan anaknya,
Dia lelaki pertama yang memahami hati dan kelakuan anaknya,
Dialah lelaki pertama yang dicintai oleh anaknya...
Dialah segala-galanya yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada anaknya.


Em...merajuk sekejap..dan seperti biase abah akan lakukan taktik yang same untuk pujuk...

i love u Abah...
~Moge Allah berkati dan limpahkan rezeki dan kemuliaan buatmu di dunia dan akhirat..aamin.





p/s : "Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama."

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....
Assalamualaikum wbt...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar....






Tidak rasa ingin berbicara,
Mulut terkunci seribu bahasa,
Air mata tidak ada,
Hati sunyi tidak rasa apa-apa,
Tanda kecewa atau Bahagia?

Bagai jasad tidak bernyawa,
Fikiran entah kemana-mana,
Unggas tak berbunyi suara,
Bunga sembunyi dalam kelopaknya saja,
Tuhan, aku fikirkan apa?

Iman, apa khabar kamu?
Baik-baik sahaja?
Masih dalam hatiku yang kian kelam?
Masih ingin membantuku sucikan sang hitam?
Masih mencintai Tuhan Pencipta Alam?
Ingin mati dalam Islam?
Ingin bersama insan yang berdoa di setiap malam?

Hati, kamu sihat sentiasa?
Masih tidak peroleh ketenangan?
Sudah sujud kepada Tuhan?
Sudah mengaji surat cinta Al-Qur'an?
Lazimi Zikrullah sebagai amalan?
Sudah berselawat kepada Rasulullah s.a.w 
yang di dunia sebagai pedoman?
Kamu sudah bina kekuatan?


Allah...lemahnya aku.

Aku, perlukan kamu..
Membantu aku...
Hadapi kehidupan ini..
Menggapai Redha dari Ilahi..
Sehingga Syurga Firdausi...

Aku, perlukan kamu..
Menyebarkan bahagia kepada mereka yang disayangi..
Seluruhnya di dunia...
Berjalan dan berlari demi kasih yang suci..
Untuk bekalan di akhirat nanti...

Aku, perlukan kamu...
Membantu aku...
Hadapi ujian ini...
Hadapi kelemahan ini..
Bersama kasih sayang Dari-Nya,
Tidak kira masa dan ketika...

Aku, Perlukan Kamu...

Sungguh, Allahurobbi!





Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah, terlalu banyak bersedih buat hati mudah dihantui hasutan syaitan yang pasti akan melemahkan iman.. Ahh...bangunlah dengan segaran IMAN.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita ketika saya berada di Hospital Temerloh seminggu yang lepas.
Sehari sampai kat sana, selera makan memang xde..mungkin abah kene puasa jadi saye pun berkire-kire untuk tidak makan. Sehingga masuk hari ke dua, doktor bagi green light untuk abah boleh makan .
Saye turun ke tingkat dua untuk ke cafe dan kedai runcit mencari makanan dan bahan bacaan.

Ramai jugak manusia kat hospital ni...pasti mereka datang ke sini dengan pelbagai situasi kesihatan. Moge mereka semua dilimpahkan Rahmat dan diberi kesihatan yang baik..Allah, sembuhkan mereka, kerana ku tahu tiada ubat yang paling mujarab selain redha dari-Mu..

Saya beratur untuk membayar barang-barang yang saye beli dari kedai runcit tersebut. Uih...panjang, saya berdiri berdekatan dengan pintu masuk. Sedang berdiri mata teralih kepada seorang budak kecil dalam lingkungan umur 2-3 tahun berdiri kaku di tepi akak chasier sambil menunjuk-nunjuk botol air mineral. Saya cuba memahami keadaan, ape sebenarnya budak tu nak dan ape yang akk chasier tu cakap kat budak kecil tu. Saya berdiri lebih hampir dengan budak kecil dan akak chasier untuk mendengar "apekah yang berlaku".

"Nak air"
"Tak boleh, pergi cari ayah atau mak..bagi duit dulu"
"Nak.."
"Tak boleh, mane duit?"

dan perbualan itu berulang-ulang sehingga datang akak kepada adik kecil itu yang dalam lingkungan 4-5 tahun.

"Adik jom...mane boleh beli, duit xde"
dan budak kecil itu masih menunjukkan jarinye ke arah air mineral tersebut. Berdiri kaku...

Allahuakhbar...macam mana kalau ini anak saya?

"kak, die nak ape? air ni..tak xpe saye bayar...bape ringgit?"
dan budak kecil itu terus berlalu bersama akaknya......
Bukan nak kata saya superwomen atau wonderwomen...
Ahhh...bukan.

