Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah. Di tengah perjalanan, dia terjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas. Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya.

"Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman.

"Saya dari Iraq", jawabnya.

"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan?"

"Boleh".

Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah. Sepanjang perjalanan pemuda tersebut sentiasa membaca Al-Quran dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat. Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat,zikir dan munajat kepada Allah.

Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak henti-henti. Begitulah kebiasaan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah. Dia Kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.

Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah, Abu Sulaiman sempat bertanya kepadanya mengenai kerajinannya.

"Wahai anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih. Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian?" tanya Abu Sulaiman.

"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan syurga yang diperbuat dari batu-bata emas dan perak. Aku lihat pula di dalam istana iru bidadari-bidadari yang sangat cantik, tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seorang di antara mereka tersenyum kepadaku dan berkata : "Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah telah meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.

Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik, dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh, tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah. Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat.

Setelah mendengar kisah tersebut, Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendoakan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi.

Abu Sulaiman mencaci dirinya. Jika orang yang mencari bidadari bertungkus lumus demikian rupa menghabiskan masa dan tenaga untuk memperolehi yang dikehendakinya, bagaimana lagi orang yang ingin MENCARI TUHAN KEPADA BIDADARI TERSEBUT?.



P/S : adakah kita siap untuk mencari Allah?

Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..

Verse 1

Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2

Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Bridge

Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku



Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..




Intro (V.O)

Sometimes we forget
Sometimes we're idle
Sometimes we're blind
HE's watching us

Ya ALLAH..

Verse 1

Indeed humans are forgetful by nature
Even if overwhelmed by a thousand advice every time
Still hard to penetrate the heart because of sins
That form a barrier between me and HIM

Uh' back then in the dark gloomy world
Although lights,fast songs made me dance
Together with them on the same ark
Drenched in sweat oh' filled with shame
Yah' yah' I forgot

*Pre-Chorus

I'm day dreamin..
Happily engrossed even for awhile
But the pleasure..
Can't be expressed
Why?
Because I have no grasp of reality
I'm lost amidst the worldliness
World oh' world

**Chorus

I am only human
Who often forget
Who are always idle
With the lies and deceit oh' world

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Verse 2

If you ask me honestly uh' Why is the world like a magician
Playing the illusion and blurring the mind
Everything in front of our eyes looks oh' so good
But in actual fact oh' it's the opposite

HIS book,HIS words which I'd once forgotten
I start to recite even if I'm slow as a turtle
For I know this is the book of answers to
The world's crossword puzzle

*Pre-Chorus

I'm day dreamin..
Happily engrossed even for awhile
But the pleasure..
Can't be expressed
Why?
Because I have no grasp of reality
I'm lost amidst the worldliness
World oh' world


**Chorus

I am only human
Who often forget
Who are always idle
With the lies and deceit oh' world

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Bridge

I'm helpless
Please forgive..Please forgive..(Ya ALLAH,my LORD)
Give me the light
Please forgive me..Please forgive me..(Please forgive me)
Place me in your paradise

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Outtro (V.O)

Back then when someone said that prayer is the pillar of faith
I had my doubts..
But now I'm certain
Alhamdulillah..





Mampukan aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat Pengorbanan puteri
solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar..

Mampukan aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyita




"Dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam diriku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
kumenangis semahu-mahunya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahaya-Mu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar kukembali dalam pelukan hidayah-Mu

Dalam sujud terakhirku...
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut nama-Mu dan Kekasih-Mu tercinta..."









