"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata."
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
Surah Ibrahim, ayat 40.
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
Surah Maryam, ayat 1-10.
Sampai khadeejah pun bangun tido. Mama marahla juga, sebab sebelum ni kakak dah tahu mana baju jalan mana baju tido dll. Lepas tu mama tinggal dia di luar bilik dan mama dodoikan deeja. Biarlah dia lepaskan kegeraman dia dahulu. Last lepas die jerit2 menangis dia dah stabil dia merengek sebelah mama. So emosi mama pun dh stabil masa tu mama pun bagitahulah. Kakak itu baju jalan2 nanti abi balik baru kita pakai baju ni, kalau pakai sekarang nanti nak jalan dah bau busuk. Kakak tak suka kan baju busuk? Kakak faham tak? Time ni dia akan diam je dan dengar sambil mata kebil2. Faham katanya. Kakak pakai baju ni dulu sebab nanti kakak nak main2 dulukan, berpeluh.. Nak keluar nanti kakak pakai baju ni, baju ni simpan dulu ok? Terus dia ok mama dan back to normal macam tak pernah ada isu baju tadi Alhamdulillah. Nak tak nak mama... Pleasela releks huhu... Berat sungguh kadang2. Moga Allah bantu.
Friday, July 20, 2018
Labels: mylifemyjannah 0 commentsAssalamualaikum wbt. Semua orang perlu masa bertenang, masa rehat, masa melepaskan lelah dan masa untuk cas semula bateri diri supaya dapat merefleksi kembali dan mendapatkan kembali diri yang lebih baik.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.
Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, "OK ke?"
Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.
"Ada apa ni?" tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Jawab isteri, "Penat... Sebab penat."
Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
"Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye," pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
"OK," jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.
Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
11/07/2018
#InspirasiDrSyahr #KisahSuamiIsteriDrSyahr #KeluargaDrSyahr #MemahamiIsteri #MemahamiWanita
Update: Boleh #SHARE. Diizinkan 100%.
Ada abi yang gagah.
Disebalik mama yang cepat marah,
Ada abi yang penyejuk ceria.
Disebalik mama yang berkulit sawo matang,
Ada abi yang senyumnya manis.
Disebalik mama yang gemuk dan rendah,
Ada abi yang kurus dan tinggi.
Indahnya ciptaan Allah.
Melengkapi dengan kepelbagaian ciptaanNya. Mengenali, memahami, mempelajari dan melengkapi antara salah satunya. 💟 Kekalkan kami sampai syurga. Aamin3x 🌻
#mylifemyjannah
Salam Syawal ke... Hehe..
Moga sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk berpuasa 6 dan ganti masih sempat melakukannya di bulan syawal ini. (saye la tu.. Huhu)
Assalamualaikum wbt. Salam Lebaran Hari Raya 2018. 🎊🎆
Semalam balik ke rumah kami syurga kami setelah beraya di sekinchan, kuala lipis. Seminggu sebelum raya semuanya demam Alhamdulillah kini beransur baik dan sihat.
Hari ni, mama set nak siapkan, selesaikan dan habiskan menanda kertas tasawwur islam. Huh... Lame juga ambil masa nak menanda utk kertas 2. Memandangkan ini first year mama ajar paper TI. Ambil masa untuk menanda kertas asyik nak belek skema utk bagi markah.
Pagi2 mama dah siapkan nasi dan lauk basuh baju. Tinggal nak jemur. Kakak Aisya bangun terus mandi n sarapan. Tak lame Khadeejah pulak bangun merengek nak susu dan siap susu terus mandikan kot2 die nak sambung tido lagi. Rupenya tak. Main la dulu... Blabla.. Maryam bangun. Sekarang macam liat pulak maryam nak mandi, bile ajak cakap tak nak xnak.. Siap lari2.. Hui..makan la dulu siap makan angkut jugak masuk bilik air walaupun dua kali keluar masuk menangis menjerit.. Haihh la anak... Siap mandi..tengok cerita karton diorg.. Khadeejah gaya macam nak tido, susukan dan masukkan dalam buai. Sebelah tangan masih berpen merah utk menanda.. Enjut buai, maryam datang.. biasa memang maryam pantang mama masuk bilik mesti die pun ikut, dalam kalut deeja merengek dalam buai maryam datang menyempee nak buai jugak.
