Bismillahirohmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…..Maha Suci Bagi Allah, Muhammad saw Nabi Junjunganku sepanjang zaman…selawat dan salam bagi sahabat dan keluarga baginda,moge2 saya menjadi umat yang setia kepadaNya..amin.



Tup2...dah sem akhir,nak exam pulak tuk yg terakhir kali di upsi..hu2..rase macam kejap pulak duk sini..bahang perpisahan pun kian terasa cz khamis (14 April 2011) baru2 ni adelah kelas yang terakhir disini..(sedihhh..hu2)..cz byk pengalaman, kenangan bersama kawan2 dan pensyarah2 dijabatan saye terutamanya...hu2..biasela, adenye pertemuan pasti ade perpisahan..dan syukur atas pertemuan ini yang memberikan seribu makna dalam kamus kehidupan saye selama bergelar mahasisiwi tuk degree di bumi Tg.Malim ini..(^___^) Semalam dah mule exm tuk first paper..alhmdllh,berjalan lancar w'pun soalan yg dijangke keluar xkeluar..hu2..p Alhmdllh sbb Allah gerakkan hati saye tuk bace tajuk lagi selain dripade tu..pepun..dh ushe, hanya doa dan tawaqal padeNya..ok,jum kongsi doa sempena hadapi musim peperiksaan, moge hati2 kite lebih tenang dan dilindungi selalu..insyaAllah:)




Sje nak taip Jadual Exam Sem 7 :

16 April 2011 (2.30 pm-SITC) : Isu-Isu Kurikulum Pengajian Malaysia
23 April 2011 (2.30pm- SITC) : Sistem Undang-Undang Di Malaysia

27 April 2011 (8.00am) : TEST JPJ [KERETA-Doakan Lulus yek,amin]

29 April 2011 (9.00am- Anjung 2) : Integrasi & Perpaduan Nasional
30 April 2011 ( 2.30pm- Anjung 1) : Politik Kontemporari Di Malaysia

Moge Allah berikan kecemerlangan dan ketenangan untuk menghadapi disaat-saat ini..amin.

Ok, bawah ni pulak nak kongsi sebuah lagu..spe xtahu?meh dengar..hehe..p rasenye ramai dh familiar dengan lagu ni..kan,kan..pepun,bile dengar lagu ni tersentuh je..huhu..(feeling xhabis2:D) lagu ni nynyian Tizz Zaqyah & Yassin..nnt nak kua drama Nur Kasih yang kedua..saye pun xthu bile..hu2..pepun drama ni salah satu drama yg saye suke..p yang penting kat sni saye nak kongsi lirik lagu NUR KASIH..moge kite dapat hayati:)





Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih


Seperti sebuah kehidupan, apa yang terjadi hari ini atau seterusnya kite tak tahu..dan setiap manusia ade kisah hidupnya tersendiri yang berbeza coraknya, tapi kite sentiase ade perancangan untuk memastikan ia diteruskan. Namun segalanya mengikut kehendak dan ketentuan dari Yang Maha Kuasa..dan sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dariNya iaitu Allah. Siapalah kite untuk melawan takdir sekiranya ia bukan apa yang kite harapkan, tapi Allah itu Maha Adil..dan Allah sayang pade hamba yang sabar dan benci pade hamba yang cepat berputus asa..banyak mana ujian dan kegagalan yang dihadapi jangan mudah mengalah, dan bangkitlah semula walaupun ia pahit, berusaha untuk mencari cahayaNya yang indah..dan Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba yang mencari cintaNya..tak percaya?jum teliti Surat Cinta oleh Allah :

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan-mu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, "Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." [Surah Al-Anfal : 9]

"Dan tidaklah Allah menjadikan melainkan sebagai kabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Mahabijaksana. "

LAGI....>>>
"(Ingatlah) , ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya , dan Allah menurunkan air(hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguhkan telapak kakimu (teguh pendirian)."

"(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman." Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang yang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap-tiap hujung jari mereka." [Surah Al-Anfal : 10-12]

Baikkan Allah,LAGI>>>

Cinta Allah itu adalah cinta yang tidak terbatas. Hakikat dan besarnya tidak bisa dipersamakan dengan kasih sayang siapa pun. Allah SWT berfirman, ”Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.” [Surah Al-A’raf :156].