Assalamualaikum...hope semue sihat dalam lindungan rahmatNya,insyaAllah..
Alhamdllh,exam dah selesai..dan kini tibe cuti semester..dlm cuti ni byk jg yg perlu diselesaikan terutamanye,tesis..huhu..belum mule pun,hope dapat siapkan dengan baik..amin..cuti2 sekolah ni, ramai kwan2 yang akan diijabkabulkan dengan pasangan masing2..moge2 semuenya dalam redha Allah selalu...insyaAllah jike b'ksmpatan akan hadir..tahniah tuk semue(^___^)moge kekal hingga akhir hayat dan tabah dalam menepuhi kehidupan baru.

ok,dh nak balk kg pun..org lain semue dh balk..kite je ketinggalan, atas hal2 yang xdapt dielakkan..tpi sepattnye kne balk lewat lgi 9hb..tpi terpakse dibatalkan..pe2 pun insyaAllah de hikmat semuenye(^__^)

sampai sini dlu,walapun azam tahun ni xbpe dilaksanakan sepenuhnya...insyaAllah akan diteruskan pade tahun yang baru..insyaAllah..!jum same2 berazam dan laksanakan..! Sama2 menginsafi diri atas ape yg telah berlaku dan ape yg telah kite lakukan sepanjang usie ini diberi..adekah perbuatan sia2 lebih banyak dari amal yg diterime olehNya..atau sebaliknya,insyaAllah pintu taubat dan Allah sentiase mendengar rintihan hambanya yang tagihkan ampunan dan redhaNya...insyaAllah,moge2 Allah m'ampuni kesalahan dan dosa2 yang telah kite lakukan selama ini..dan diberikan petunjuk untuk sentiasa dalam ketetapan olehNya..amin.

ok..doakan moge selamat di dunia dan akhirat..

p/s : Apakah permohonan maaf itu suatu permohonan
atau sekadar kalam tanpa makna
yang terlafaz sebagai adat?..

may Allah bless us,illa'liqa=)

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN- SEMOGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT

- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan

:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku


moga berjaya dunia dan akhirat...AMIN,DOAKAN SAYE(^_____^)

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya". Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:

"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah".

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan". Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher Qibas itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Betapa Taatnya seorang hambanya kepada Allah.... Subhanallah~~





may Allah bless ua..same2 menghayati Erti Pengorbanan..

Di sebabkan dah tertido selepas isyak..jadi tgh2 malam terjage and trs xlelap..jadi lps slt dan selesaikan mane yg perlu..trs ngadap si laptop..huhu..mencari2,mengeledah dan bersiar2 di ruangan yang nak dilihat..em..msk ke fb kwn2 usrah..dan bace2 note yg ade..dan tgk2 video yg ade..umm...tears start to drop..salah satu video,ade di ats..video yg lain..xth mcm mne nak upload semue skli...teringin kongsikan bersame,insyaAllah akn ushekan^^ pe pun..moge apabile kite dijemput malaikat maut nanti,lidah ini basah dan terus menyebut namaMu Ya Allah...aminT_T



walaupun tak larat...bangun jugak
(sebab mungkin esk nikmat untuk bangun dah tak de..?)

walaupun xb'daya... melangkah jugak
(sebab takut2 esok dah tak boleh berjalan seperti biase...?)


walaupun lemah..akan digagahi jugak
(mane tahu esok luse dh xboleh seiringan dgn kawan2...?)

walaupun tegang..cube jgk lemparkan senyuman
(mane tahu esok senyuman tidak lagi dihiasi dimukeku...?)


walaupun pahit...ku maniskan jugak
(tibe2 esk luse xboleh lagi menikmati kesedapan tomyam kegemaran..?)

walaupun pedih..aknku bukakan mata
(bimbang,takut esok dah tak boleh bukak mate...?)

walaupun,walaupun dan walaupun....hargai dan syukuri nikmat yang dianugerahkan dan jangan sesekali menzalimi diri dengan menggunakan anugerah ini untuk melanggari syariatnya..Allah menciptakan manusia dengan SEBAIK-BAIK KEJADIAN,..Jangan jadikan diri kita salah seorang hamba yg kufur nikmat terhadap ape yang telah dianugerahkan..ade sebahagian daripada kite yang mungkin tidak dikurniakan sempurna fizikal,namun itu tidak dijadikan alsan untuk tidak dapat meneruskan hidup dengan lebih baik,ade yang bertongkat,duduk dikerusi roda,tapi cemerlang dalam pelajaran..sggp bersusah2 ke kelas..tapi kite yang sihat dan dikurniakan kaki,boleh berjalan dgn sempurna,kenape tidak?

