Bismillahirohmanirrahim...Maha Suci bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.. selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad SAW dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Alhamdllh, kite dapat bertemu lagi diruangan maya dan masih diberikan nikmat hidup..em..lame juge xmenaip diruangan ni..sunyi je..pe pun alhmdllh terime kasih buat sahabat2 yang berkunjung diruangan usang ini..moge ada manfaat yang dapat dikongsikan bersame..Masuk minggu ke lima kuliah ni,kerja makin bertambah disamping tugasan utama iaitu "tesis" yang perlu disiapkan dalam awal bulan tige ni..em..moge2 dapat siapkan. Kajian tesis tersangkut dibahagian temubual pegawai..em..ade sdikit t'kilan sebab dah due kali aturkan p'temuan tapi terpakse dicancelkan olh p'gawai ats sebab2____.em..nak wt mcm mane,cabaran2..p Alhmdllh penerimaan pihak sane sgt positif..dh mcm jadi staf kat sne plk..huhu..pe pun,moge ushe diberkati dan diberikan ketabahan dalam menyiapkannye..(doakan yek...)pde rakan2 yang lain jugak,never lose hope,do the best(^___^)
Hari ni sempena hari kelahiran Nabi Muhammad saw..macam biase sebelumnya akan timbul "hari 14 Februari" tahu2 je la kan..em..nak wt macam mane,kebanyakkan manusie sekarang lebih suke menerime sesuatu tanpa usul periksa.
" Dan Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawabkan."
( Al-Isra:36)
Mungkin pade saudara2 muslim yang masih tidak mengetahui sejarah atau hukum menyambut "hari 14 Februari" same2 kite ushe utk mengetahui dan selidikinya dan tidak hanya terikut2 budaya yang dilemparkan dan akibatnya akan meruntuhkan akhlak kite sebagai umat Islam yang terunggul. (keterangan lebih lanjut leh semak2 web2 atau pandapat sahabat2 yg arif dalam agama atau link ni : (http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=209:haramsambut-hari-valentine-&catid=37:pendapat&Itemid=50)
Menurut link yang disertakan tu : Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jadi, kite perlu berhati2 dalam setiap ape yang kite lakukan..jangan main suke2 je..^___^ klu ye pun, bukan hari tu je kan nak tunjukkan kasih sayang?xkan hari tu je baru nak bagi hadiah kat isteri?hehe...merepek je kan?
~V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶sD̶a̶y̶ ? Sorry, I'm a Muslim. Yes to Maulidur Rasul.."Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku." (Hadis riwayat Tirmizi) Allahumma salli 'ala Muhammad.~ (Banyakkan selawat pada Rasulullah kerana Dia yang akan memberikan syafaat pada umatnya)
Baiklah..byk plk m'bebel hehe,sebenarnye nak berkongsi 1 cerita (dalam buku Malam Pertama Di Syurga, penulis Adil Akhyar) tajuk yg dibawah ni pun asalnye dalam buku ni jugak..byk tjuk2 yg menarik dlm buku ni...pe pun..same2 m'hayati kisahnye(^__^)
________________________________________________________________________
Di padang mahsyar, orang yang mula-mula datang ialah nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru : :TuhanKu dan PenguasaKu ! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini. "
Allah Ta'ala berfirman : "Wahai Ibrahim ! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya."
Nabi Musa a.s datang. Baginda bergantung dengan asap "Arsy yang naik lalu menyeru :" KalamMu, Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahaman.!
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. nabi Muhammad menyeru : " Tuhanku...PenguasaKu....Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu..!"
Ketika itu juga, neraka jahanam berseru : Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku,Penguasaku dan Penghuluku...! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku..! Sesungguhnya mereka 'adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.'
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar dikiri 'Asry. Neraka sujud dihadapan Tuhanya.
Allah Ta'ala berfirman : "Di mana matahari?"
Maka, matahari dibawa menghadap Allah Ta'ala. Ia berhenti di hadapan Allah Ta'ala. Allah berfirman kepadanya : "Kamu !Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?"
Matahari menjawab : "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"
Allah Ta'ala berfirman : "Aku percaya!"
Allah Ta'ala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."
Allah Ta'ala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."
