Mungkin umur tidak panjang,
Jadi usah beban memikul rasa yang tidak sempat dirasa.
Lalui dengan tenang dan lapang,
Agar kembali kepadaNya tanpa lelah yang memanjang,
Diam memendam hati yang rapuh sentiasa,
Kerana kita adalah kita.
”setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)
Mungkin umur tidak panjang,
Jadi usah beban memikul rasa yang tidak sempat dirasa.
Lalui dengan tenang dan lapang,
Agar kembali kepadaNya tanpa lelah yang memanjang,
Diam memendam hati yang rapuh sentiasa,
Kerana kita adalah kita.
Bismillah...
Alhamdulillah...
MasyaAllah...
Masuk minggu yang ketiga atau lebih. Selepas kena covid 19 pada bulan Mac tempoh hari, kesihatan masih belum betul-betul sihat sepenuhnya. Antara kesan selepas C19 seperti demam on off, selesema, lenguh badan masih sehingga ke hari ini. Minggu lepas MC 2 hari dan masuk minggu ini masih demam, selesema dan lemah badan, kahak bertekad tidak mc dan ke sekolah. Allahuakhbar. Moga Allah ampuni segala dosa dan masih ada rahmat untuk dikurniakan kesihatan yang baik..Aamin..untuk anak-anak juga.
Urusan kerja juga sama. Kerja tak pernah habiskan. Ada sahaja. Ada je di tambah. Tapi itulah kalau diikutkan memang makin serabut. Jadi tenang-tenang sahajalah. Siapkan yang mana lebih utama. Susun baik-baik supaya bukan kerja yang aturkan kita, tetapi kitalah aturkan urusan sehikmah-hikmah mungkin.
Bulan yang agak meruntun jiwa juga pada bulan Mei ini. Dua tarikh besar yang memberi kesan dalam kehidupan iaitu tarikh lahir Ma pada 15 Mei dan Hari Guru 16 Mei. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.
Jika dulu, kalau tak sihat ni ma la tempat kita mengadu, sekarang dah tak de tempat meluah... (.....)..
Apapun, ujian dan urusan kita tidakkan sama dengan orang lain. Jangan dibandingkan. Jika ada orang nak bandingkan dengan hidup mereka, biarkan sahaja. Hanya kita tahu apa yang kita lalui. Kadang-kala memang Allah akan hadir insan yang tidak memahami dan persoalkan mengenai urusan kita. Ujian sabar. Laluinya dengan doa dan senyuman sahaja.
Mengurusi apa jua keadaan yang kita lalui seharusnya begitulah..Allah tidak akan bebankan hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. InsyaAllah, yakinlah. Allah sentiasa bersama kita. Minta, doa dan berusahalah dapat apa jua keadaan.
Badan merasa kian lelah,
Atau semakin gagah
Meniti usia, meneruskan perjalanan,
yang tiada tarikh noktah.
Sibuk,
urusan dunia yang tidak pernah mengalah merajai tahkta,
melirih mata untuk terus menghadapnya tidak kira masa.
memaksa tubuh walaupun mereput riuk, urat yang tersimpul.
24 jam masa dikurniakan,
kadang leka tidak terurus,
berserabut rasa kepeningan menggunung,
sesak, rasa sukar diselindung.
Bertafakur....
nikmat yang dikandung,
memikirkan Yang Maha Agung,
mendidik jiwa yang merapuh,
membenarkan dengan seketul hati...
dengan lapang dan tenang,
kembalinya kita bersama,
Nama Allah yang indah,
dalam Asma Mu Ya Allah....
Urus,
perjalanan langkahmu dengan hikmah,
meneruskan walaupun lelah,
berhenti bukan mengalah,
rehat tanda kita manusia dan hamba,
memohon petunjuk jalan jika tidak tahu arah,
merintih untuk sentiasa bersama hamba yang dipilih oleh Dia sentiasa,
agar tidak rugi dunia apatah lagi di akhirat sana,
destinasi akhir kita sebelum menghidu bau mekar Syurga Firdausi yang indah.
perbetulkan tauhidmu, menerima dan tahu amanah dan tanggungjawabmu,
supaya langkah sentiasa terarah.