Kaki saye melangkah dari kedai itu dengan penuh tanda tanya...
Sanggupnya akak chasier tu xnak bagi hanya sebotol air mineral...kesian kat budak tu...
Saya cube letakkan diri dalam situasi akak chasier tu...
Ini punca rezekinya, mungkin kedai ini bukan kedai die yang mana die hanya  diamanahkan saja untuk menjaganya. Mungkin takut dimarahi tuannya dengan kurangnya barang tapi untungnya tiada.

Adik kecil...
Ibunya entah kemana...adakah disitu?
fahamkah dia, apabila mengambil sesuatu kena tukarkan dengan wang?
Sangat dahaga atau apa saja...

Apapun...saya cume berandaian..Allah jua yang mengetahuinya.

Saya tidak setuju, ibu bapa membiarkan anak-anak sendirian...
Saya juga kurang setuju, masyarakat tidak mengendahkan sesamanya...
Tapi kita masing-masing punya alasan...
Moga saya dapat mendidik, diri untuk lebih menjaga manusia yang ada di mana sahaja bukan sahaja pada saudara tapi seluruh makhluknya...Aamin Ya Robb.

Baik itu sahaja...Wallhua'lam...
Ampukan saya jika ada silapnya..
:')

p/s : dah lama tak update blog, syukran jazilan buat follower blog ini..insya-Allah bekesempatan saya akan singgah di blog anda yang osem..insya-Allah :)



*Ya Allah, sangat-sangat sakit....tersepit,
Allah, tabahkan hatiku untuk hadapi semua ini...
Maafkan hambamu yang lemah ini.







Wahai si pemendam rasa,
Mengapa baru kini kau luahkan segala,
Hasrat yang kian lama,
Setelah aku mengangkat pena.
Mengapa dibuang masa
Yang diberi Allah percuma
Adakah semuanya tidak bermakna
Sehingga membiarkan ia.
Mungkin demi mengambil masa
Tapi masa sudah tiada, menuju singgahsana
Masa tidak mengenal kita siapa
Dan Hati berkata Ya kerana kamu tidak berkata apa-apa.
Mana jalan yang perlu aku hadapi
Demi kamu yang sengsara atau dia yang meminta
Atau tidak pada kamu semua.
Mana jalan yang perlu ku tempuhi jika
Segalanya sia-sia
Benarkah ia sia-sia.
Mengapa baru kini
Mengapa baru tergesa-gesa
Adakah ia dari naluri kamu
Atau kerana mereka
Kamu tahu aku turut terluka
Aku harus Bagaimana.
Kini tiada gunanya
Pena telah ternyata
Kerana aku sudah melepasi semua
Iaitu aku dan kamu…
Ini takdirnya yang perlu ditempa
Dengan redha kepada-Nya.
Tidak sekali gagal jika tidak memiliki
Pada wanita yang pasti mati
Dan jasad akan reput bersemi
Kecuali aku dapat berikan kamu
Syurga Firdausi milik Ilahi
Dan ia pasti kamu boleh perolehi
Dari sesiapa yang dipilih oleh-Nya
Tidakkah kamu yakin dengan aturan-Nya.
Bangkitlah demi Dia
Yang berikan kamu Nyawa
Untuk meneruskan segala
Bukankah cinta-Nya melebihi dari segala yang ada
Hapuskan duka kerana aku tidak membina bahagia
atas wajah duka..
Kamu bimbang aku tidak bahagia
Allah sentiasa ada pastinya Bahagia
Lupakan ia, dan maafkan diri kita
Kerana ini yang dapat aku laksana
Demi kepastian yang telah terpatri
Kerana Allah sudah meneliti
Suratan aku dan dia
Atau mungkin bukan untuk kedua-dua.
Noktah.


Besarkan Jiwa, Lapangkan Dada....Ya Robbi.
Demi Allah, bukan aku, kamu dan dia...Demi Allah.






Tangisan air mata itu tidak kira duka,
Ia mengalir mengikut nalurinya sahaja.
Buat hati melepaskan jiwa yang diduga,
Ini hanya ujian dari Tuhan..
Ya, berat membuat pilihan…
Bagai terbelah rasa dan jiwa.
PadaNya aku serahkan..
Untuk Dunia dan Akhirat sana..
Tanpa ada yang sengsara dan terluka,
Namun jika ada biarlah aku sahaja yang hiba.






24.Nov.2012

Bismillahirahmanirrahim...

Tanah Suci itu diserang lagi...
Wanita, Pemuda, Bapa dan Ibu,
rebah berdarah hilang arah...
Kanak-kanak kecil turut menjadi mangsa,
Kezaliman yg tidak sudah..

