Assalamualaikum W.B.T

Dengan izin yang Maha Pemurah, Maha Pelindung lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, semoga kita dalam lembayung RahmatNya. Selawat serta salam kepada kekasih-Nya, Rasulullah S.A.W Nabi junjungan besar. Semoga kita sekalian umat tidak tersisih dari syafaatnya, InsyaAllah.

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk menulis diruangan ni..em..memandangkan msk sem baru, mase hanye terluang utk memikirkan tugasan yg dh bertimbun2 dan program2 yg dh bermule..huhu..moge kite semue diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan2 yang bakal ditempuhi dlm kehidupan (^_^) em..buat mase ni sye xth nak coretkan cerite ape, walaupun dalam fikiran ni bermacam2 isu n cerita yg ingin dikongsi..mgkin fikiran masih penat memikirkan tajuk2 proposal dan tugasan kursus yg perlu diselesaikan dlm wktu yg terdekat ni dn bru sihat menyebabkan xdpt nk mengarang...huhu..(alasan...)

ok..straight to the point...


Jika anda telah mengenali Allah, mensucikanNya, beribadah kepadaNya, dan menempatkanNya sebagai Tuhan, sementara anda berada dalam sebuah pondok, nescaya anda akan mendapatkan kebaikan, kebahagian, ketenangan dan rasa damai.

Namun jika anda menyimpang, walaupun tinggal di dalam istana yang paling megah, di rumah yang paling luas, dan memiliki semua yang anda sukai, maka ketahuilah bahawa akhir kehidupan adalah pahit sekali dan penderitaan yang berpanjangan dalam erti yang sebenarnya. malah, itu bererti bahawa anda hingga kini belum memiliki kunci kebahagiaan.

"Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya (saja) sungguh berat dipikul oleh beberapa orang yang sangat kuat..."(Al-Qashash:76)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala : Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman...(Al-Hajj:38)

Ayat ini bererti Allah akan membela mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kejahatan dunia dan akhirat. Ini adalah sebuah berita, janji dan sekaligus khabar gembira dari Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Dia akan membela mereka dari semua yang tidak baik. Allah akan menghindari mereka daripada perkara tidak baik kerana KEIMANAN mereka, dari semua keburukan orang-orang kafir, keburukan dirinya sendiri, keburukan amal perbuatan mereka sendiri, dan membantu meringankan beban yang memberatkan mereka. Setiap mu'min berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti itu sesuai dengan kadar keimanannya. Ada yang mendapat banyak, dan sebaliknya. Namun bersyukurlah, jika diuji..kerana bila mana kita diuji insyaAllah keimanan kita semakin bertambah kepadaNya ^_^ dan jangan rasa kite ditinggalkan olehNya. (jika kita tidak meninggalkanNya) yakinlah padaNya dan sentiasalah bersangka baik terhadapNya..kerana ujian dan musibah itu hanya satu latihan untuk menjadikan kite lebih baik..sama ada di dunia dan akhirat..insyaAllah=)


Bahawasanya Allah meghiburkan hamba yang sedang ditimpa bencana dan meringankan kesulitan yang mereka hadapi adalah satu dari sekian banyak buah keimanan. Dan buah keimanan itu akan menjadi hiburan kepada hamba dan akan membuatnya merasa ringan tatkala ditimpa musibah dan bencana.


.....barangsiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memberikan petunjuk pada hatinya....

(At-Taghabun :11)

Menurut ayat ini adalah seorang hamba yang sedang ditimpa musibah, dan dia menyedari bahawa musibah yang menimpanya ini berasal dari Allah, bahawa segala yang akan menimpanya pasti terjadi, dan bahawa segala yang terjadi itu adalah yang menurut ketentuan Allah dan jika bukan yang diatur olehNya pasti tidak akan terjadi dan tidak akan menimpanya...Sehingga ia dapat menerima dan pasrah kepada takdir sekalipun menyakitkan dan bencana sebesar apa pun akan tidak bererti di hadapannya, kerana keyakinannya bahawa semua itu berasal dari Allah dan itu bererti ia kan mendapatkan pahala atas kesabarannya..