17 Mei 2022
Cikgu Akma Kasim.
#Tertinggal telefon
Alhamdulillah. 💕
Esok minggu terakhir pdpr sebelum cuti sekolah bermula. Walau apa jua keadaan yang di hadapi kita tenang-tenang sahaja. Tugasan kerjaya, telatah anak-anak, pdpr, kerja rumah macam mana pun tenang dengan istighfar atau apa jua zikir kepada Dia. Kita tak nak dengar saranan manusia ikut saranan Maha Pencipta kita.
Surah Ar-Rad ayat 28:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
صدق الله العظيم
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan zikrullah (mengingati Allah Subhanahu Wata'ala). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram".
💟
Kerja di kejar tidakkan habis. Kepala berat tidakkan ringan jika kita tidak lepaskan dengan cara yang betul. Ambil masa rehat dan susun. Usah di beratkan. Banyak perkara bertindan. Kerja sendiri perlu selesaikan, pdpr anak kena siapkan, rumah perlu dibereskan. Tak mengapapun jika kita dahulukan satu-satu. Bukan kita tinggalkan terus pun. Kalau mampu buat semua dalam satu masa silakan. Jika tidak first thing first. Pilih. Siapkan satu dan satu lagi kemudian. Pandangan orang, ketepikan..kisah masing-masing tidak sama. Kemampuan kita juga berbeza. Usah dibandingkan. Chill for our good health- untuk redha Allah.
Nak cakap stres, semua stres tapi kita masih ada tali📿. Sama ada nak pegang atau lepas. Kadang ada masa tak nafi rasa serabut dan pening nak urus. Tapi jangan lama, cepat-cepat tepis dan kembali dalam track. Jika ingin luah, cari tempat yang betul dan tepat untuk disampaikan. Kalau penat dan nak berehat. Silakan. Sungguh tak salah. Charge tenaga, dan teruskan. Bila emosi stabil, InsyaAllah aura positif pun ada. Anak-anak happy, kita dan pasangan pun sama. Bila mak ayah happy, anak-anak pun lagi gembira. Kalau kita stres dan lepaskan pada anak dan pasangan pun kadang tidak beri jalan yang baik. Emosi mereka turut tercalar. Ingat, tarik brek. Laju-laju nak ke mana? Hehe...
Dah pkp 3.0 ni, sebagai cikgu plus ibu. Memang mencabar. Tapi tak macam awal pkp awal dulu, nak bagi tugasan nota latihan selagi tak lebih 2 m/s rasa tak puas pula, yeke budak buat? Cukup ke latihan ni? Faham ke nota pendek? Dan hasilnya memang ada yang masih bersih buku nota. Haha. Jadi pkp 3.0 ni berpada-pada. Cikgu pun dah selidik latar belakang anak-anak murid. Masing-masing ada kisah. Jadi cikgu mudahkan selagi dapat permudahkan urusan anak-anak murid. Janji ilmu kita sampaikan. Tanggungjawab dijalankan. Bukan bagi lambakan tugasan yang macam subjek kita sahaja pelajar hadapkan. Dan ramai bersetuju, tidakkan sama belajar bersemuka dan pdpr. Jangan bebankan dan kita cuba seimbangkan yang termampu.
Tak dapat isi link kehadiran kita bantu isikan. Berkongsi peranti dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain, ibu bapa maklumkan pada guru anak tak dapat hadir (tak sihat) atau lewat. Ibu ayah isikan kehadiran dahulu, tugasan di catat. Tidak mengapa. Cikgu terima, tolak ansur, lapang dada dan bersama saling memahami keadaan. Kehadiran juga senang nak dikira. Cikgu sendiri, maklum kepada cikgu anak, anak lewat hantar tugasan sebab mama bekerja. Alhamdulillah, cikgu anak pun faham. Yang kadang jadi kebimbangan bila ada pelajar yang langsung tak respon. Dari awal pdpr sampai nak masuk minggu ke lima tiada maklum balas. Kita cikgu, risau juga, kenapa, ada masalah apa, bukan nak menyibuk tapi memang itulah perasaan dan jiwa bila jadi cikgu. InsyaAllah boleh bantu yang termampu. Tak dapat talian kita sedia luar talian dengan modul. Pilih.