Ibnu Abbas berkata : "peluh manusia bertitisan sehingga mereka berenang didalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering di pipinya. Sekali, baginda SAW sujud dihadapan "Arsy dan sekali lagi Baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Ta'ala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya."
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata : "Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara'r.h. Baginda dapati, dia sedang menangis."
Nabi bersabda : " Permata hatiku!Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"
Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Ta'ala : "Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka."
Lalu Nabi pun menangis. Bgainda bersabda : "Wahai permata hatiku! sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir dipipi.
Fatimah berkata : "Wahai bapaku!Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki"?
Baginda SAW menjawab : "Wahai Fatimah ! Sesungguhnya, hari itu setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah Ta'ala : "Bagi setiap orang dari mereka, dihari itu atau satu urusan yang melalaikan mereka." (Abasa : 37)
Fatimah bertanya : " Dimakah aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?
Nabi menjawab : " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Fatimah bertanya lagi: " Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?"
Nabi bersabda : "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru :"Tuhan Kesejahteraan ! Tuhan Kesejahteraan ! para malaikat akan menyambut," Aamiin."
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Ta'ala lalu berfirman : "Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah." Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka semabh. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriringan. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata :"Kami adalah umat Muhammad!"
Allah Ta'ala berfirman kepada mereka : "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"
Mereka berkata : "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan kami. Dan kami tidak menyembah selainNya."
Mereka ditanya lagi :" Kamu mengenali Tuhan kamu?"
Mereka menjawab: " Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya."
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata : "Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad!"
Pada hari itu manusia berpecah kepada tiga kumpulan :
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad. Mimbar nabi terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata :"Wahai Adam ! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru : " Di manakah Muhammad?"
Mereka berkata : "Kami adalah umat Muhammad. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Ta'ala untuk menghisab kami dengan segera ! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka"
Nabi Adam berkata : "Pergilah kamu dariku ! Sedungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Ta'ala : " Dan Dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai."
Mereka pergi berjumpa nabi Nuh a.s yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nuh melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad) berkata : Wahai datuk kami, Nuh !Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka."
Nabi Nuh berkata : " Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Ta'ala ! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"
Nabi Ibrahim berkata : "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa ! mintalah pertolongan darinya!"
Nabi Musa berkata : " Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri.Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. pergilah kamu berjumpa Isa!"
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa berkata : "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagi dua Tuhan selain Allah Ta'ala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad dia berkata : "Ini umat Nabi Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. "
Suara Mariam, telah didengari oleh nabi Muhammad. Nabi Adam berkata kepada nabi Muhammad : "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Ta'ala.
Ok,sampai sini dulu citenye..dalam bab ni sebenarnye ade 4 sub,yg ni kedue, yang ke 4 dh de dlm entry sblm ni ..insyaAllah de kesempatan,akma akan taipkan lagi..hehe..bukan plagiat yek..moge kite same2 dapat ambil sesuatu daripada cerite ni..bukan hanye hari ni je kite ingat pada Nabi Junjungan Muhammad SAW..tapi perlu ingat selame2nye..dan ingat sabda Nabi :
"SESIAPA YANG MENGHIDUPKAN SUNNAHKU, MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MENCINTAI AKU. DAN SESIAPA YANG MENCINTAI AKU, NESCAYA DIA BERSAMA-SAMAKU DI DALAM SYURGA"
~Kalau bukan keranamu, Wahai hiasan dunia (Nabi Muhammad s.a.w) Nescaya tidak bahagia hidup dan
kewujudanku~
Ok, insyaAllah jmpe lagi..jage diri, jage iman..moge kite dilindungi dalam lembayung RahmatNya selalu,amin.
p/s : Wahai Allah, limpahkanlah rahmat atas Nabi Muhammad ; Wahai Tuhanku limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan keatasnya.
~Ya Allah berikan petunjuk kepadaku,dan jauhi dari perasaan yg menyesatkan,amin.~
3 comments:
Setuju...,
agree...,
Allahu akbar...,
Allahu Akhbar,
Assalamualaikum Edo..time ksh sdi singgh,moge sme2 dpt manfaat:)
dfzdcsdfdsf
Post a Comment