👴👵Berbakti kepada ibu bapa.
➡️Ibubapa diuji ketika anak-anak masih kecil.
➡️Anak-anak diuji ketika Ibubapa sudah tua.
➡️Anak-anak diuji ketika Ibubapa sudah tua.
✅Dua-dua keadaan ini menuntut kesabaran yang sangat besar.
💕Bersabarnya ibu bapa membesar kan anak. Mendidik. Menyuap makan dan minum. Membasuh berak dan kecing. Mendukung dan mendodoi. Menahan kantuk malam menjaga anak pabila sakit. Menahan malu atas perbuatan kita. Sentiasa mendoakan kita. Membanting tulang menyediakan segala keperluan anak-anak. Dan banyak lagi..tidak terhitung dan tidak terbalas.
🌷Anak-anak yang baik, akan tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. Tinggi mana pangkat, besar mana gaji, mewah mana anak-anak itu, berhadapan dengan ibu bapa dia perlu tunduk dan merendahkan ego, santun, jangan sombong, jangan sesekali membentak dan meninggikan suara. Siapa pun kita, itulah (ibu bapa) yang mengasuh, menjaga kita semasa kita kecil tapak tangan, lemah dan tidak berdaya. Tidak mengetahui apa-apa. Menangis siang dan malam. Lapar dahaga ditunaikan. Kenangkan semula, ketika kita kecil.
🌷 Berdirinya kita pada hari ini, dengan kerjaya dan apa jua kejayaan, semuanya atas doa dan redha daripada Ibubapa. Jika sebaiknya, tidak tenang, serabut, masalah bertimpa-timpa selidik semula bagaimana hubungan dengan ibu bapa dan Allah SWT. Doa mereka itu sangat ajaib buat kita sebagai anak.
💚Selepas kalimah tauhid, " tidak menyembah melainkan kepadaNya" , Allah menyuruh kita untuk berbuat baik terhadap ibu bapa. Betapa dekat dan tingginya darjat di sisi Allah yakni ibu bapa.
💚Keadaan ini berputar, anak-anak kelak akan menjadi ibu bapa. Dan bagaimana kita nak anak kita melayani kita sewaktu tua kelak?😌 Tepuk dada tanya iman. ❤️
💚Keadaan ini berputar, anak-anak kelak akan menjadi ibu bapa. Dan bagaimana kita nak anak kita melayani kita sewaktu tua kelak?😌 Tepuk dada tanya iman. ❤️
۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ
عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا
عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
-Surah Al-Isra', Ayah 23
وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
-Surah Al-Isra', Ayah 24
🤲Moga Allah kurniaan kesihatan yang baik buat kedua ibu bapaku dan semua. Moga kita dikurniakan kesabaran dalam menyantuni orang pertama yang mendoakan kita walaupun kita belum wujud di dunia.🌹
🤲 Jadikan kami anak yang solehah/soleh buat ibu bapa kami. Moga kami sentiasa menjaga solat, menjaga aurat, menjaga dan bertanya khabar ibu bapa walau dimana anda berada.
🤲Beruntunglah bagi mereka yang masih memiliki ibu bapa.
🤲 Jadikan kami anak yang solehah/soleh buat ibu bapa kami. Moga kami sentiasa menjaga solat, menjaga aurat, menjaga dan bertanya khabar ibu bapa walau dimana anda berada.
🤲Beruntunglah bagi mereka yang masih memiliki ibu bapa.
0 comments:
Post a Comment