Sebanyak apa pun dosa manusia, Allah pasti akan mengampuni, asalkan kita betul-betul bertaubat. Allah SWT telah berjanji dalam Alquran, ”Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan. Dia jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat)" [Surah Hud : 3]

ok,sampai sini dlu..jike nak ditaipkan..terlalu banyak..huhu...AlQuran jelas diterangkan satu persatu...moge kite dalam Lindungan RahmatNya hingga akhir hayat..amin..doakan saye tuk peperiksaan didunia dan akhirat(^___~)

~~AKU BERSAMA KAMU~~ ♡♡♡
  • p/s : “Setiap Kita Di Dunia Ini Tidak Mahu Memilih Jalan Yang Derita, Hakikatnya Tanpa Usaha Keajaiban Tidak Akan Berlaku”
  • Kalau tulisan xjelas atau kecil (tekan ctrl +) yek..maaf atas kesulitan=)


Bismillahirohmanirrahim...

Assalamualaikum....

Rasulullah SAW bersabda :"Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai
perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki."

‎"Dari Ali bin Abi Talib (karamallah huwajha), sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, maka tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama ada angin ataupun bumi yang menyapu mereka."


Menyedari hakikat keruntuhan akhlak yang memuncak ini wajib ke atas ummat Islam yang disebutkan ummat terbaik ini, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran..."Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." (Surah Ali Imran: 110)...Bala Allah SWT tidak hanya kena pada mereka yang berbuat kemungkaran, tetapi kepada semua...termasuk mereka yang beriman..Jangan kita sntiasa berada di tahap orang2 yang "selemah-lemah" iman, iaitu mencegah dengan hati...Dalam satu kitab dijelaskan bahawa tahap selemah2 iman ini hanya boleh digunakan apabila fitnah dan maksiat sekeliling,kehidupan sekeliling dipenuhi kemungkaran, maka pada ketika ini, barulah kita hanya mampu mencegah dengan hati...kita jaga diri kita daripada kmungkaran tersebut...W/A [AIN SOLEHAH]

Dh lihat video di atas?( video dan kata2 diatas dipetik dari fb kawan,de nama die kat atas) video yang pertama,kite rase siape mereke?agame ape?dari negara dan negeri mane manusie2 tersebut?melayu?ye..melayu xsemestinya Islam..tapi xmustahil diorg memang Islam..mule2 sye tgk video ni..mmg xtertutup mulut saye dibuatnye,(terkejut) nak2 de name MISS PAHANG..?lagi menyedihkan bile ade artis Melayu dan Islam seolah2 m'yokong event ni?ade potensi?Ya Allah...mungkin sye ketinggalan perkare ni..saye jangkekan di Kuala Lumpur, di negara2 luar yang berleluasa perkare ni..tapi Pahang?(huhu...kampungku)...mati akal bile difikirkan..(Nauzubillah, xde niat nak aibkan mereka yg ada dalam video ini,cume untk pengajaran kite umat islam untuk memikirkan masalah yang melanda umat Islam masa kini)

Teringat kata2 Ustaz Rozaimi bin Ramle di Kuliah Maghrib " Bala akan diturunkan pade sume makhluk, bukan hanya kepade manusia yang membuat kezaliman..hatta ade yang sedang berzikir disebelah manusie yang zalim..die turut akan terkena". Sebab ape saye kaitkan dengan bala?sebab ini salah satu perbuatan yang dilaknat oleh Allah..!

Saye bukan prejudis,(tapi memang) tapi sedih..tidak dinafikan manusie dilahirkan dengan pelbagai rupa dan mempunyai gaya tersendiri..melihat kepada situasi ni,berkenaan tukar jantina..terdapat dua keadaan di mana seseorang yang dilahirkan dalam keadaan khunsa iaitu mempunyai dua kemaluan..dimana golongan ini akan cenderung dengan salah satu jantina tersebut.. boleh rujuk web ni (http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/01/13/18/)

Manakala satu golongan lagi saye boleh katekan pondan..Mereka ialah orang lelaki yang menyerupai wanita dari segi bentuk tubuh, pergerakan, percakapan dan lain-lain.Haram melakukan pembedahan untuk menukar jantina. Ini kerana perbuatan ini mendatangkan mafsadah atau kerosakan yang besar. Ia juga satu bentuk pencerobohan terhadap penciptaan Allah Taala hanya semata-mata kerana mengikut naluri yang palsu dan bohong.

