Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..

hargailah jasa ibu kita.....


p/s: puisi dari sahabat..time kasih utk beliau=)

3 comments:

realiti.. said...

sungguh tersentuh jiwa ini tika mana berbicara mengenai ibu..kerana syurga ditelapak kaki ibu..

Nur_Ma said...

Salam, realiti...em..pe2 berkaitan ibu,pasti akn menyetuh hati..hargai mereka(ibu) selagi masih ada..moge ibu2 kite sntiase dlm RahmatNYA..amin=)

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...
This comment has been removed by the author.

"Always Be There"