Bagaimana nak ceritakan derita,
Sedih melihat nasib mereka...
Hati sebak menahan rasa...
Mungkinkah aku dapat gagah sepertinya.

Bumi Suci itu dibanjiri letupan bencana,
Menghilangkan kedamaian sepurnama,
Bayi kecil turut memejamkan mata,
Syahid menghadap Kekasih Yang Esa.

Ya Allah,
Berikan kekuatan kepada Saudara Islamku di sana,
Janji memperjuangkan tanah yang mulia,
Mati sebagai pembela ummah yang setia,
Mungkin aku mati dengan sia-sia..
Jadikan aku seperti mereka,
berjuang tidak kira masa, kudrat dan tenaga.

Ya Allah selamatkan mereka,
saudara-saudara SeIslamku di sana..
Aku tahu janji-Mu pasti,
menanti para Pejuang Agama yg suci,
Di pintu Syurga Firdausi,

HANCURKAN ISRAEL LAKNATULLAH,
PEMUSNAH KEAMANAN DUNIA.
BANGUNLAH WAHAI PEMUDA ISLAM,
DEMI AGAMA YANG DIJANJIKAN SYURGA
ALLAH YANG ESA, ALLAHUAKHBAR!





ayat berterabur..kepala pusing memikirkan bagaimana mereka di sana...
bagaimana mereka....lagi pusing fikir diri aku bagaimana...
kerana mereka dijanji syurga tpi belum tentu kita...


Bismillahirahmanirrahim...

Bagaikan baru tersedar daripada terhantuk ke dinding,  surat yang diterime sebelum cuti sekolah tempoh hari adalah Menghadiri Kursus PBS untuk Matapelajaran Bahasa Malaysia. [?]

"Setelah mengikuti kursus ini, setiap peserta WAJIB mengadakan latihan dalaman peringkat sekolah dalam tahun 2012 INI juga dan laporannya akan diminta oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Pahang."

Ini antara perenggan dalam surat tu..
Haha...mane pergi guru lama yang ajar BM? 
Ya, cikgu baru kena belajar benda baru..
Bahasa Malaysia + PBS.
Nanti selepas kursus akan dikongsikan @ ditunjuk ajar kepada cikgu yang dah mengajar lebih 5-10 tahun?
Haha.. Allahu Robbi..
Penyelesaian : Berhenti merungut, mula cari Buku Teks BM dan menelaah ok? huhu...


TIDAK ADA YANG MUSTAHILKAN? ALLAHUAKHBAR, CHAIYOKK!!!



Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum..

I received a song from someone. Kira Engkau Tahu by Aidil..I listen to a song over and over again, but I still do not understand the meaning of the lyrics..that's means i do not understand. But I hear it over and over again.

Hari ini 5 Nov 2012, buat pertama kali STPM Penggal 1 akan dijalankan. Moga Allah Redhakan segalanya..mengampuni dosa-dosa kami, berikan ketenangan dan dipermudahkan menghadapinya. Walaupun  diberi kesempatan hanya beberapa bulan utk berkongsi ilmuNya bersama pelajar 6 rendah, namun kerisauan tu tak dapat dinafikan. Apapun, Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui..moge dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, aamin.

~Allahumma nawwir quluubana binuuri hidayatik,kama nawwartal ardho binuuri syamsik,abadan abadaa birohmatika ya arhamar rohimiin. "
Ya Allah terangilah hati2 kami dgn cahaya petunjukMu sebagaimana Engkau terangi dunia ini dgn cahaya matahariMu selama2nya dgn rahmatMu wahai Tuhan yg Maha Penyayang.."



Tidak semestinya hanya pelajar yg solat hajat, berdoa, berusaha, istiqamah dan tawaqal..tapi gurunya juga...Rabbi Yassir Wala Tua'sir..

Untuk pelajar yang menduduki SPM, semoga berjaya untuk anda...buat yang terbaik!


sakittt peruuutt......Allah, Ya Allah, Allah, Ya Allah... ^_^




Bismillahirahmanirrahim.....
Assalamualaikum wbt, MasyaAllah, Allahuakhbar.....
Lama meninggalkan ruangan ini, kini rindu mengamit disanubari.. 

Alhamdulillah, masih hidup..moge ada Redha dalam setiap nafas yang dikurniakan. Bulan demi bulan berlalu, pasti banyak yang berlaku. Moga ia menjadi pedoman untuk lebih tegar dihadapan.