Oleh yang demikian, jangan terus mengeluh dan putus asa jika diuji..ambil masa untuk bertenang, bermuhasabah dan berwudhuklah tiap kali dilanda musibah dan masalah...orang bijak mesti berfikir sebelum bertindak(^_^) tidak ada sekelumit masalah tanpa penyelesaian...pasti ada..!=)


Ukuran kebahagiaan itu ada dalam Kitab Allah yang agung, dan takaran dari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hambanya, baik ketika masih di dunia mahupuj ketika di akhirat kelak...

Moge kite beroleh Kunci Kebahagian di dunia dan Akhirat,insyaAllah...amin ^___^



jom baca Buku La Tahzan =)

p/s : Seorang penyair mengatakan :

....Ku tinggalkan dunia

untuk beralih kepada yang lainnya

kerana tiada yang diharapkan dari dunia ini

bagi orang-orang yang soleh....


Salam illa'liqa...

may Allah bless us=)



Assalamualaikum w.b.t....
Hope semue kawan2 sihat dalam RahmatNya selalu...em..alhmdllh msih diberi kesempatan utk melihat dunia ciptaan Ilahi dan mencoretkan sesuatu di sini..(^_^)..

2 Julai tamat sudah perjalanan Latihan Industri di MRS Sepang,em..sedih plk bile dh hbs...mule2 ri tu nk sgt cepat2 hbs..huhu..p Alhmdllh semue berjalan dengan baik sekali,staf2 kat sne pun baik2 dan sporting2 blake...time ksh semue..hope UKHWAH berkekalan insyaAllah=) dan segale kenangan dan ilmu yg diperolehi kat sne mmg ckp2 bermakne bagi saye..

em..sepatutnye sye dh kne ade di Upsi,tpi disebbkan beberape kesulitan..esk bru gerak ke tg.mlim..moge2 perjalanan pergi dan pulang dalam lindunganNya...doakan kami sekeluarga=) dan sepattnye jgk sye dh kne blk 7hb tuk prgrm RPA..tpi disbbkan kesulitn jgk (kne siapkan report LI) prgrm xdpt disertai..em..de sdkt rse terkilan cz dh kali kedua sye xdpt sertai..huhu..xpe la insyaAllah jike diberikn kesmpatan akn sertai jgk kan klu x mknenye xde rzki (^_^)

Persediaan tuk sem baru ni..em..xde pe2 perancangan lagi..kple pun tgh serabut (T_T')..cume hrpkan peningktan dlm pelajaran..dan kehidupan..moge dlm RedhaNya sllu..huhu...time ksh pde kwn2 n keluarga yg sllu bgi smgt..waa...dh sem 6,tinggal 2 sem lagi..

ok la smpai sni dlu..insyaAllah bertemu lagi..teruskan perjuangan,moge usahe kite di redhai selalu...

p/s : "Berhenti daripada membandingkan laluan kita dengan laluan orang lain, kerana sudah pasti laluan itu tidak sama..Mudah pada mereka mungkin payah untuk kita, payah buat mereka tapi mungkin mudah buat kita=)"

Salam, illa'liqa..
Selamat Malam...may Allah bless us=)
Salam...moge2 semue sihat dalam RahmatNya selalu.....
em...lebih krg 3 minggu jgk xm'jenguk ruangan ni,p alhmdllh ia xsunyi dgn kesudian kunjungan daripada kalian...time ksh=) saye minta maaf lambat rply msg2 yg hadir dan xsmpt utk menziarahi blog kwn2..insyaAllah diberi kesempatan sye akn ziarah n follw ek ^_^

Cuti semeste ni mgkn jrg dpt cek blog (online),sebenarnye xde cuti sem pun...skrg tgh buat latihan Industri selame due bulan,jadi cuti sem digantikan utk menimbe pengalaman n ilmu di mahkmah rendah syariah...em..mmg byk pengalaman baru yg dpt, nak2 first time msk court ddk b'sme2 gan pegawai mhkmah kat depan siap panggl plaintif n dfendan kat dpn..huhu...best la jgk..p fhm2 la kat mhkamh syariah byk kes ape kan...p pe2 pun manfaatkan ilmu yg diperolehi...sekarang tdo pun dh awl (kecuali ri ni,hu2) kdg2 xsmpt isyk pun dh ngtk..(alhmdllh isyaknye xlupe^_^ )

em..ok smpai sni dlu,insyaAllah pjg umr murah rzki jumpe lagi di alam maya,doakan sye dlm menjalani LI dan kesejahteraan kite bersame..moge Allah sentiase melindungi di mane jua kite berada..amin=)

Selamat malam,illa'liqa..
Salam..may Allah bless us=)



p/s : Moge kite dijauhkan dari segle yg menjadi kemurkaan Allah..