Saya tidak berniat untuk bercerita panjang, mungkin daripda kite sudah tahu kisah2 di zaman nabi mengenai perkara ini, dan tahu pengajaran daripada kisahnya.. dan siapalah saya untuk menghukum dan menilai manusia2 ini..kerana Allah yang berhak ke atas mereka dan hanya Allah akan menentukan nasib mereka...cume kite sebagai sesama saudara dan sesama agama, saya hanya mampu sedih dan berdoa semoge kite semue diredhai Allah dan supaya Allah membuka pintu hati mereka untuk kenali TuhanNya (ALLAH) dan dilembutkan hati untuk ke jalan Allah yang Satu..amin. Dan tidak dinafikan juga, ramai kalangan wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita..semuanya dikatakan 'fitrah' bile perasaan bertukar seperti itu..dan kita tidak tahu apa perasaan mereka yang sebegini..ada sesetengah lelaki yang mempunyai naluri kearah 'kewanitaan' dan kadang2 ada yang mengatakan mereka lebih baik daripada wanita yang sedia ada..em..mungkin ini ujian bagi mereka untuk lalui perkara ini, dan bagi kita insan yang normal ini tidak boleh terus menghukum kerana kite tidak berada ditempatnye..dan pasti ade hikmahnya kenapa ini terjadi..sebagai kawan, sahabat, kite perlu bimbing hati2 golongan ini kepada TuhanNya dan bukan biarkan dan mengkejinya dan kerana sebab ini mungkin jadi mereka akan lebih terus hanyut dalam dunianya mati.Mungkin agak sukar..tapi insyaAllah, Allah sedia membantu..

Pepun,moge Allah jauhkan kite,keluarga, saudara, dan sahabat daripada penyakit ini..jauhkan dari segala perkara yang memberikan kemurkaan Allah kepada seluruh kehidupan kite..amin..


p/s : Cinta itu fitrah, tapi jika ia tidak berlandaskan kepada TuhanNya ia boleh jadi FITNAH..Yang membezakan kita bagaimana kite salurkan fitrah itu supaya ia ditunjangi Anugerah yang Indah..Nikmatnya hidup BerTuhan hanya kerana ALLAH SWT:)



Bismillahirohmanirrahim.....ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk menghirup udare dan masih bernyawa di bumi serba 'indah' ini...cantikkan gambar atas tu..huhu...minggu yang agak sibuk...bukan,bulan yang agak sibuk,huhu..pe pun biase la time lengang banyak kje yg kite tangguh, "ala xpe wt sikit2 dlu nak last2 bru kite speed"hehe...kelakar je..pastu mule la xleh nak tido malam coz kne siapkan kje2 yang tertunggak...mule la xlalu makan coz terbayang2 tugasan yang melambai2 diminta untuk dilangsaikan..huhu...pe pun jangan sampai ponteng kelas sudah..huhu...alhmdllh setakat ni tgsan sdh dilangsaikan..dikesempatan ini curi2 jgk mase tuk 'meng'update' diruangan ni...^^

baru2 ni saye berjalan2 mencari2 baju dan tudung baru..huhu..dah lame plk xmembeli..so g la shoping2 sikit..turun ke masjid jamek,uih..kat situ memang xsah klu x ramai orang..sesak dibuatnya..dan melihat2 juge keadaan manusie disekeliling…(MasyaAllah, Astagfirullahalazim…Laillahaillallah..Alhamdulillah….pelbagai tafsiran^___^ mencari...mencari...huhu...macam xde yg berkenan,susah jgk nak memilih..jalan..jalan lagi..terpandang colour tudung yang memanggg... nak sangat2..tgk...

"er..cik saiz pe ni?"kataku.. "o..tu saiz L.try la dik cantik colour tu..susah nak jmpe.."

saye pun just tgk2..

