Hati ini milik Allah, hanya Dia yang dapat Tentukannya dengan baik...Ramadhan semakin hampir meninggalkan kite..sungguh, aura tuk menyambut hari raya masih tidak Ada..! Alangkah baiknye, jika waktu ini, berterusan....Ramadhan Kareem~~' Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan setiap yang diciptakan ade hikmahnya...Ya Allah, permudahkan hamba-hambamu untuk terus kekal bermunajat kepadamu..di waktu ini dan seterusnya...istiqamahkan kami untuk mencari Cinta dan SyurgaMu...

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".

Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .

( H.R. Bukhari dan Muslim )

Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa " .

Berdasarkan Firman Allah ini, jelaslah kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai taqwa kita bertambah atau berkurang?.


Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?

Sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah dalam surah

Al-Qadar :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .

(Surat al-Qadar ayat :1-5 )


Lailatul Qadar anugerah untuk Umat Muhamad

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya : " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .

( Hadis riwayat bukhari )

Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah . InsyaAllah, moge Allah permudahkan saye dan anda untuk mencarinye..amin...permudahkan hambamu ini Ya Allah,ameen....



P/S ✿~ Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,

✿~ Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,

✿~ Malaikat itulah jurugambarnya,

✿~ Islam itu jalan ceritanya,

✿~ Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,

✿~ Padang masyhar tempat penganugerahannya,

✿~ Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,

✿~ ALLAH S.W.T adalah hakimnya,

✿~ Syurga atau Neraka adalah trofinya *~

0 comments:


"Always Be There"