Ke kiri ke kanan,
ke atas dan ke bawah,
binggung sendirian..

Ke sana dan ke sini,

ke tepi dan ke tengah,
gundah dan gelisah...

Setiap gerak kelakuan dan tindakan,
ada yang menjadi dan ada yang bergelimpangan...

benar, ini proses kehidupan...


Ya Allah, adakah ini petanda aku semakin jauh dengan-Mu?

Ya Allah, adakah gundah ini petanda Kau ingin menarik aku supaya lebih dekat dengan-Mu?
Adakah aku sedang melupai Kamu?
Astagrafirullahala'zim....Ampuni aku.


Ada yang datang dan pergi,

dalam kehidupan ini...
ada yang mendesak, ada yang memberontak,

ada yang memaksa dan tidak memahami..

kepala jadi sesak...tolonglah, berikan ruang...

Adakah ini cerbisan tarbiyah yang ingin Kau timpakan
supaya aku dapat membiasakan diri? Tunjuki jalan Ya Rabb, moge perjalanan ini jernih semula dan sentiasa...

Sungguh, aku lelah...

dalam suatu ketika,
Aku lelah...Namun,
Kau tetap berikan kekuatan melalui senyuman..

Kau tetap berikan kekuatan melalui ayat-ayatMu kepada hati ini..

jangan lepaskan aku sendirian..
Ingin aku teriakkan apa yang terbuku..
biar lepas...biar lepas...

~Bina Rohani, Dekatkan Diri DenganNya..Kerap dan Sentiasa!
Jika ingin menangis, menangislah di hadapanNya..~

13 September 2012,PSS


Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum wbt...moge semua dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa. Em...alhamdulillah diberi nikmat sihat sehingga sekarang..Allah Maha Besar, Maha Lembut dan segalanya...Walaupun kite pernah melupakan Dia seminit tapi Dia tetap menjaga kita setiap SAAT!..ALLAHUAKHBAR.

Lame sangat xupdate...Ramadhan dan kini Syawal...masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H dan selamat menjalani ibadah Puasa 6 dalam bulan ini. Terime kasih buat follower yang sudi singgah kat sini, moge ada manfaat yang boleh diambil dan jika ada penambahbaikan, sebagai tuan rumah di sini..saye amat mengalu-alukan =)

Banyak yang ingin dikongsikan, melalui hikmah yang telah dijalani sepanjang beberapa bulan ni..namun, apakan daya "kemalasan" menghantui diri.. astaghrafirullahala'zim... huhu...first thing first, jadi saye ketepikan utk ruangan disini dahulu. Bulan Ramadhan lepas, Alhamdulillah satu Pengisian Ramadhan telah diaturkan untuk pelajar asrama. Perkara biasa, sebagai guru baru..[ saya budak baru belajar] ada kekurangan dan bermacam cabang masalah yang berlaku. Hampir putus asa, namun Alhamdulillah berjaya selesaikan hingga penghujung Ramadhan. Moge apa yang disediakan, memberi manfaat..walaupun tak banyak..moge2 ade manfaat walaupun sikit. aamin.

Pengalaman itu Mengajar Erti Hidup dan Mematangkan Diri. Yup..saye setuju. Masalah dan Dugaan yang diberi oleh Allah bukan sia-sia, bukan niat untuk menyusahkan hamba, tapi mengajar dan melatih untuk BERJAYA. Kesedihan itu bukan beerti Melemahkan tapi memberi Nikmat Gembira Setelah Duka Dalam Mengecapi BAHAGIA. Kite akan mengingati setiap detik yang dilalui, jatuh, bangun, sakit dan gembira..dan akhirnya jelas ternyata, ada Hikmah yang tersedia..itulah kenangan perjalanan yang membahagiaan apabila dikenang. Jika tidak diuji dengan cabaran dan dugaan, kosonglah kenangan untuk dikenang..tidak ada turun dan naik dalam hidup, bermakna sunyilah hidup daripada segala perasaan gembira, sedih, letih dll yang dianugerahkan, bermakna juga, statistik kehidupan kita hanya mendatar sahaja..tidak ada pusingan roda, Sungguh tak Menarik! =)