"em..cik de x saiz XL?"

"xde la dik,p dik try dulu ok ni padan gan adik"

"em...xpe la cik,mekasih yek.."berkire2 nak beredar..

"try la dulu dik" tanpe dipinta mak cik tu menyarungkan tudung tu di kepale ku..hehe...mak cik ni..try la jgk tkt terase plk mak cik tu..

"er...cik pndek....sye cari XL...hehe"

"eh ok gan adik, adik kecik je...klu labuh2 nnt macam selimut plk"

"haha..yg macam selimut tu saye nak, senang klu sejuk terus je boleh selimut..." automatik mulutku menjawab dengan gelak2 'kambing'..hehehe..dan de lagi lawak2 yang sempat saye kongsikan gan makcik tu sal tudung last2 mak cik tu pun gelak..and saye beredar dgn ucapan t.kasih pde mak.cik tu...

merata2 cari..kebanyakan mmg susah nak cari tudung yg berbidang 60' atau yang bersaiz XL..npe ye?klu ade pun limited..warne, jenisnye terhad xmacam yang bersaiz S,M dan L..dimane2 je mesti ade...kesian plk pade yg pencari yg limited tu..huhu...p xkisah la pakai je wrne pe2 asl kne tema..hu2..

em..kadang2 terkilan mungkin,dengan keterbukaan kite umat ISLAM...adekah kite tahu atau benar2 tidak tahu tentang kehendak agama yang dianutinye?adekah kite terlalu perlu mengikut fesyen, rentak advance budaye atau xnak nampak 'kuno' so mesti ikut arus pemodenan yang sampai boleh kite katekan membelakangkan hukum syariat Allah?

"ah..terime la kenyataan, yang hang tu xup 2 date..ala hang xpndai 'jangok' mmg la.."

adakah nak menunjukkan kite ni UP TO DATE kne ikut fesyen2 maaf kalau sye katekan yg boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita? baju ala2 baju adik, yang jarang..ketat sendat..er...MasyaAllah...saye rase kalian sendiri arif dengan pakaian2 sekarang..

Cube kite perhatikan ayat dari Surah An-Nur ayat 31 :

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar menjaga pandangannya , dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup KAIN KERUDUNG KE DADANYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURAT), Kecuali Kepada Suami, Mereka Atau Ayah Mereka, Atau Ayah Suami Mereka, Atau Saudara Laki-Laki Mereka Atau Putra Saudara Lelaki Mereka Atau Putra-Putra Saudara Perempuan Atau Para Perempuan (Sesama Islam) Mereka Atau Hamba Sahaya Yang Mereka Miliki, Atau Para Pelayan Laki-Laki (Tua) Yang Tidak Mempunyai Keinginan (Terhadap Perempuan), Atau Anak-Anak Yang Belum Mengerti Tentang Aurat Perempuan. Dan Janganlah Mereka Menghentakkan Kakinya Agar Diketahui Perhiasan Yang Mereka Sembunyikan. Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Agar Kamu Beruntung."

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:


"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju merekam dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

"Ketika kami bersama 'Aisha r.a.,.. kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas bukan, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama 'glamour', peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai 'seru', pakaian 'taqwa' lebih baik, pakai tudung hanya syarat atau pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal.

Tidak pelik kalau masih ade yg hanye bertudung disebabkan fesyen sekarang, pakai hanye sebagai syarat ditempat kerja, majlis2 dan sebagainya (namun kite doakan dari situ akan beroleh keimanan untuk meneruskan pemakaian itu hanye untuk Allah)..Namun, masih ade juge yang mengatakan ‘hati tak terbuke lagi nak pakai’, ‘pakai wat pa, yg pakai tudung pun perangai xelok’ dan macam2 alasan lagi yang boleh kite dengar..

Berkenaan hati tidak terbuka : Sampai bile kite nak tunggu hati terbuke?Atau kite yg tidak mahu membuka?same juge klu kite katakan “oh…aku belum dapat hidayah” adekah untuk mendapat hidayah Allah itu kite hanye sekadar menunggu dan menunggu tanpa lakukan sesuatu?

“ Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-An’am : 125)

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…sama2 la kite memohon dariNya,jike kite tidak pernah lelah dan penat untuk memohon hidayah(petunjuk) darinya,insyaAllah…ganjaran kepada kite..berusaha,sebab usahe itu penting yang menunjukkan yang kite benar2 ingin mendapat pelindungan dariNya..Allah..jike kite tidak memberi ruang dan peluang dan berusahe untuk membuka hati, bagaimana Allah nak memberikan Nur Hidayah itu?senang bukan..kite buat kite dapat..adekah kite nak menjadi “orang2 yang disempitkan dadanya dan dikehendaki menjadi sesat?” Nauzubillah..jangan pernah fikirkan…jadi same2 la kite motivate diri ,mesti lakukan perubahan dan tidak hanye selesa dengan keadaan yang ade sekarang..Syariat Allah itu wajib..jangan lakukan hanya sekadar syarat..

Hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yg baligh adalah wajib dan mesti memenuhi ciri2:
*menutupi had aurat yg sudah ditetapkan
*pakaian yg longgar
*tidak jarang
*pakaian tidak menarik perhatian
*tidak menyerupai pakaian lelaki @ pakaian orang kafir
*tidak bertabarruj....(bersolek dimuka umum)

Manakala mengenai “ah..pakai tudung pun perangai xelok, xpakai tudung tapi hati baik..xhipokrit”

Em..yg ni buat sye tersenyum… perangai..em..siapela kite nak menghukum kan?jike ade yang berkate sedemikian same la anda mengata pada diri sendiri..kenape?seseorang yg memakai tudung dan tidak bertudung berbeze bukan..dan yang mane perlu kite dahulukan?tidak gune jike kite menjage hubungan dengan manusia dan makhluk dimuke bumi jike tidak menjage hubungannya dengan Penciptanya..Allah..yang bertudung insyaAllah usahe untuk mengikut Syariat Allah itu ade..( dan niatnye itu biarlah Allah yang mengadili) manakala yg tidak bertudung dan hanye bertudung sebab syarat?..adekah perlu hanye berhati baik dan tidak hipokrit tetapi tidak menjaga baik hati itu dengan Allah?...dan adekah lebih kecil jike kite hipokrit dengan Allah berbanding di depan manusie?Wahai manusie..yang mengadili kite nanti hanya ALLAH, yang meredhai kite hanya ALLAH dan yang memberikan pahala dan dosa itu juga Hanya Allah…jadi kenape kite lebih xnak hipokrit di depan manusie tetapi tergamak untuk berhipokrasi di depan Allah..kejarlah Redha Allah (yang menguntungkan) berbanding redha manusie yang boleh merugikan kamu…

Tetapi tidak dinafikan ade yang bertudung tetapi tidak bertindak sebagai muslimah (perangainya) Jika kite mampu,tegurlah..jike tidak doakan supaya tidak mencemarkan ‘gelaran muslimah’ itu dan paling penting dirinya ..dan bukan kejian dan cacian..seperti saye katekan tadi..siapalah kite nak menghukum?..bukan mudah untuk membentuk peribadi yang sempurna dimata2 manusia…dan tidak akan ade manusia yang sesempurna itu….dan mane yg tidak bertudung juge saye xkatekan die tidak baik..hanye Allah yang boleh menilai..dan jangan gunekan ‘hipokrit’ untuk kite tidak menunaikan Syariat Allah..mahu digolongkan di kalangan mana kite jike diberi pilihan ‘laksanakan Syariat Allah namun masih berusahe untuk memperbaiki tingkahlaku atau tidak melaksanakan syariat Allah, membelakangkan ketetapan Allah disebabkan dunia yang jelas mendapat kemurkaan Allah..” sungguh pilihan ditangan kite..

“Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Surah Al-‘Ankabut :45)

Jike solat kite tidak dapat menghindari diri kite daripada melakukan kemungkaran mahupun yg zahir atau batin..bimbang2 klu solat kite itu ade silapnya..kurang ‘ramuannya’, penjagaan pemakanan seharian kite dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah bahawa beliau berkata (yang bermaksud): Seseorang lelaki datang menemui Nabi, seraya berkata: Sesungguhnya si polan sering melakukan solat malam, namun pada keesokan harinya ia mencuri. Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya (jika solat yang dilakukannya benar), pasti akan mencegahnya daripada perbuatan itu”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Sesungguhnya..indah hidup jike layari kehidupan dengan menetapkan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP…dan selalulah amik berat tentang syariat Islam..


p/s : 1) Surah Hud Ayat 34 bermaksud : "Dan nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu dan kepada-Nya kamu dikembalikan"
(jangan pernah lupe nasihatkan diriku..sehingga hatiku lebur dengan cinta Tuhanku...^^,)

2) Alhamdllh..wah...dah 499 follower...xperasan plk..spe yg bertuah jadi yang ke 500?hehe...moge2 ape yg disampaikan bermanfaat dan membantu sesame kite...insyaAllah^^














Assalamualaikum,hope semue sihat dalam rahmatNya selalu..hari berganti hari..dan makin hari selere makan ni makin kurang jugak..em..xthu plk kenape. Cuace berganti musim,panas hujan kilat sambung menyambung..tugasan pun makin bertambah,fikiran pun krg tenang.. difikir2 perubahan mgkin sebab ‘tekanan’ yg dihadapi. Bukan tekanan pe pun,tekanan tuk siapkan tgsan dan yg utame ialah m’hadapi PRAKTIKUM nanti..huhu..tak tahu la kenapa, makin hari fikiran ni duk fikir mcm mane nak ngajar nnt,kdg2 sampai xleh nak tdo..confident level makin menurun..huhu…jadi macam sang pengecut la plk kan?.

Adekah semue perasaan ni sebab si hamba ini jauh dariNya? Adekah die lupe utk mengingati Yang Maha Kuasa? Nauzubillah..tidak, bile celik mate ini dipagi hari, ucapan Allahu Akhbar itu sntiase diajar oleh mulut ini utk menyebutnye dahulu. Setiap kali kaki ini melangkah, bibir ini akan menyebut namaMu kerana takut2 matinye langkahku tanpe kalimat namaMu (Nauzubillah).Tapi adekah aku lupe?Nauzulillah,Ya Allah jangan pernah berikan aku lupe utk meningatiMu walau sesaat. Jangan pernah tinggalkan hamba yang lemah ini. Walau hebat tentangan nafsu dan syaitan laknatullah, hamba ini pohon jangan biarkan aku sendiri. Sungguh tanpa redha dan lindungan dariMu, aku hamba yang kerdil ini tidak dapat ‘bangkit’ dalam perjuangan. Jadi, macam mane ingin berjuang dan bertahan jike redhaMu tiade?. Wahai jasad, roh, pancaindera, hati dan seluruh jiwa hamba ini,jangan pernah sesekali memungkiri dan melanggar suruhan Penciptamu. Jangan pernah sesaat untuk jauh dari Yang Maha Esa…!. Siapalah kamu tanpaNya?. Hebat mane kamu, tinggi mane pun darjatnye, ia akan jadi sia-sia klu tiada REDHANYA ALLAH!..Wahai semangat, tabah dan kekuatan, jangan pernah cuak dengan hamba ini..moge Allah meredhai kite untuk bangkit dalam perjuangan di dunia mahupun akhirat. Wahai sang fikiran dan mindaku, jangan kamu lemah menghadapi dugaan dan cabaran dihadapanmu..kerana setiap ape yg kite hadapi itu adalah satu NIKMAT..! jangan kamu lenguh dan jangan sesekali melatah dengan ujian yang diberikan oleh Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Ya Allah,maafkan hamba ini jike lupe utk mengingatiMu, berikan jiwa hamba ini tegar untuk menghadapi segalenye tanpe gusar yang berpanjangan dan lemah dipertengahan. Hamba ini tidak meminte untuk diringankan ujian, tapi hamba ini mohon untuk ditingkatkan iman untuk menangani segale ujian, badai yg melanda dan pancaroba yang disediakan. Sesungguhnya, Dia yang Maha Kuasa akan memberikan ujian setimpal dengan kemampuan hambanya.