Maryam nk buai Deeja buleh tak.
Maryam jangan kacau, baby nak tido.
Maryam nak buai jugakkk...
Mama nak tidokan Deeja ni, mama nak sambung buat keje.
Maryam nak jugak. Haihhh...
Mama dah berangin sikit.
Nahlah maryam buai nak buai sangatkan mama xnak buai. Terus mama bagi buai pade maryam. Maryam pun terkebil2 mata tengok mama. Mama terus menanda kertas buat tak tahu. Khadeejah dh meronta2 dalam buai menagis sebab tak berbuai2 buaian tu😅
Ekor mata mama tengok je maryam. Apa dia akan buat.
Baby,jangan nages.. Shushushu...
Maryam buai ni.
Lailahaillallah.. Lailahaillallah... Laillahaillallah.. Muhammadurrasulullah... Diulang2.
Insaf mama. Mama tarik nafas sambil bermonolog dalam diri. Patut mama ajar maryam cara buai. Buat sama2 tidokan adik. Nanti maryam boleh tolong mama jaga adik.. Ni tak, marah pulak anak nak tolong kita nanti dia tak nak tolong masa kita minta tolong baru padan muka mama.
Mama pun dapatkan maryam dan buai, sama2 buai Khadeejah sampai tido. Alhamdulillah. T. Kasih maryam. Macam tula setiap hari emosi mesti, perlu urus dengan baik supaya anak2 tak terpalit kesan negatif emosi si ibu. Mama minta maaf maryam. Baik maryam nak tolong mama. Maryam mudah dan cepat belajar. Apa yang mama cakap mudah faham dan ikut. Copy paste sebijik ayat mama. Harap mama sentiasa cakap baik2 yang baik2 dan yang positif. Mama sayang maryam. Maafkan mama kadang2 tak kawal emosi dan marah2 maryam. Moga maryam jadi anak solehah dunia akhirat mama. Aamin.. Sayanggg Maryam Mardhiyyah 💗😘
Tinggal 8 skrip lagi.. Whoiooo chaiyok!!
Friday, June 22, 2018
Labels: AnakSayang 0 commentsAssalamualaikum wbt.
Moga semua sihat dalam rahmat Allah.
Hari kedua berpantang dirumah sendiri. Alhamdulillah masih ok walaupun huru hara sikit dengan anak-anak. Haha.. Semalam tak smpai separuh hari dah ngamok2 wassap suami cakap stresss... Haha.. Sabor jela. Minyak, stoking tah kemana tak sempat nak pakai bagai. Suami balik2 gosok2 kepala tenung buat muke kesian. Terus kemas masak dll. Haha tu lagi kesian. Actually dah masuk hari ke 35. Hope makin sihat dan kuat. Nanti dah mula kerja lagiii la maha hebat. Moga semuanya baik2. Aamin..
Zaman yang makin bertambah angkanya membuatkan kita semakin mengejar2. Kewangan yang makin lama makin meningkat dan mahal. Walaupun kami berdua berkerja dan mempunyai pendapatan, kadang-kadang keperluan dan pengeluaran setiap bulan melebihi daripada pendapatan. Namun alhamdulillah kami masih dalam keadaan selamat, maksudnya masih survive dengan yang ada. Cukup. Alhamdulillah. Tapi saya dari dulu memang teringin nak berniaga. Tapi malu dan tak tahu mana nak mula. Bila dah kawin, suami suh cube berniaga dan survey apa yang patut. Tapi biasala saya cukup kuat mencari alasan. Haha.. Macam mana la nak mula? Haih...
Jadi moga di awal tahun 2018 ni kami dapat cari stand untuk kami mula bisness. Tak kisah la apa-apa janji selamat, halal dan membawa kebaikan. Teringin juga nak sahut seruan Nabi Muhammad saw. 9 punca rezeki salah satunya daripada perniagaan. Jadi. Mohon doa, dan moga kami kuat dan lebih dekat dengan Allah supaya Allah memudahkan dan memberikan kami jalan, apa yang perlu diniagakan. Moga Allah berikan ilham, strategi untuk perancangan2 kita. Aamin.
Support mama ok? T. Kasih😊😇
Ok, by peace. Assalamualaikum 😘
Perlunya amal kebaikan untuk kita lakukan dalam kehidupan Kita. Moga segala amalan itu dapat kekal Dan membantu Kita diakhirat kelak.