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud :
"Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya : "Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya.Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang,ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan, ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa sesiapa yang membanyakkan jenis puasa , ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah, ia tetap diseru dari pintu sedekah."

Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata : " Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi menjawab : "Ya, ada. Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
(HR.Bukhari dan Muslim)

Melalui hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang tinggi diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang yang membanyakkan jenis-jenis amal kebajikan yang dilakukannya.
Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan , sangatlah dihormati oleh Malaikat Syurga sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang dijagainya. Maksud mengerjakan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan itu ialah : Misalnya seseorang mengerjakan sembahyang fardu ia juga mengerjakan berbagai-bagai sembahyang sunat. Jika kita melakukan puasa di bulan Ramadhan ia juga mengerjakan puasa-puasa sunat. Demikian halnya pada amal-amal kebajikan yang lain.

Mendengarkan tentang kemuliaan besar yang akan diperolehi oleh orang yang berbahagia itu, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq merasa gembira dan meminta penjelasan dari Rasulullah, lalu Nabi menerangkannnya dan menyatakan harapannya semoga Sayidina Abu Bakar termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung itu.


Salam...moge semue sihat dan dalam lindungan RahmatNya selalu,memandangkan fikiran ana tengah buntu dan terase bagaikan nak demam,xdapat fokus stdy malam ni..esok last paper tuk pengakhiran sem ni..Ya Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan yang baik..^_^ jadi tuk hilangkan kebuntuan ana rehat kejap n belek2 buku kegemaran ana "Malam Pertama di Syurga" dan terjumpe tajuk ini lalu berkire2 tuk taip kat sni..akhirnya tercatat di sini..huhu.. moge yg sedikit ni kite sme2 muhasabah dan meneliti kisah di sebaliknya..insyaAllah..ana xberape nk ulas, tapi itu lah..Allah SWT dh berikan kite jalan untuk kite pilih sama ada untuk kebaikan dan keburukan.. Jika jalan menuju keduniaan di mana penuh hiburan, jalannya mudah, indah maka tidak hairan ramai dikalangan kite yg menjurus utk memilihnya dan ramai juge yg tersungkur akhirnya..manakale sedikit yang memilih ke arah akhirat (kebaikan) di mana ia penuh dugaan, memerlukan kesabaran dan sukar..tetapi akhirnya insyaAllah mendapat ganjaran yang baik..


Kadang-kale terfikir..adekah amat sukar utk membuat kebaikan?em..sukar,dengan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dan dugaan, hati yang tidak teguh..iman yang sering goyah dek nafsu dan bisikan dan sebagainya..apatah lagi untuk mengajak ke arah kebaikan.. Jika ditanya, adakah anda sudah layak untuk menegur dan menyuruh (menasihati) org lain utk membuat kebaikan?em..ye,jike ana..ana mmg tidak layak utk menegur dan menasihati sesiape..(diri sndiri xbaik nak nasihat org plk) tetapi ats dasar sebagai khalifah di muka bumi yang kian di mamah usia ini..kite same2 menasihati antara satu sama lain..(sampaikan walau 1 ayat) dan biarlah ia dgn care yg berhikmah..terpulang kepada kite utk memilih jalan yang mane...Allah telah sediakan perkare2 yang perlu kite lakukan jika mahu menjejakkan kaki ke SyurgaNya..adekah org lain yg bertanggungjwab atas diri kite sndiri?...kite sendiri..same2 kite fikirkan..

em..sampai sni dlu, smbg stdy..huhu...doakan ana dapat jwb utk last paper esk dan kepade rakan yg trt menghadapi peperiksaan..gd luck too..all the best, moge Allah memberikan ketenangan dalam menuntut ilmu dan menjawab soalan..insyaAllah,amin..

Selamat Malam, jage diri semue..
Salam..illa'liqa,
May Allah bless us=)

Salam....

Di dalam kitab "Al-Multaqith" diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk. Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementar
a dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi. Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut lalu menjelaskan mengenai dirinya serta berkata,

"Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!"...

"Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah," kata tokoh Muslim di kampung itu. "Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku," kata ibu tersebut.

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah.

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijua. Kepada Rasulullah SAW dia lalu bertanya, "Wahai Rasulullah ! Milik siapa istana ini? "Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah, " jawab baginda. "Wahai RAsulullah, aku pun seorang Muslim," jawabnya.

"Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah," sabda Rasulullah SAW kepadanya.


Tokoh di kampung itu pun binggung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW kemudian bersabda lagi,

"Disaat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya ,
"Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku !" Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu menunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!"

Sesaat kemudian lelaki Muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai , lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada. Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menumpangkan wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. " Di mana wanita Alawiyah itu?" tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi .

"Ada padaku," jawab si Majusi. " Aku sekarang mengkehendakinya." ujar lelaki Muslim itu. " Tidak semudah itu." jawab lelaki Majusi. " Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku." desak lelaki Muslim. " Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya. " jawab lelaki Majusi itu. " Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya." ujar lelaku Muslim itu seolah-olah menggugut.
Maka lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu,

"Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah , aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam dihadapan wanita Alawiyah itu dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW sendiri telah pula bersabda kepadaku,

"Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?" "Ya, benar," jawabku. "Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai seorang mukmin, " sabda sabda kembali.

Bantulah mereka tidak kira siapa, dari mana dia datang, keturunan mana, agama apa atau sebagainya dengan kemampuan yang ada. Sesungguhnya pertolongan yang memanfaatkan akan mendapat RedhaNya bukan sahaja di dunia malah ganjaran di Akhirat.




Salam Illa'liqa...

Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..

hargailah jasa ibu kita.....


p/s: puisi dari sahabat..time kasih utk beliau=)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillah......
Salam perjuangan semue,moge sihat dan dalam RahmatNya selalu...em..sekarang musim stdy week,bermaksud xlame lagi exm akan menjelme..em...rase cm baru je pas exm sem lepas,kini bertemu lagi..huhu...persediaan?em..xtahu nak ckp pe..blur je,time exm2 cm ni teringat time sekolah dlu samede time spm/stpm..srnk sgt klu time exm...bukan pe, time tu la kite dpt tgk spe leh tlg spe..huhu..kami sllu stdy group,bukan dgn kwn2 rpat sje,p kdg2 gan mmbr2 kls lain pn kami akan berkumpul dan same2 ajar mane yg xfhm...klu time f5 dlu, ckgu pn pn sllu mai hstl mlm2 semate2 wt kls tmbahan tuk kmi...tambahn pulak time 2 kami kat sekolah de guru mude, jadi mudah nak dapat bantuan dari rakan tuk ajar kami2 yang xfaham dalam stdy..
em......seronooknye...klu time f6 dlu pn cm2, kami sllu stdy dlm kls and sme2 ulangkaji, spe yg mahir dlm 1 sbjek 2 die akan volentr tuk ajar kat dpn and begitu la sebaliknya...sme2 tlg-menolong..ajar sekadar yg mampu...lelaki permpuan, sme2 ajar mane yg patut..(nak2 duk hstel mdh berkmpul rmai2) cz kdg2 klu dlm kelas kami xsemuenye dpt fokus, jadi dengan adenya perbincangan mcm ni sedikit sebanyak dapt membantu. Pastu klu tgk yg lain stdy msti kite pn nak stdy sme, jeles la katekan huhu...w'pun xbyk at least dpt la jgk pe yg bace 2..suke duke bersame...dan banyak lagi kenangan2 waktu 2..xdpt ditaipak disini..huhu..Ya Allah,sungguh indah saat tu, kawan2 yg sudah jauh di mata tetapi sentiase dekat dihati...=)