Moge hari-hari selepasnye, akan lebih baik dari hari-hari sebelumnye.. “Rugilah bagi orang-orang yang hari selepasnya lebih buruk dari hari sebelumnye”. Tenanglah wahai sang hati..ya Allah, tenangkan hati hamba ini..

“Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.”

p/s : SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.



Bismillahirohmanirrahim...Maha Suci bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.. selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad SAW dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Alhamdllh, kite dapat bertemu lagi diruangan maya dan masih diberikan nikmat hidup..em..lame juge xmenaip diruangan ni..sunyi je..pe pun alhmdllh terime kasih buat sahabat2 yang berkunjung diruangan usang ini..moge ada manfaat yang dapat dikongsikan bersame..Masuk minggu ke lima kuliah ni,kerja makin bertambah disamping tugasan utama iaitu "tesis" yang perlu disiapkan dalam awal bulan tige ni..em..moge2 dapat siapkan. Kajian tesis tersangkut dibahagian temubual pegawai..em..ade sdikit t'kilan sebab dah due kali aturkan p'temuan tapi terpakse dicancelkan olh p'gawai ats sebab2____.em..nak wt mcm mane,cabaran2..p Alhmdllh penerimaan pihak sane sgt positif..dh mcm jadi staf kat sne plk..huhu..pe pun,moge ushe diberkati dan diberikan ketabahan dalam menyiapkannye..(doakan yek...)pde rakan2 yang lain jugak,never lose hope,do the best(^___^)

Hari ni sempena hari kelahiran Nabi Muhammad saw..macam biase sebelumnya akan timbul "hari 14 Februari" tahu2 je la kan..em..nak wt macam mane,kebanyakkan manusie sekarang lebih suke menerime sesuatu tanpa usul periksa.

" Dan Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawabkan."
( Al-Isra:36)

Mungkin pade saudara2 muslim yang masih tidak mengetahui sejarah atau hukum menyambut "hari 14 Februari" same2 kite ushe utk mengetahui dan selidikinya dan tidak hanya terikut2 budaya yang dilemparkan dan akibatnya akan meruntuhkan akhlak kite sebagai umat Islam yang terunggul. (keterangan lebih lanjut leh semak2 web2 atau pandapat sahabat2 yg arif dalam agama atau link ni : (http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=209:haramsambut-hari-valentine-&catid=37:pendapat&Itemid=50)

Menurut link yang disertakan tu : Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jadi, kite perlu berhati2 dalam setiap ape yang kite lakukan..jangan main suke2 je..^___^ klu ye pun, bukan hari tu je kan nak tunjukkan kasih sayang?xkan hari tu je baru nak bagi hadiah kat isteri?hehe...merepek je kan?

~V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶sD̶a̶y̶ ? Sorry, I'm a Muslim. Yes to Maulidur Rasul.."Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku." (Hadis riwayat Tirmizi) Allahumma salli 'ala Muhammad.~ (Banyakkan selawat pada Rasulullah kerana Dia yang akan memberikan syafaat pada umatnya)


Baiklah..byk plk m'bebel hehe,sebenarnye nak berkongsi 1 cerita (dalam buku Malam Pertama Di Syurga, penulis Adil Akhyar) tajuk yg dibawah ni pun asalnye dalam buku ni jugak..byk tjuk2 yg menarik dlm buku ni...pe pun..same2 m'hayati kisahnye(^__^)

________________________________________________________________________


Di padang mahsyar, orang yang mula-mula datang ialah nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru : :TuhanKu dan PenguasaKu ! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini. "

Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Ibrahim ! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya."

Nabi Musa a.s datang. Baginda bergantung dengan asap "Arsy yang naik lalu menyeru :" KalamMu, Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahaman.!

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. nabi Muhammad menyeru : " Tuhanku...PenguasaKu....Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu..!"

Ketika itu juga, neraka jahanam berseru : Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku,Penguasaku dan Penghuluku...! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku..! Sesungguhnya mereka 'adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.'

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar dikiri 'Asry. Neraka sujud dihadapan Tuhanya.

Allah Ta'ala berfirman : "Di mana matahari?"