Senyum Sebagai Penawar..Yes, itu ubatnya...setelah merancang, berusaha dan berdoa & bertawaqal..hanya padaNya, insyaAllah penawar segala masalah akan terzahir untuk memberikan semangat dan meneruskan langkah. Walaupun dalam kedukaan, dan hampir putus asa, Allah tetap gerakkan antibody, menggerakkan segala urat saraf untuk teruskan VISI dan MISI perjuangan. Maka terzahirlah senyuman walau dalam KEPENATAN, senyuman menyembuhkan KELEMAHAN & KESUKARAN dan senyuman memberikan isyarat kepada minda supaya jangan mengalah dan teruskan semangat sehingga titisan terakhir, teruskan apa yang telah kite mulakan. Jadi jangan memandang remeh terhadap senyuman yang kite zahirkan. Jika hampir putus asa, fikir dan fokus kembali pada MATLAMAT utama perjuangan..adekah meraih Redha Allah atau manusia? Jika Allah, jangan lemah hadapi cabaran apabila ade manusia yang tidak bersetuju, menentang dan membenci kita melakukan sesuatu. Itu cebisan latihan untuk kite belajar menguruskan emosi, mental, fizikal dan tanggapan kita pada manusia. Jadi jangan bersangka buruk pada manusia, itu semua Allah aturkan. Allah berikan manusia yang menyukai kita, Allah berikan manusia yang membenci kita, Allah berikan manusia yang salah faham pade kite, Allah berikan manusia yang sentiasa berikan semangat pada kite...semua itu Allah berikan sebagai cebisan latihan untk kite bangun menjadi Hamba-Nya yang taat dan tidak bergantung pada manusia. Jangan bimbang dengan masalah (tentangan), jika apa yang kita lakukan untuk menikmati Redha Allah, jangan bimbang jika apa yang hendak kita usahakan, cara dan gaya bertetapan dengan apa yang dianjurkan oleh Allah. Jadi bersangka baik sepanjang menjalani kehidupan kerana yang pasti itu Kasih Sayang daripada Dia.

Balasan Buruk atau Baik?. Setiap yang kita lakukan pasti menginginkan perkara yang baik-baik sahaja sebagai balasan. Tidak salah mengharap tapi jangan silap percaturan. Dunia ini luas, pelbagai warna dan gaya pelbagai rasa dan rona. Jadi berpijak di bumi yang nyata. Seperti Firman Allah dalam Surah Al-ankabut ayat 2-3:

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


Jadi, hati-hati mengharap...letakkan Harapan pada Allah jika tak nak terlalu bersedih jika tak dapat apa yg kita harapkan. Kita pasti Diuji...dan balasan buruk itu bukanlah bermaksud Allah tidak sayangkan hambaNya, tpi kalau dapat yg baik...sahaja, tak de lah perjuangan utk mendapatkan yang baik daripada yg buruk dan jangan sangka "buruk" itu tiada manfaatnya..itu semuanya adalah pengalaman yg perlu difikirkan dan jadikan pedoman.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah: 216]


Apapun, Alhamdulillah..diakhir Slot Pengisian Ramadhan, hati saya berbunga-bunga. Nafas dihembus penuh makna. Alhamdulillah...semuenya pengalaman untuk memperbaiki, memahami, menyesuaikan diri, pengajaran untuk lakukan yang lebih terbaik pade mase akan datang. Terime kasih, pada semue pihak yang berikan kerjasama, terime kasih kepada penceramah jemputan yang terdiri daripada guru SMKC dan Mahasiswa IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.


" (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah sedang dia berbuat kebajikan, maka baginya paa disisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." [Surah al-Baqarah : 112]

Jadi, begitulah kehidupan..pelbagai cerita dan kisah. Hadapi dengan berlapang dada. InsyaAllah...Allah sentiasa bersama. InsyaAllah, jumpe dilain entry...Moge diberikan kejernihan hati, mencintai hanya pada Ilahi.=)


P/S : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” - Hadis Riwayat Imam Bukhari.