Bila dah berkeluarga, ada anak-anak, ia merupakan satu perubahan yang sangat-sangat besar dan cabaran yang Maha Hebat daripada Alah SWT. Bagaimana Cara hendak membawa diri, ahli keluarga sama-sama mencintai Allah, Rasulullah saw, mengenali Quran, berakhlak baik dan mencintai agama Islam sepenuh jiwa dan raga. Memperteguhkan Iman dan membentuk diri dan anak-anak mengikut acuan Al Quran.
Membaca buku, menjiwai ilmu dunia dan akhirat, membasahi lidah dengan zikrullah juga salah satu perkara yang sangat-sangat dicemburui waktu. Saya perlu mencari masa mempersiapkan diri , meneguhkan diri untuk melakukan ini semua supaya Saya sendiri dan seluruh ahli keluarga tidak hidup dengan jiwa yang kosong dan sia-sia.
Moga Allah bantu menghidupkan roh kami supaya sentiasa berada dalam redhanNya. Betapa besarnya harapan saya untuk menjadi dan melahirkan insan-insan yang berguna untuk agama dan untuk kebaikan masyarakat dunia dan akhirat. Moga Allah redha dan tunjukkan Jalan. Sungguh Saya adalah insan yang sangat2 kerdil dan banyak yang perlu belajar.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Tunjukkan jalan yang Kau redhai dan bimbinglah kami untuk menjadi insan yang berguna dunia Dan akhirat. Tingkatkan Iman kami dan berikan semangat dan kekuatan kepada kami untuk membuat kebaikan. Aamin...
Tenang-tenang hati dan jiwa,
Buat hati sentiasa gembira,
Hati-hati pabila gembira,
Bimbang terlupa jiwakan duka.
Fikiran kosong melayang-layang,
Buat hati bertambah sayang,
Hidup perlu sentiasa berjuang,
Moga pulang kepadaNya hatikan senang.💖
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwakan tenang..."💑
Moga Allah kurniakan kebaikan untuk keluarga Kita seluruhnya. Aamin.
10 Hari berlalu.
Masih terlalu awal.
2 tahun yang lalu.
Masanya agak panjang.
Tanpa suara, tanpa bertentang mata.
Tanpa berjalan mesra berdua.
Tanpa mengetahui dia bagaimana.
Hanya bertanya tentang agama dan pergaulannya saja.
Perbincangan pula asyik dingin sahaja.
Entah kekuatan dari mana.
Memilih yg tidak dikenali membuka mata.
Mereka kata aku gila agaknya.
Dia yg dirasa seperti menyampah saja.
Kini menjadi suami yang tercinta.
Oh..itulah nikmat cinta selepas nikah rupanya.
Oh..itulah janji Allah kepada dua hambanya yg setia.
1 tahun yang lalu.
Tidak sibuk menukar rasa cinta.
Tidak rasa ingin berjanji hanya kaulah segalanya.
Yang ada cuma mempersiapkan diri dengan,
Usaha, keyakinan, Ilmu, doa & TAWAQAL.
Jadikan diri sebagai hamba Allah yang mencari hanya redha-Nya saja.
Ego membuatkan diri rasa kau bukanlah sesiapa.
Tapi, ia luntur selepas terungkapnya Lafaz Sakinah dari hatinya.
Daripada suami yang sah lagi halal di dunia & akhirat hingga Syurga.
Allah campakkan rasa cinta kepada keduanya.
Yang dulu jauh berjuta batu, kini tidak lagi.
InsyaAllah. Himpunkan kami dalam RahmatMu Ya Allah...Aameen.
Assalamualaikum wbt.😇
Aku mencari-cari usrah. Bulatan gembira yang lamaa aku tinggalkan. Suasana damai tenang di jiwa. Rindu. Rindu, sebak.
Rupanya ia ada di dalam rumahku sendiri. Selepas solat berjemaah bersama. Merajuk. Selepas makan sepinggan. Membesarkan anak-anak. Berjalan, memasak di dapur, mengemas rumah, dan semua di dalam rumah. Call dan pesanan ringkas semasa bekerja. Setiap masa, ada "usrah".