Maka, matahari dibawa menghadap Allah Ta'ala. Ia berhenti di hadapan Allah Ta'ala. Allah berfirman kepadanya : "Kamu !Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?"

Matahari menjawab : "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"

Allah Ta'ala berfirman : "Aku percaya!"

Allah Ta'ala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."

Ibnu Abbas berkata : "peluh manusia bertitisan sehingga mereka berenang didalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering di pipinya. Sekali, baginda SAW sujud dihadapan "Arsy dan sekali lagi Baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Ta'ala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya."

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata : "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara'r.h. Baginda dapati, dia sedang menangis."

Nabi bersabda : " Permata hatiku!Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"

Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Ta'ala : "Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka."

Lalu Nabi pun menangis. Bgainda bersabda : "Wahai permata hatiku! sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir dipipi.

Fatimah berkata : "Wahai bapaku!Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki"?

Baginda SAW menjawab : "Wahai Fatimah ! Sesungguhnya, hari itu setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah Ta'ala : "Bagi setiap orang dari mereka, dihari itu atau satu urusan yang melalaikan mereka." (Abasa : 37)

Fatimah bertanya : " Dimakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?

Nabi menjawab : " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Fatimah bertanya lagi: " Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?"

Nabi bersabda : "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru :"Tuhan Kesejahteraan ! Tuhan Kesejahteraan ! para malaikat akan menyambut," Aamiin."

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Ta'ala lalu berfirman : "Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah." Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka semabh. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriringan. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata :"Kami adalah umat Muhammad!"

Allah Ta'ala berfirman kepada mereka : "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"

Mereka berkata : "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan kami. Dan kami tidak menyembah selainNya."

Mereka ditanya lagi :" Kamu mengenali Tuhan kamu?"
Mereka menjawab: " Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya."

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata : "Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad!"

Pada hari itu manusia berpecah kepada tiga kumpulan :
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad. Mimbar nabi terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata :"Wahai Adam ! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru : " Di manakah Muhammad?"

Mereka berkata : "Kami adalah umat Muhammad. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Ta'ala untuk menghisab kami dengan segera ! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka"

Nabi Adam berkata : "Pergilah kamu dariku ! Sedungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Ta'ala : " Dan Dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai."

Mereka pergi berjumpa nabi Nuh a.s yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nuh melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad) berkata : Wahai datuk kami, Nuh !Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka."

Nabi Nuh berkata : " Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Ta'ala ! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"

Nabi Ibrahim berkata : "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa ! mintalah pertolongan darinya!"

Nabi Musa berkata : " Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri.Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. pergilah kamu berjumpa Isa!"

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa berkata : "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagi dua Tuhan selain Allah Ta'ala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad dia berkata : "Ini umat Nabi Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. "

Suara Mariam, telah didengari oleh nabi Muhammad. Nabi Adam berkata kepada nabi Muhammad : "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Ta'ala.

Ok,sampai sini dulu citenye..dalam bab ni sebenarnye ade 4 sub,yg ni kedue, yang ke 4 dh de dlm entry sblm ni ..insyaAllah de kesempatan,akma akan taipkan lagi..hehe..bukan plagiat yek..moge kite same2 dapat ambil sesuatu daripada cerite ni..bukan hanye hari ni je kite ingat pada Nabi Junjungan Muhammad SAW..tapi perlu ingat selame2nye..dan ingat sabda Nabi :

"SESIAPA YANG MENGHIDUPKAN SUNNAHKU, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MENCINTAI AKU. DAN SESIAPA YANG MENCINTAI AKU, NESCAYA DIA BERSAMA-SAMAKU DI DALAM SYURGA"


~Kalau bukan keranamu, Wahai hiasan dunia (Nabi Muhammad s.a.w) Nescaya tidak bahagia hidup dan
kewujudanku~

Ok, insyaAllah jmpe lagi..jage diri, jage iman..moge kite dilindungi dalam lembayung RahmatNya selalu,amin.

p/s : Wahai Allah, limpahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad ; Wahai Tuhanku limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan keatasnya.

~Ya Allah berikan petunjuk kepadaku,dan jauhi dari perasaan yg menyesatkan,amin.~





"Always Be There"