Bismillahirahmanirrahim…..Maha Suci Allah..yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam, menjadikan angin dan taufan, menjadikan manis dan pahit malah segala adalah ciptaanNya.

Sesungguhnya tidak dapat dilampiaskan rasa kesyukuran buat Rabbi yang telah menghidupkan diri ini di dunia yang serba indah nan sementara. Allah, telah banyak nikmat dan kurniaan yang diberikan lantas hati ini sentiasa rapuh menyebut kalimah syahadahMu…

Alhamdulillah, dah masuk bulan baru untuk tahun ini..selama 42 hari di sekolah sejak dipostingkan. Sukar digambarkan dan dinyatakan perasaan. Sukar dihembuskan nafas yang kian sesak, namun demi perjuangan yang tinggal akan dilangsaikan sehingga hujung nyawa jika diizinkan olehNya.

Alhamdulillah, sekolah ini amat baik…mempunyai rakan sejawat yang tidak kurang baik, mempunyai anak-anak murid yang juga sangat baik dan seluruh staf dan pekerja yang juga amat baik. Moge Allah melapangkan dada untuk menerima suasana baru ini sebaiknya dan secepatnya, Aamin. Perlu diingatkan pada diri, disini bukan untuk tempoh 3 bulan atau 2 minggu (seperti praktikal & ROS) tapi selama yang diizinkan.

Sepanjang tempoh ini, banyak aktiviti yang telah diadakan..alhamdulillah, sebagai penambahan pengalaman. Diantara program dan aktiviti setakat ini yang berlangsung adalah:

i. Pemantauan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012

ii. Ceramah Kesihatan

iii. Sambutan Israk Mikraj

iv. Kejohanan Olahraga Tahunan

v. Hari Koperasi Sekolah, Konvensyen Keusahawanan dan Hari Kantin Sekolah.

vi. Latihan Rumah Sukan

vii. Penutupan Sukan Tahunan SMKC

viii. Malam Simfoni Kearifan

ix. Kem Motivasi (UKM)

Dan program yang bakal menyusul:

i. Kuiz Kenegaraan

ii. Perlawanan persahabatan sukan

iii. Kem Motivasi (Asrama)

iv. Perkhemahan Bersepadu

v. Menghabiskan silibus (yang ni je xterlibat)

Tidak dinafikan, sekolah ini agak banyak menjalankan program dan aktiviti. Minggu lepas, minggu yang agak keletihan, bermula Isnin- Jumaat dipadatkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya Hari Kejohanan Sukan Tahunan, dan keunikan disekolah ini melancarkan perasmian penutupan sukan tahunan pada waktu malam!. dan penutupan itu berakhir pada jam 12.30 tengah malam…majlis habis agak lewat mungkin disebabkan kedatangan pihak VIP yg lewat seperti yang dijangkakan dan perasmian itu bermula pada 10.00 malam. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah Rumah Sukan saya dapat naib johan berbanding tahun lepas dapat tempat keempat iaitu tempat terakhir. Apepun, hepi je walau penat ^_~ saya yakin disekolah lain juga tidak kurangnya dengan pelbagai aktiviti dan itulah realitinya.

nape la dapat sekolah ni?. .

=) Allah ada jawapannya, tidak saje-saje Allah letakkan saye disini, bukan saje-saje Allah berikan cabaran ini , bukan sengaja Allah campakkan saye disini seorang diri dan segalanya pasti ada sebabnya, kadang akal lemah tak bermaya, pasrah dengan keadaan dan bukan Redha! Sangat dungu memikirkan ape yang telah diberikan dan itulah sikap manusia. Mahukah aku menjadi sedungu itu? Aha…jauhkan.

Kini, menetap di asrama walau secara teknikalnya masih belum dilantik secara rasmi. Mungkin agak janggal berjauhan dengan keluarga dan rumah kerana jarak 10-15 minit yang memisahkan. Namun, itulah pengorbanan yang perlu digalas, yang perlu ditempuh, insyaAllah pasti Allah mengetahui kemampuan diri ini.