Kami memujuk, bersembang, berkongsi, bertukar pendapat dan fikiran, menenangkan dengan baris-baris ayat, merasionalkan kematangan, membantu, menyokong dan sebagainya untuk mengukuhkan binaan yang dibina.
Tujuan "binaan" kami ingin bersama masuk syurga Allah atas tiket berkasih-sayang. Allah meredhai keluarga kami.
Bukan ingin mengantikan sekiranya prestasi antaranya tidak memberangsangkan. Meninggalkan ketika salah seorang kecundang atau tersasar. Membiarkan pabila salah seorang remuk, busuk, jatuh, dan sebagainya. Tiada rasa tercabar untuk ahli usrah aku. Kerana aku hanya perlu kamu.
Gantian itu tiada. Kerana dalam doa hanya ada kami. Aku dan Kamu. Noktah. 💖
Usrah aku, bersama si dia dan khalifah kecil kami bertambah gembira. Kerana kami saling membantu. Malah kami bertambah gembira. Bertambah sayang dan bertambah cinta antara kami.
Namun dalam membina untuk kukuh. Kesilapan dan masalah adalah ujian besar bagi kami dan semua manusia. Kerana kesempurnaan itu bukan dari manusia. Allah mengajar, melatih daripada itu untuk lebih berusaha. Itulah membuatkan kami bertambah rasa cinta. Manusia, memang akan belajar dari kesilapan. Allah hantarkan Aku dan kamu saling untuk membantu. Kerana itu, kita bersatu.💪 Kami saling mengetahui kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Dan aku memang perlu kamu, ahli usrahku.
Aku. Cintakan Allah kerana mengizinkan aku melayari pengalaman indah bersama ahli usrah ini. Moga Allah sentiasa kekalkan sakinah, rahmah dan mawaddah dalam kehidupan kami untuk menuju destinasi abadi.💝
Aamin.
InsyaAllah. Aamin.
1.03am.
AkmaKasim.
#bersambung.
Allahummasollialamuhammad..
MasyaAllah! Dah berkurun bersawang blog..hee...
Rindu, rindu nak tuktap tuktap taip2..
Lamaaanyaaa tak menulis...InsyaAllah jika berkesempatan nak sambung belajar menulis semula..haha..
Tulis pasai apa? Emm...macam2...banyak mende nak digalerikan kat blog tersayang ni. Dulu gigih belajar buat blog. Biar xde orang baca pun yang penting dapat luahkan dan simpan kenangan2 yang ada dalam hati dan sanubari ni...haha..Nanti boleh belek2 balik..Baca2 time dah tua..haha..Moga2 ape yang ditulis memberi manfaatla kan? Baru Allah redha..hehe...
Sebenarnya dh gantuk sangat, tapi dua tiga hari dah terbayang2 nak post kat blog. haha.. Jadi sebelum nak tidoq, yang lain2 pun dah tidoq dapat 1 post...hee... InsyaAllah panjang umur jumpa lagi..
Hari ni malam jumaat last sebelum puasa.
Doa2 banyak2 moga Allah berikan hati yang baru, yang bersih utk menyambut Ramadhan.
Wah..dah nak posa. Rindu.
Macam2 perasaan.
Minta maaf kat semua na. (Aik kat sapa?) Sapa2 yang terbabas kat blog ni la..Sawang la kot? Haha... Ok senget sikit malam ni...hee
Oklah kata tadi dah nak tidoq..Moh2 esok berat mata nak bangun subuh..huhu..
Allah, panjangkan umur kami utk merasai bulan Ramadhan.
Berkatilah kami..Aamin..
Nite! Assalamualaikum..
Peace :)
Dah masuk fasa kedua ramadhan, dan juga usia kandungan. Banyak cabaran yg ditempuhi. Walaupun tidak ada alahan seperti morning sickness tapi alahan lain tetap ada. Cepat penat, lenguh badan, kadang2 sakit kepala, 'mengada lebih' dan paling paling...malas+mengantuk yg agak la melampau.
