BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud :
"Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya : "Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya.Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang,ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan, ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa sesiapa yang membanyakkan jenis puasa , ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah, ia tetap diseru dari pintu sedekah."

Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata : " Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu ya Rasulullah (dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi menjawab : "Ya, ada. Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
(HR.Bukhari dan Muslim)

Melalui hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang tinggi diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang yang membanyakkan jenis-jenis amal kebajikan yang dilakukannya.
Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan , sangatlah dihormati oleh Malaikat Syurga sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang dijagainya. Maksud mengerjakan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan itu ialah : Misalnya seseorang mengerjakan sembahyang fardu ia juga mengerjakan berbagai-bagai sembahyang sunat. Jika kita melakukan puasa di bulan Ramadhan ia juga mengerjakan puasa-puasa sunat. Demikian halnya pada amal-amal kebajikan yang lain.

Mendengarkan tentang kemuliaan besar yang akan diperolehi oleh orang yang berbahagia itu, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq merasa gembira dan meminta penjelasan dari Rasulullah, lalu Nabi menerangkannnya dan menyatakan harapannya semoga Sayidina Abu Bakar termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung itu.


Salam...moge semue sihat dan dalam lindungan RahmatNya selalu,memandangkan fikiran ana tengah buntu dan terase bagaikan nak demam,xdapat fokus stdy malam ni..esok last paper tuk pengakhiran sem ni..Ya Allah permudahkan urusan dan berikan kesihatan yang baik..^_^ jadi tuk hilangkan kebuntuan ana rehat kejap n belek2 buku kegemaran ana "Malam Pertama di Syurga" dan terjumpe tajuk ini lalu berkire2 tuk taip kat sni..akhirnya tercatat di sini..huhu.. moge yg sedikit ni kite sme2 muhasabah dan meneliti kisah di sebaliknya..insyaAllah..ana xberape nk ulas, tapi itu lah..Allah SWT dh berikan kite jalan untuk kite pilih sama ada untuk kebaikan dan keburukan.. Jika jalan menuju keduniaan di mana penuh hiburan, jalannya mudah, indah maka tidak hairan ramai dikalangan kite yg menjurus utk memilihnya dan ramai juge yg tersungkur akhirnya..manakale sedikit yang memilih ke arah akhirat (kebaikan) di mana ia penuh dugaan, memerlukan kesabaran dan sukar..tetapi akhirnya insyaAllah mendapat ganjaran yang baik..


Kadang-kale terfikir..adekah amat sukar utk membuat kebaikan?em..sukar,dengan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dan dugaan, hati yang tidak teguh..iman yang sering goyah dek nafsu dan bisikan dan sebagainya..apatah lagi untuk mengajak ke arah kebaikan.. Jika ditanya, adakah anda sudah layak untuk menegur dan menyuruh (menasihati) org lain utk membuat kebaikan?em..ye,jike ana..ana mmg tidak layak utk menegur dan menasihati sesiape..(diri sndiri xbaik nak nasihat org plk) tetapi ats dasar sebagai khalifah di muka bumi yang kian di mamah usia ini..kite same2 menasihati antara satu sama lain..(sampaikan walau 1 ayat) dan biarlah ia dgn care yg berhikmah..terpulang kepada kite utk memilih jalan yang mane...Allah telah sediakan perkare2 yang perlu kite lakukan jika mahu menjejakkan kaki ke SyurgaNya..adekah org lain yg bertanggungjwab atas diri kite sndiri?...kite sendiri..same2 kite fikirkan..

em..sampai sni dlu, smbg stdy..huhu...doakan ana dapat jwb utk last paper esk dan kepade rakan yg trt menghadapi peperiksaan..gd luck too..all the best, moge Allah memberikan ketenangan dalam menuntut ilmu dan menjawab soalan..insyaAllah,amin..

Selamat Malam, jage diri semue..
Salam..illa'liqa,
May Allah bless us=)

3 comments:

shidiq OPEN MIND said...

surga dibawah telapak kaki ibu,

tapi para kaum sufi mengatakan :
inna al jannata laqiya rabba,
sesungguhnya surga itu bertemunya hamba dengan TuhanNya...

salam kenal,

alFaqirah ilAllah.. said...

subhanallah...bermanfaat.moga Allah kuatkan kita dan sekalian yang berjuang mbawa risalah Nabi..hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Salam Purnomo Shidiq...em..btl,syurga anak2 di bwh tapak kaki ibu..dan syurga bagi Hamba apabila bertemu dgn PenciptaNya..time ksh sdi singgh..

Salam alFaqirah..insyaAllah moge kite tidak larut dlm dunia akhir zaman..same2 doakan...time ksh sdi singgh...may Allah bless us:)


"Always Be There"