Sedikit sebanyak, saye mule merasai hikmah di sebalik apa yang dilalui..ramai guru disini menjangkakan saye bekas pelajar sekolah ini, namun bukan sama sekali. Saya diberikan ‘perantauan’ yang agak jauh dan sangat besar hikmah saye ditempatkan disini..mudah-mudahan…kini, saye berusaha untuk dapatkan yang terbaik insyaAllah.

Malam semakin larut, dan kini mata ini sentiasa memujuk diri untuk beradu lebih awal daripada biasa…^_^ insyaAllah, esok akan ke SMK Seri Lipis untuk Kuiz Kenegaraan, doakan moge ia dipermudahkan…Rabbi yassir Wala Tu’assir.. Rabbi yassir wala tu'assir!

p/s : Ya Allah, jadikan diri ini insan yang menyenangkan dan bukan menyusahkan, Aamin.



~ MOGA ALLAH REDHA~

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan: Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.” Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah. Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889) Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)



Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu: Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.” Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda: Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.” “Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.” Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t. Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’” Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji. Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim) Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja. Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah) Menurut riwayat sebuah athar iaitu,

Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.


Fais: Atuk, nape bawak Mak Lang datang sini?
Atuk: Mak Lang tak sihat, Mak Lang demam
Fais :o..sebab tu Mak Lang kene cucuk ek..tapi nape suare Mak Lang jadi lain?
Atuk: Ha'ah badan Mak Lang kurang air..badan pun panas..tekak Mak Lang pun sakit sebab tu Mak Lang batuk n suara jadi lain..
Fais: Mak Lang jangan takut ek..fais ade..(sambil mengusap2 tangan Mak Langnye)


"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..." (Hadis Qudsi)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpahan nikmat dan kurniaan kebahagiaan, kesedihan, kehampaan, kesenangan dan segalanya yang seluas langit di bumi ini. Moge diri ini menjadi hamba yang benar-benar taat kepada Penciptanya dengan sebenar-benar iman.

Alhamdulillah, telah dipostingkan diakhir bulan Mei iaitu pade 23 Mei 2012. Walaupun seawal sebelum itu telah tahu negeri penempatan dan tarikh keramat itu, namun di hati masih tertanye-tanye disekolah manekah diri ini akan menumpahkan bakti yang secebis ini. Hari yang ditunggu telah tiba, 23 Mei 2012 bergegas ke PPD Temerloh untuk mendapatkan taklimat guru baru dan mendapatkan surat penempatan ke sekolah. Wah…macam amik anugerah je, bila kami dipanggil nama seorang demi seorang ke atas pentas untuk mengambil surat penempatan. Apabila surat ditangan, akma bergegas pergi kpd abah yang setia menunggu di luar dewan, membuka surat bersama dengan bisikan “Bismillahirrahmanirrahim” , di mane lah agaknye…Meneliti kandungan surat dan name sekolah yang dicari dulu..dan akhirnya segala tanda tanye terlerai juge. SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS menjadi destinasi pertama utk menimba pengalaman dan pengetahuan. Terima kasih Ya Allah!

Seawal pemikiran, dekat mahupun jauh tidak menjadi persoalan..yang menjadi persoalan pade diri akma adalah bagaimana akma akan ‘hidup’ di tempat yang baru dan menyesuaikan diri untuk memberi manfaat untuk manusia yang lain. Walaupun dapat mengajar di sekolah yang hanya 10 minit dari rumah belum memberikan jaminan akma dapat memberikan yang terbaik , tidak memberikan jaminan bahawa akma tidak akan diuji dengan dugaan, dan sebagainye. Dan tidak semestinya jike hanye mendapat penempatan jauh dari rumah semestinye ujian dan cabaran bakal menerpa bertubi-tubi..tidak same sekali. Manusia itu punya ujian dan dugaan yg tersendiri kecil mahupun besar, tidak same mahupun serupa tapi ada ^_^

Ini diantara dialog yg pernah dilalui….huhu :

Kawan : wah hebat kebel hang dapat ngajar sek dkt umah, untung la..!