Sedih bila tgk si dia, kemaskan rumah, basuhkan baju, jemurkan baju, masakkan nasi, lapkan meja, angkat barang, ironkan baju, dan lain2 kje Rumah. Banyak sangat membantu. Ada juga lelaki yg tidak loket berada di dapur dan membantu isteri menguruskan kerja rumah yg sinonim dengan kerja wanita. Namun katanya,rumahtangga ini dibina bersama-sama, tiada tugas khas bagi dua-dua pihak kecuali yg ditetapkan..dua-dua boleh tlg buatkan. Yang satu sakit, satu lagi tlg... Kadang-kadang bile saya tak larat berjalan atau bangun..si dialah yg bawa papah ke sana sini. Cakaplah apa sahaja, daripada tidur si dia boleh jaga, daripada sedang berbaring rehat si dia terus bangun sediakan apa-apa keperluan yg saya perlu. Nak bagi orang faham keadaan kita memang payah, namun itulah hebatnya hamba yg dikirim Allah ini..tahan dan sabar dengan karenah si isteri. Memandangkan saya sudah berpindah dari Kuala Lipis ke Klang suami juga keluar awal dari biasa ke temp at kerja kira-kira 15 minit utk menghantar saya ke sekolah walaupun saya telah menghafal jalan ke sana.
Banyak sgt jasa yg telah si dia lakukan. Di awal kandungan hatta awal perkahwinan lagi begitulah sikapnya. Rajin dan baik. Ada juga saya cuba uji...entah2 awal2 je begini, tapi katanya jika inginkan yg baik2 doalah moga ia berterusan, jgn doakan yg sebaliknya. Subhanallah, saya tak tahu sukar atau tidak mencari suami yg soleh, namun seperti mimpi ia anugerah terbaik buat diri saya. Banyak perkara yg buat saya buka minda, telinga dan jiwa bila berkomunikasi dengannya. Banyak perkara yg buat saya tidak habis mengucap kata Syukur padaNya. Hebatnya hubungan abadi hingga syurga yg Allah aturkan ini. Rasa malu dgn diri sendiri, Allah kurniakan pasangan yg baik dan hebat ini.
InsyaAllah, didoakan moga terus diserapi sakinah, mawaddah dan warahmah. Aamin. Jika dihitung dan dilihat, kehidupan masa kini bertambah baik, cume prestasi diri agak kurang memberangsangkan dan mungkin disebabkan keadaan kesihatan yg agak menganggu. InsyaAllah ini semue tarbiyah Allah dan kafarah dosa hambaNya.
Didoakan moga saya dapat memberi manfaat kepadanya sampai habis usia. Moga kesihatan bertambah baik dan baby dan suami juga sihat walafiat dlm jagaan n lindungan Allah. Aamin. Moga saya tak banyak menyusahkan si dia daripada menyenangkan. Dan moga Allah membalas segala kebaikannya. Lillahitaala. Moga bahagia hingga syurga. Aamin ya Robbal alamin...
bersama orang yang kita sayang,
dan apabila dia menyebut nama orang lain,
Tidak, aku tidak sakit hati,
Tapi lemahnya hati..sedih tidak terperi.
Ah..lemahnya hati.
Sedih tidak sedar diri.
Entah sejak bila aku tak tahu menangis lagi.
Mungkin air mata dah membeku di sanubari.
Pasti nanti,
keluarnya tidak tertanggung lagi.
Tapi aku mampu mengaburi, kerna Kau menolongi.
Sungguh, lemahnya hati.
Inikah hati yang Kau beri.
Lemah dan terpaksa kuatkan diri.
Akan aku terima, jika Kau Meredhai.
Ampunkan hamba-Mu yang sentiasa lemah ini.
Aku tersilap untuk menaruh hati pada manusiawi.
Hanya Allah, Kau destinasi yang aku tujui.
Allah..... :')
Akan aku lakarkan hari-hari jadi seindah yang Kau aturi.
sakit tekak
badan lenguh
kepala sakit.
bebudak duk kerumun,
masing2 nk siapkan kerje.
sppbs, pajsk, please be nice to me.
Allah..please forgive my sin..huk...
Allahumma yassir wala tua'sir..
Rabbi tammin bil khair..
Kuat!!
"Never make permanent decisions based on temporary feelings."
http://pakarcinta.com/blog/apakah-perkara-sunat-yang-dilakukan-selepas-akad-nikah/
http://www.ceritakita.coz.my/2013/03/solat-sunat-akad-nikah/
Allah...
smile, it's sunnah!