Sukarnya untuk mendidik. Melebarkan pengetahuan dan kefahaman. Mentadbir kecintaan agama di bumi Tuhan. Memberikan secebis lakaran dalam kehidupan buat diri dan mereka. Ya, mungkin akar sudah terlalu besar, susah untuk dicabut dan ditanam yang baru. Tapi itu bukanlah bererti ingin mengantikan segalanya baru, tidak.. cukup jika mereka memahaminya mengapa.

Saya hanya memerhati dan menyelami, mengapa... Diantara salah satu masalah yang agak dipandang enteng dan tindakannya agak kurang berkesan adalah berkaitan Kebersihan. Sampah merata tempat, tidak ada rasa bersalah membuangkan sampah bukan ditempatnya, tidak rasa ingin mengindahkan kawasan, tidak ada rasa tanggungjawab, kurang prihatin, kurang rasa sayang ditempat menimba ilmu. Namun rasa tanggungjawab itu bukan saya lampiaskan dikepala para pelajar semata, namun semua komuniti yang ada di dalamnya. Sama ada sedar atau tidak ia sangat-sangat mempengaruhi kehidupan. 

Jika tidak dibendung, masalah sampah ini akan menjadi  masalah yang sangat-sangat parah. Hal ini juga adalah sangat berkaitan dengan sensitiviti seseorang, sejauhmana mereka mengambil berat mengenai suasana disesuatu tempat. Pada kebiasaan, menjumpai sampah bila berjalan, saya akan kutip tapi disepanjang.... perjalanan dan hampir setiap hari, sampah tidak pernah surut dan pelajar sewenangnya membuang sesuka hati..keadaan ini lama-kelamaan m'jengkelkan saye..haha..Di asrama pun macam tu. Setakat ni, saye tak de lah marah membabi buta "Jangan Buang Sampah!, Kutip Sampah, Kutip....Kutip....Kutip. " 

Cuba guna pendekatan psikologi. Mempersoalkan kepada pelajar. "Adakah kita tahu yang Allah amat mencintai keindahan dan menyukai kebersihan? Tidakkah kita tahu yang ada satu makhluk Allah yang sangat menyukai kekotoran? adakah kita bersahabat dengannya?. Tidakkah kamu lebih selesa jika bilik bersih dan udaranya nyaman? Tidakkah kamu rasa serabut jika bilik yang tidak kemas dan bersepah? Tidakkah kita semua ada kesedaran sivik? Atau kita tidak pernah amik kisah?"  

Kadang-kadang, semasa berjalan dan terserempak dengan pelajar dan kebetulan ada sampah, saya akan kutip sampah dan meminta tolong pelajar buangkan..bersama membuang kotoran daripada pandangan.Em....tapi untuk memahamkan 9++ manusia yang ada..agak memerlukan usaha yang keras dan tidak boleh berputus asa. Hakikatnya saya tidak mengimpikan untuk mereka berubah, cukup jika mereka memahami dan berfikir apa yang pada haknya.

Masih mencari solusi... 


“KEBERSIHAN ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN”. (RIWAYAT MUSLIM).

P/S : Jangan buang sampah ketika kita masih dalam kenderaan, Tunjukkan nilai murni di mana kita berada dan hormati hak orang lain.

Ke kiri ke kanan,
ke atas dan ke bawah,
binggung sendirian..

Ke sana dan ke sini,

ke tepi dan ke tengah,
gundah dan gelisah...

Setiap gerak kelakuan dan tindakan,
ada yang menjadi dan ada yang bergelimpangan...

benar, ini proses kehidupan...


Ya Allah, adakah ini petanda aku semakin jauh dengan-Mu?

Ya Allah, adakah gundah ini petanda Kau ingin menarik aku supaya lebih dekat dengan-Mu?
Adakah aku sedang melupai Kamu?
Astagrafirullahala'zim....Ampuni aku.


Ada yang datang dan pergi,

dalam kehidupan ini...
ada yang mendesak, ada yang memberontak,

ada yang memaksa dan tidak memahami..

kepala jadi sesak...tolonglah, berikan ruang...

Adakah ini cerbisan tarbiyah yang ingin Kau timpakan
supaya aku dapat membiasakan diri? Tunjuki jalan Ya Rabb, moge perjalanan ini jernih semula dan sentiasa...

Sungguh, aku lelah...

dalam suatu ketika,
Aku lelah...Namun,
Kau tetap berikan kekuatan melalui senyuman..

Kau tetap berikan kekuatan melalui ayat-ayatMu kepada hati ini..

jangan lepaskan aku sendirian..
Ingin aku teriakkan apa yang terbuku..
biar lepas...biar lepas...

~Bina Rohani, Dekatkan Diri DenganNya..Kerap dan Sentiasa!
Jika ingin menangis, menangislah di hadapanNya..~

13 September 2012,PSS

"Always Be There"