Aku : kebel?

Kawan: yela..bkn senang nak dapat posting dekat umah, hang gune kebel ka?sapa?

Aku : o..of course gune…

Kawan : sape?

Aku : ALLAH SWT=)

"Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawaqal."

[ Surah Ali Imran: 159]

~ Rabbi yassir wala tu'assir!

Saye tidak tahu ape itu ‘kebel’, yang tahu hanye pergantungan kepada Allah SWT dan bukan manusia ^_^ (xpernah terfikir..tpi depa fikir..huhu..Allahuakhbar)




Ya…tak dinafikan, bile dapat penempatan yang berdekatan dengan rumah terdapat beberapa kelebihan, contohnye..tak berjauhan dengan keluarga, tak serabut nak cari rumah, dan sebagainye. Tapi tanggungjawab yang digalas tidak berkurangan pun kan? Amanah yang dipikul tidak semakin pudar pun kan? Tetap sama…

Memang akan ade yang kate, “org yang tidak berada ditempat orang lain tidak akan merasai keadaan orang lain” .

Hakikatnye…..bersangka baik dengan kurniaan Allah itu lebih baik..dan usah menyempitkan hati dan perasaan dengan bahagian yang telah ditentukan oleh Allah terhadap kite dan orang lain. Allah Maha Adil, masakan kite nak mempersoalkan ape yg diterime oleh orang lain daripada pemberian Tuhan?.masih ada yang tak dapat peluang utk dipostingkan..maka bersyukurlah walau dimana kite berada..

Sejujurnye, akma teringin juge utk ke Sabah dan Sarawak, dan tidak nafikan yang akma ade mendoakan untuk dapat ke sana. Tapi Allah itu lebih mengetahui kemampuan hambanya…mungkin akma tidak sepantasnye berada di sana utk ketika ini. Doa ibu dan bapa itu lebih mustajab…dan mereka mendoakan akma dapat berhampiran dengan mereka…nyata Allah memakbulkan doa ma dan abah akma. Dan secara tidak langsung, ini juge memakbulkan satu doa akma selama ini..aduhh…jadi malu dengan Allah…banyak yang Dia kurniakan tanpa sedar..

Walaupun demikian, bahang utk mengajar masih belum terasa..2 hari masuk sekolah dah cuti..huhu…tapi still kne pi sekolah utk oreintasi..tapi bukan sepanjang minggu cuti…de jgk akma ‘curik tulang’ tak datang..tpi bersebab ^_^

SMK CLIFFORD

Di daerah Lipis, siapa yang tak tahu name sekolah ni? Sekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.

Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).

DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

§ Tun Muhamad Ghazali Shafie ( Mantan Menteri Pertahanan Malaysia dan Mantan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)

§ Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) (Wartawan, Penulis dan Aktivis Politik)

§ Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin(Penyanyi)

Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:

§ SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.

§ Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.

§ SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas .

§ Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

§ Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.

Dan banyak lagi sejarah di sekolah ni..klu rajin boleh bace di sini ^_^

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Clifford_Kuala_Lipis

Apepun, reputasi di sekolah ni sangat2 tinggi dan terbaik..em..berdebar dan takut hanya Allah yang tahu..akma bukanlah mahasiswa yang cemerlang di universiti, bimbang tidak dapat berikan komitmen yang terbaik utk sekolah dan pelajar..akma akan cube sedaya yang termampu untuk berikan yg terbaik..Sesungguhnya Allah akan ade utk kite kan.."Memanusiakan Manusia" membawa kepada ilmu Allah dan meladani kehidupan Rasulullah SAW..sungguh besar amanah..Moge Allah merahmati hingga ke hujung perjuangan..aamin.! Apepun..walau rumah dekat, akma bakal jadi warden lepas cuti ni..hehe..merasa jugak perasaan 'balik kampung' huhu....

bimbingi daku Ya Allah..berikan insan-insan yang dapat memberikan kekuatan disepanjang perjalanan perjuangan ini..aamin.