Dan sedih bila tanya kenapa tak masuk pdpr? Sori saya main hp, main game. Cikgu,saya dah bagi hp pada anak dan hari-hari ingatkan suruh masuk kelas. Hurmm... Hati manusiakan? Allah pegang...cikgu dah (d.u.i.t). Bahagian masing-masing. Dah usah runsing. Berbahagialah anak yang amanah kepada kedua ibu bapanya. Dan berbahagialah ibu ayah yang telah membantu anak-anaknya. InsyaAllah moga Allah permudahkan apa jua keadaan.
Wah. Panjang pulak dah. Jadi senang je nak buat karangan respon terbukakan? Hahaha..
*Karangan Respon Terbuka dalam BM Kertas 2, Bahagian B. 30 markah. Panjang karangan lebih daripada 180 patah perkataan. Kalau bagi dua helai kertas pun tak cukup ni, tapi macam mana anak-anak boleh tulis sehelai dan bahagian depan je? Huhu....belum mahir cikguma mengajar karangan rupanya. Huhu.
.
Apapun...
Moga kita sentiasa menghargai untuk dihargai.
Moga kita permudahkan urusan orang lain dan dengan izin Allah urusan kita jua dipermudahkan.. Dan kita sendiri tidak mampu permudahkan apa jua urusan tanpa bantuan daripadaNya.
.
Moga Allah tidak biarkan kita mengurusi nasib kita sendiri. Allah pandanglah kami. Dan kami faham dengan segala ujian yang Kau berikan ini untuk mengangkat darjat dan mendekatkan lagi kami denganMu Ya Rabbi. Kuatkan hati kami untuk melaluinya dengan hati yang sentiasa mengingatimu.
.
Dalam apa jua keadaan....jika..
Ada pasangan, moga kita jadi pasangan yang baik.
Ada kawan, moga kita jadi kawan yang baik.
Ada jiran, moga kita jadi jiran yang baik.
Ada anak, moga kita jadi ibu bapa yang baik.
Ada ibu ayah, moga kita jadi anak yang baik.
Ada anak murid, moga kita jadi cikgu yang baik.
InsyaAllah. Semua kerana Allah.
Peace.✌️
#mayAllahblessus
#syukurselalu
#cubasehabisbaik
#leadertoself
#learningparenting
#muhasabahdiri
#nevergiveup
#Allahisalwayswithus
#cikgumaslowandsteady
#coretanuntukmemori
#terimakasihabidananakanak
Risau juga tidur lambat.
Kakak nak sekolah dah esok ni.
Tengah mama dodoikan adik. Kakak bentang sejadah solat 'isyak' tanpa telekung. Selesai solat katanya nak baca. Mama dah suh die tido. Datang dia dari bawah, mama tolong kakak baca sambil belek quran kecil dia. Bacalah alfatihah.. Sampai... .Maaliki yaumiddiin,. Hah...mcd? Bukan...middin..oo... Dah selesai baca 3 kul dan baca surah al asr.. Sampai lllallazadzii na aamanu.. Ha.. madu? Bukan naamanu..dah selesai...baca doa.. Ya Allah jadikan akhlak kami seperti akhlak al quran.. Ha.. Peti? Bukann... Dahla kakak kamu ni dah ngantukk... Sebelum ni tak pernah2 tersasul2 macam ni.. Malam ni pelik lain macam pulak...hahaha... Moga Allah permudahkan urusan anak2 esok dan seterusnya. Mama berdebar juga, sebulan tak hantar ke pengasuh. Petang tadi sempat melawat pengasuh2 kakak2 dan khadeejah. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kesabaran buat pengasuh anak2. Moga anak2 pelajar juga dipermudahkan urusan. Ya Allah bantulah kami dalam apa jua keadaan. Aamin... Selamat kembali ke sekolah. Selamat Tahun Baru 2019🎉💘