Di universiti, lain plk carenye..huhu..kalian semue sudah sedia maklum keadaannya, tapi mungkin de yang berbeze...kat sini sye mmg xde stdy group, p perbincangan ringkas ttp ade, mungkin sye sndiri yg menyukarkan keadaan atau..huhu, xpe la pe2 pn kne ushe sndiri jgk kan kan?...spe yg ushe die yg akan dpt..kawan2 di sek dan di u pn berbeza...berbeza mcm mne 2?..terpulang utk mentfsir...bagi sye kelainan ttp ade, biase la kan..lain tempat lain coraknye...lain org lain ragamnye..sesukar mane keadaan kite tetap kne ushe kan...(chaiyookk akma !!!) Baru2 ni jgk(9-11 April) sye de menyertai kem KERIS (kem rmje Islam) yg dianjurkan oleh KHAR..em...best jgk..walaupun byk halangan sblm hadir ke prgrm 2 p alhmdllh akhrnye semuenye baik2 shje....sye hadir dgn gelas yg ksg..dan alhamdllh baliknye membawe isi dalam gelas tu...mge2 ia sllu bermanfaat, selalu. em..slot Tadabbur Alam mmg memberi kesan..best, p mngkin blh diperbaiki lagi,p pe2 pn mantap.

Tuk sem ni, tahap kerisauan lebih skt,(setiap sem pn rsau) dgn sbjek yg ade...nk2 subjk isu serntau gan politk dimalysia..mmg thp kebimbangan dlm 91% huhu...sbjk lain pn sme gak (identiti nasional, p'bangunan wilyh, k'mhrn berfikir, reka btk gan kaedh p'yldkan) cume yg 2 sbjek ni lebih skt..huhu...moge Allah memberikan kefahaman, ketenangan dan kemudahan dalam menjawab segle persoalannya nnt, amin. Same jgk tuk kawan2, moge2 kalian tegar dalam menghadapi peperiksaan kelak.

Emm...pe ek nak cite g....lame kan xupdate,huhu...lagipun skrg lptp dh arwah..huhu,sedih..p perkare nak jadi,skrg gune lptp abg...insya Allah luse baru nak mencari yg lptp baru...kwn2 mf di fb sye xleh nk cmmnt cz mslh tknikal..=) time ksh yg sllu mendoakan sye, dan sekarang sye di kampung, ahad baru balik ke tg.malim..doakan perjalanan sye sentiase dlm lindunganNya, amin=) haa..satu lagi, Alhamdllh tuk sem depan sye dapt lagi duk hstel..hihi...syukur..ok la smpai sni dlu, insya Allah pjg umr bertemu lagi di ruangan maya ini...stdy smart...doakan sye rajin utk ulngkaji,huhu...amin=)...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Salam, illa'liqa..
may Allah bless us=)
Bismilllah.....
Salam,moge semue sihat selalu dan berada dalam RahmatNya...

Perjalanan yang panjang, memperoleh hasil yang lambat, kejayaan yang tertunda, kesulitan dalam bergaul dengan pelbagai lapisan manusia dengan perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka yang pelbagai membuatkan kite tidak boleh untuk mengundurkan diri dari menghadapinya begitu saje. Kerana apa yang kite lakukan bukan sekadar untuk mendapat kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yang paling utama tujuannya ialah untuk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.

Nabi Nuh a.s pemuka para anbia', hidup ditengah kaumnya selama 950 tahun. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada baginda. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuhi, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan baginda yang bermaksud :

"Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan Sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutup bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri."


em...hari2 yang telah berlalu, menyaksikan suka dan duka..Ujian dan cabaran setia menanti tanpa persediaan kite. Jike lihat cerite di atas, bolehkah jadi setabah Nabi Nuh a.s? Walaupun dengan pelbagai usaha yg dilakukan, tetap tidak memberi hasil yang baginda inginkan. Macam tu jugak kite, setiap hari ape yg kite lakukan dengan niat yg baik,akan mengharapkan apa yg kite lakukan itu pasti mendapat hasilnya. Tapi jike sebaliknya? Adakah kite redha dengan ape yg kite dapat walaupun bukan atas kehendak kite..