AaAaaaaaa? emm....zzzZzz...



I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late


Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent



by Maher Zain~

Ampuni aku ya Allah, sembuhkan aku Ya Allah...aamin.!

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt...lagu Maher Zain yang terbaru ^_^ ..em..tapi tak dapat beli lagi...huhu....saye cetak n rompak dulu..Hayati liriknya yang sentiasa terbaik!... AllahuAkhbar....




Maher Zain – I Love You So Lyrics

I pray to God
my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew   
How amazing it feels  to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong


O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers
– All for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers
– All for you

~may Allah Bless me.....


Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menaip di sini..moge kita sihat dalam Rahmat dan RedhaNya selalu..Aamin.

Sekadar ingin mencoretkan sedikit sebanyak yang berlaku dalam tempoh yang terdekat ini..

~> 4,& 5 Mei : Tamat Guru Ganti dan Lawatan.

Selepas berita gembira mendapat kelulusan temuduga tempoh hari pade 27 April, pade 4 Mei hari yang agak sedih sebab hari terakhir di Sekolah Kebangsaan Tempoyang sebagai Guru Ganti. Kenangan yang tak kan dilupekan… ikutkan akan menggantikan untuk subjek Sains sahaje tapi diberi “peluang” untuk mengajar subjek Matematik dan Muzik..huhu.. Saye juge sebagai guru kelas tahun 2..Cikgu-cikgu sane selalu tanye, “ape macam? ajar sekolah menengah atau rendah yang best?”. Huhu..jujurnye saye xtahu nak jawab macam mane, dimane-mane ade kekurangan dan kelebihan, di mane-mane ade cabaran dan rintangan yang tersendiri. Pepun, Alhamdulillah selama 3 bulan ni banyak beri pengajaran dan pengalaman di alam persekolahan sebagai guru. Teringat satu dialog dalam tempoh menganti.

Pelajar yang sama.

Pelajar A : “Cikgu jahat” ~> kene rotan gara-gara tak siap kerje sekolah (Matematik)

Ckgu : “ Aik, cikgu pulak yg dikate jahat..bukan semalam dah janji ke sape-sape

xsiap kerje cikgu kne rotan..? ”.

*yang lain semue mengiyakan, dan mengulangi kate-kate cikgu semalam. Pelajar tersebut menarik muncung...huhu..

Pelajar A : “Cikgu jangan tinggalkan saye” ~> hari last saye sekolah…

Cikgu : “ Em..bukan ri tu xsuke cikgu kan..sampai kate cikgu jahat?”

Pelajar A : “ tak…saye sayang cikgu…em…salah saye, saye yang xsiapkan kerje cikgu..cikgu nak tinggalkan saye sebab saye malas ke? Cikgu patut jadi cikgu tetap kat sini..cikgu….jangan la pergi….”

Huhu…sayangnye, hari last saye tertinggal HP dan kamera…maka..kamera hati saya…tolong save muke-muke anak didik saye di tahun 3,4,5 dan 6. Saye xsabar nak melihat mereka semue bile besar nanti..Moga Allah melindungi kamu semue dan moge berjaya dunia dan akhirat..Aamin.

Maka tamat kisah sebagai Guru Ganti Subjek Sains, Matematik dan Muzik mulai 16 Februari 2012 – 4 Mei 2012. Syukran Ya Allah berikan peluang ini. Kenangan sentiasa dalam hati ♥

Opss.. petang 4 Mei & 5 Mei, sempat pi lawatan bersame guru-guru SK Tempoyang (SKT) ke sekolah terpilih iaitu SK Biram di Pekan, Pahang. Memandangkan SKT sekolah kluster nak di upgrade ke sekolah SBT jadi, kami meronda-ronda dan mendengar taklimat bagaimana untuk lulus sebagai SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Moge urusan SKT dipermudahkan dan dinobatkan sebagai SBT, InsyaAllah. Pengalaman yang baik dan juge ade yang kurang baik. Pade malam sampai di BTPN, Beserah Kuantan sebagai tempat penginapan, saye dan teman sebilik diganggu dengan “hantu”. Kuikui… pengalaman yang mengatakan perkare ghaib itu ada!.. ok..tamat bab tu.. :D

************************************************************************************************

~> 9 Mei 2012.. Hari Konvokesyen.