Jika seseorang yang kamu harapkan untuk membantu kamu, tetapi dia tidak dapat membantumu. Tentulah kita kecewa dan teramatlah sedih. Tapi cepat-cepat positifkan diri, jangan mengeluh..cepat-cepat doa pada Allah moga Dia tingkatkan iman, tolong carikan jalan penyelesaian, bantu kita yang sedang dalam kesulitan. InsyaAllah, Allah turunkan berbondong-bondong malaikat untuk mengaminkan doa dan menghantar bukan satu malah dua dan tiga orang yang dapat membantumu. YA! Allah Maha Besar. Alhamdulillah. Tak percaya? Tentulah, sebab jangan percayakan saya, tapi percayakan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Senyum Lebar!
Selamat Malam.
--Paulo Coelho
semua orang nak tunjukkan dia tidak puas hati,
semua orang nak tunjukkan dia mengamuk.
semua orang nak tunding jari yang orang lain salah.
Tapi tidak ada yang fikirkan perasaan orang yang sedang kena marah.
Semua orang tak nak buat silap.
Tapi tak semua nak tegur dengan hikmah.
Tak semua nak tanya kenape kamu buat silap.
tak semua nak bantu kalau kamu tersilap.
mereka hanya tahu marah dan menyebarkan kesilapan yang kita buat.
kamu, yang buat silap.
keringkan hati.
air mata juga.
Jika hanya kekuasaan penanda aras kemuliaan, maka lihatlah apa yang berlaku pada Firaun. Mati denga hina dan tenggelam dalam lautan.
Jika hanya keturunan sebagai tanda kemuliaan, ada satu surah berkenaan bapa saudara Nabi Muhammad saw iaitu surah al-Lahab.
Jika hanya berpandu kepada kekuatan, akal dan daya ilmiah, maka kaum-kaum nabi sebelumnya yang gagah perkasa dimusnahkan. Apa pula pandangan kita kepada bangsa Yahudi yang terkenal dengan kebijaksanaannya, banyak hadiah nobel; tetapi merekalah kaum yang hina disisi Allah !
Bukanlah harta, pangkat, keturunan dan kebijaksanaan itu menjadi kayu ukur kepada kemuliaan disisi Allah tetapi Org yg akan dimuliakan disisi Allah adalah org2 yg bertaqwa . Cemburunya aku dgn org2 beriman. Mereka mulia disisi Allah. Aku hanya penuh dosa.
Tidak ada yang lebih membahagiakan apabila kita melakukan segalanya kerana Allah Taala.
Ya Allah sungguh lain perasaan tu.. T_T
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...
Salam Ramadhan Kareem..
Malam ini adalah malam terakhir bulan ramadhan, dan esok last berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak.
Tahun ni rasenye bulan ramadhan yang paling sedih..
Moga Allah makbulkan segala doa, moga dosa-dosa yang lalu diampunkan. Moga Allah terima saya sebagai hambaNya yang bertaqwa. Aamin.
Benarlah, untuk ape yang kite nak.. tak semue akan kite dapat. Tak baik salahkan atas ape yang dah Allah aturkan untuk kite. Atas semua yang berlaku, Allah tidak jadikan ia sia-sia. Kadang-kadang kite dah tahu da mende tu..tapi still jugak lemah semangat, sedih dll. Dan sebab tu kite perlukan nasihat dan semangat daripada orang lain. Untuk masa-masa macam ni.. nasihat yang paling berkesan sekali saya dapat daripada Pn.Nariah Muhamad @ Ma. Moga saya dapat berbakti untuk kedua orang tua saya yang dah bersusah payah membesarkan saya hingga ke hari ini.
Moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari sebelumnya. Dan moga tahun hadapan masih berpeluang untuk merasai berpuasa di Bulan Ramadhan, Bulan yang mulia. Raikan syawal dengan seadanya. Sentiasa ingat dan jangan lupekan saudara-saudara kite yang dalam kesusahan sama ada di Malaysia, Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh umat Islam di pelusuk negara.
Sakit@ demam itu adalah kafarah dosa dan Allah akan hapuskan dosa-dosa, tapi adakah sakit berpanjangan bermakna dosa-dosa kita terlalu banyak..huhu...
Maaf dipinta jika ada salah dan silap. Moga kita sama-sama bertemu di syurga.
Taqabbalallahu minna wa minkum!
Berikan rezeki yang baik lagi halal buat ibu bapa kami.













.jpg)