Ujian yang diberi adalah untuk melatih kite menjadi seorang yang lebih tabah dan sabar. Dan Allah tidak akan turunkan sesuatu ujian/musibah setanding dengan kemampuan hambanya..(ingat tu) Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, terpulang pada kite untuk menyelidiki masalah tersebut dan menyelesaikannya..Walaupun tidak berjaya menyelesaikannya,itu lebih baik dari kite tidak mencube untuk selesaikan masalah, lari dari tanggungjawab sendiri..Sabar..ye sifat sabar mmg payah nak ada dalam diri setiap manusie hatta saye sendiri..tapi jike kite latih dan sentiase latih dan latih..insya Allah kite akan jadi seorang yang sabar dalam menghadapi kerumitan duniawi...Sentiase berfikiran positif, ingat Allah , berzikir menerima qada dan qadar nya ketika suka atau duka insya Allah kite hanya akan diuji sementare (atau sebaliknya) dan disetiap yang diuji itu pasti akan ada ibrahnya tersendiri..dan Hikmah dari setiap ketentuan itu insya Allah untuk kebaikan kite..Selalunya ujian yang diturunkan, memberatkan kite..kite terasa terbeban, letih, dan sebagainya..Tapi dengan masalah itulah yang mendidik kite untuk menjadi orang yang lebih berfikiran terbuka, meningkatkan keyakinan, membentuk pengalaman dan rasenye banyak lagi kesan baik daripada ujian yang diberikan oleh Allah swt..

Bila mana kite diuji dan merasa susah dalam berjihad dijalan Allah (belajar, bekerja, tarbiah dll), itu lebih baik dari insan yg langsung tidak menerime ujian dan berasa senang dijalannya selalu,leka dengan kesenangan duniawi... kelak bile ditimpa musibah...??Nauzubillah..sentiase lah bersyukur atas nikmatNya . Setiap ujian yg diberi, tanda sayangnya Allah kepada kite supaya dapat dipandu dengan lebih sempurna dan baik. Sesukar manapun ujian itu, nak xnak kite kne laluinya juga, sesusah manapun ujian yg diberi, ingat ade yg lebih susah daripada ape yg kite hadapi..Sesakit manapun ujian yang ditempuhi..perit lagi ujian yg dilalui Nabi Muhammad s.a.w yang berjuang demi kite di dunia ini...adanya Dunia ini yg kite tinggl ini adalah kerana sayangnya Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi bersabarlah sekiranya iman kite diuji..

(sekadar berceloteh)

Baru2 ni laptop sye terpakse dihantar ke kedai,huhu..p akhirnya bile nak ambil semule katenye dh xdapt diselamatkan..em..perasaan?blur..xdpt nk pk.."Ya Allah macam mane nak siapkan final asgmnt? w'pun tgsn tinggl 1 je tpi modul P&P ni byk sgt......, em..jangan bimbang pasti de carenye." sye bermonolog dlm diri..dan cube elakkan dari memikirkan kehilangan lptop kesayangan..huhu..xsmpat hbs stdy kat sini lagi die dh awl2 tingglkan sye...(lptp)..selepas kerosakan, sy mklumkn kt ma..kat abah blm..sbb abah lebih gemar jike sye urus dan selesaikn sndiri,dan sye pun yakin lptp hnye mengalami kerosakan sedikit dan tidak kritikal...tpi bile dh cnfrm lptpnye xleh dibaiki..sy hnye hntr sms kt abah..fhm2 la klu anak b'ckp dgn abah..(nk2 sy mmg rpt dgn abah)..trs abah cll n..em.....alhmdllh terasa berat beban di dada dan kepale..berkurangan sikit dan selebihnya hnye DIA yg dapat hilangkan...time kasih Ya Tuhan kerana sentiase membantu hambamu ini dalam menghadapi dugaan dan cabaran.. Alhmdllh tugasan dah disiapkan dan dihantar semalam, walaupun penat berulg-alik ke cc dan libry, p syukur fikiran tenang selepas dapat selesaikan semue..moge tugasan yg dilakukan diberkati..amin.

Kite hanya hamba di dunia, Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa dan memiliki seluruh alam..sungguh, sifatNya lengkap dan indah..

"Ya Allah, aku mengharapkan rahmatMu. Perbaikilah seluruh keadaan diriku dan janganlah Engkau serahkan kepadaku diriku sendiri walau sekelip mata. Tiada Tuhan selain Engkau."


Jelas, jgn serahkan diri ini kpde diriku sendiri..pimpin, dan golongkan aku dalam golongan yang mendapat RedhaMu..Hidup hnye sementare, nikmatilah dengan keserdehanaan dan kepatuhan kepadaNya, kerana kite akan kembali kepadaNya semula kelak. Perjalanan yg panjang dan mungkin tidak...walau ape pun trskan perjuangan dan istiqamah dalam kehidupan..Tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan. Penat di Dunia insya Allah rehat di Akhirat..Wallahu a'lam.


Salam,illali'qa...
May Allah bless us=)

"Always Be There"