Mungkin, kehibaan tu agak melebihi daripada rasa gembira..buat diri ni kurang semangat nak berkonvo…huhu… tak tahu pasai apa tah.. 8hb dan gerak ke Tg.Malim, dan dengan membawa sedikit tawaqal..Alhamdulillah dapat penginapan di Hotel Bunya Raya yang kebetulan de 1 bilik kosong. Sebelum ni telefon merata-rata hotel, chalet dan homestay semue dah penuh di booking. ~ingat dah kne tido di masjid daa...huhu...

Alhamdulillah 9 Mei tibe juge.. walaupun hati sangat hambar dan ‘sebu’..bertambah spoil bile cari tempat duduk xjumpe haha.. kami dah diberi nombor kerusi untuk para graduan, cari punye cari xjumpe..Ya Allah tuhan je yang tahu..huhu..Walaubagaimanapun, hati terusik ketika perarakan masuk ke Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Proton City dengan iringan muzik yang sangat menyentuh, kenangan ketike di STPM, kenangan 4 tahun di UPSI satu persatu tibe… segala susah dan senang, Allah, ma dan abah, adik-beradik, guru dan pensyarah, sahabat dan teman yang sentiasa membantu..sangat2 membuatkan hati ini sebak..pepun sungguh terharu!.. Syukran Ya Robb…

Kini..sudah menjadi Alumni UPSI, insyaAllah diberi rezeki akan melanjutkan pelajaran untuk seterusnya..insyaAllah, mudah-mudahan…Aamin.

“Sangat terharu tapi tak de tisu,

Tempat duduk tak jumpe bikin cek malu,

Tapi tak pe asal lepas rindu,

Akan jadi kenangan di angin lalu,

Tiada semangat selain ayah dan ibu,

Buat anak yang diingati selalu…”

Terime kasih keluarga, terime kasih guru dan pensyarah, terime kasih kawan, sahabat dan teman, terime kasih adik-adik halaqah yang sanggup datang..terime kasih kamu, terime kasih pak cik bas yang selalu bawak saye pergi dan balik kuliah..terime kasih classmate, housemate dan r’mate yang selalu ade ketike senang dan susah, time kasih pak cik mak cik café yang selalu bagi murah2.. time kasih miah yang bawa akak masuk RPA, time kasih pada kawan yang seminit, seminggu, sebulan dan setahun… moge kebaikan kalian dibalas Allah nanti, InsyaAllah. Moge segale kesalahan saye terhadap kalian dimaafkan…ampunkan saye, sesungguhnye saye hanye insan yang sering membuat khilaf~

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini menunggu untuk penempatan posting. Moge thabat dalam perjuangan ini Ya Robb… Syukran Ya Allah, memimpin hamba ini ketika susah dan senang..memberikan ujian untuk mendewasakan hamba ini, memberikan kesakitan untuk bangun berjuang, memberikan kesenangan untuk jadikan hamba bersyukur atas kurniaan, memberikan peluang mengenali hati manusia yang mencintai dan membenci, memberikan peluang untuk menjadi seorang muslimah Islam..memberi peluang untuk mengenali dunia yang sementara ini.. dan atas segalanya, Matikan hamba ini dalam Sinar ImanMu Ya Rahman~ Aamin.

Kini hamba menyedari,

Betapa kerdilnya diri,

Seluruh alam DIA yang menguasai,

Tuhanku, hamba berserah kepada-Mu Ilahi.

Allahuakbar, Allah Maha Besar… :)


P/S : Kadang-kala ape yang dirancang, ape yang diimpi, ape yang diharapkan tidak menjadi, tidak diperolehi..mengundang sedih dihati, itu mungkin kite jauh dengan Ilahi...Allahurabbi.


"Always Be There"