Saya kira orang yang sentiasa menonjol, menyerlahkan sesuatu dan menyatakan sesuatu secara terbuka itu, orangnya indah, romantik, dan menyayangi.
Namun jelas ianya tidak.
Suatu hari, si isteri menyoal imamnya si suami.
Abang, adakah kamu , menyayangi aku?
Ya sayang, , mengapa kamu menyoal itu?
Sayang tidak pernah lihat kamu menulis mengenai aku dimana-mana.
Aku ingat tiada yang indah mengenai aku sepanjang bersamamu?
Dan si isteri memeruskan persoalan-persoalan yang bermain di benaknya persis si anak kecil.
Lantas, si suami hanya tekun mendengar tanpa suara namun senyuman sentiasa terukir dibibirnya sambil merangkul erat bahu si yang tercinta.
Selesai si isteri mengutara pendapatnya. Si suami menyambung bicara.
"Sayang, apa yang kamu nyatakan itu mungkin dapat membahagiakanmu tapi hanya sementara. Untuk mendapatkanmu ia bukanlah sesuatu yang mudah. Kamu satu dalam berjuta. Dan abang berjanji untuk menjagamu bukan sekadar di dunia, malah membawamu ke syurga. Menonjolkanmu, memdedahkan dirimu kepada khalayak umum, membiarkan mata-mata melihat kamu tanpa perlu, berkongsi cantiknya kamu dengan yang lain tidak bisa abang lakukan. Kerna kamu hanya untuk abang. Tidak pernahkah abang mengucapkan sayang, ucapan setiap kali hari istimewa, mohon maaf dan terima kasih atas apa yang sayang lakukan selama ini?. Si isteri tekun mendengar bait suaminya. Benar antara kami, dialah yang dahulu mengucapkan selamat, tahniah dan sebagainya.
"Biarlah indahnya dirimu hanya abang dan Allah yang tahu. Abang sudah berjanji dengan Tuhan kita untuk menjauhkanmu dari api neraka. Abang bimbang jika abang yang menyebarkan gambarmu, mengucapkan kata-kata manis untuk tatapan umum bisa menjatuhkan kita kepada fitnah. Gambarmu bisa dicuri buat tatapan orang yang kita tidak tahu isi hatinya. Abang tidak ingin berkongsi dirimu dengan yang lain. Akhir zaman sayang..kita berusaha membina sakinah mawaddah warahmah di dunia jangan diakhirat dengan perbuatan kecil kita yang kita anggap ia biasa-biasa merugikan kita diakhirat kelak, nauzubillah sayang ". Lainlah jika sayang ikut abang ke majlis mana-mana macam family day dan sebaginya, abang berbesar hati memperkenalkan sayang pada kawan-kawan abang. Yang kita cari redha Allah bukan, bukannya redha manusia. Belum tentu yang membaca apa yang kita tulis turut mendoakan kebaikan boleh jadi mendoakan sebaliknya. Jadi jangan jauh hati dan sedih ya, tak penting sayang sebab abang akan menghargaimu setiap masa. Buktinya ada pada sayang."
Si isteri menunduk pilu, semuanya benar. Semua rasa bersatu. Bahagia, indah, sayang, dikasihi, dilindungi, dijagai dan semuanya. Walaupun si isteri tidak menyambutnya di muka pintu ketika pulang dari kerja, si suami yang beria mencari si isteri di dalam rumah. Mengusap rambutnya kerana kelelahan berkerja. Sedangkan jika si isteri menyambut si suami dan menghulurkan secawan air pahala untuknya bukan si suami. Bila si isteri membentak menarik muncung pendek akal bukan si isteri yang menghulur tangan malah si suami berbicara lembut merasionalkan si isteri sambil memohon maaf mengendurkan ketegangan. Ah banyak sungguh yang dah dia lakukan dan tak perlu ditonjolkan. Dirimu cerminan kamu. Jangan disebabkan kehendak dunia kamu terpesong tak tentu hala. Ingatlah tujuanmu kerana Allah. Jadilah wanita yang berbahagia yang memiliki suami yang menjaga luar dan dalamanmu. Menggenggam erat rahsiamu untuk Tuhanmu. Ish...tergoda dengan dunia. Aku menepuk dahi beristighfar!!
Sayang, kamu Limited Edition! Kamu diciptakan untukKU 💑
5 comments:
Nasihat y bagus!
Assalam
Singgah sini. Moga bahagia berpanjangan.
Assalam
Singgah di sini baca baca...
Assalam
Perkongsian yg indah.
Waalaikumussalam t. Kasih sudi singgah😊
Post a Comment