TAHU ATAU TIDAK?

kaki yang diberikan,kenape pergi ke tmpat yg dilarang?tempat yang mengarahkan kepade kemaksiatan,sedangkan itu yang ditegah oleh TuhanMu..adekah kita tahu atau kita buat2 TAK TAHU?
tangan yang kite ade,buatlah kebaikkan melaluinye,tapi kenape gunekn utk perkare yg dimurkai?mencuri,membunuh,memukul,memegang yang bukan muhrim,merosakkan harta benda awam..adekah itu menyalahi syariat Islam,adekah kite tahu atau kite buat-buat
Tak Tahu??...!
akal yang diberikan untuk membezakan manusie dengan binatang,carilah ilmu dimuka Bumi Allah yang serba luas ini,ilmu yang bermanfaat...tapi kenape ilmu yang dapat dan ilmu yang kamu ade ini kamu pesongkan?tak mengaku?adekah sukar untuk menggunekan akal dengan sebaiknye?menipu,merogol anak sendiri, membuang bayi yg tak berdosa, sihir-menyihir,bomoh,santau..adekah kamu tahu yang ini PERKARA MUNGKAR??kamu mungkin seronok dan bahagie melihat kesakitan orang lain..tapi ingat...tidak selamenya kamu bahagia,ingat kite akan hidup diakhirat pula..
tahu atau saje-saje buat
TAK TAHU??

fikirkan...adekah kite benar2 seorang MUSLIM?yang beragama ISLAM?atau hanya sekadar perhiasan di Kad Pengenalan/MyCard?jike tidak..mane?mane...ISLAM yang dikatakan sebagai cara hidup?mane?ape yg kite lakukan untuk mengatakan yang kite sayang Islam?tak perlu sekadar pakai songkok,pakai tudung jike hati hanye nak berfesyen..jike hanye nak mendapat redha manusie..!
adekah disebabkan seorang wanita yang tidak bersalaman dengan bukan muhrim,tidak bergaul bebas..dan wanita itu dianggap pelik?adekah disebabkan lelaki itu tidak bersuke ria,xmerokok..dan dikatekan lelaki itu jumud?xsporting?xopen minded?jangan sempitkan fikiran......jike bangse lain yang menghina Islam..habis berdemostrasi..tapi kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam??ape yang kite lakukan?
adekah untuk dikatekan seorng yang hebat,kite perlu boros?merokok sane sini..keluar tak tentu hale..dedahkan aurat,bercakap suke hati,bergaul tanpe batas untuk dapatkan kepuasan?untuk daptkn kegembiraan?adekah kegembiraan kite itu kekal selamanye?bukankah Rasulullah SAW ade mengajar untuk mendapat kepuasan dan kebahagiaan yang sebenar?dan adekah kite kenal dengan RASULULLAH SAW?adekah care hidup Islam ini suatu membosankan?..MasyaALLAH,Nauzubillah....jangan kite hanye bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang MUSLIM.

Fahami Islam...InsyaAllah...kite akan dipermudahkan untuk ape yang kite inginkan..
kebahagian,kegembiraan,ketenangan,kebaikan...hanya dalam Islam,satu-satunya agama yang DiRedhai Allah SWT.

may Allah bless us...now and forever...^^



Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya

daripada Allah Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras

rupa,indahnya pipi bak pauh dilayang,bibir merah umpama

delima merekah,hidung yang mancung bagai seludang

akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi

dirinya dengan cahaya keimanan dan Islam.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah.
Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar
pada jiwanya, yang dengan penuh kasih
memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan
kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

WANITA CANTIK MENURUT ALLAH SWT :

  • Melukis kekuatan melalui masalahnya,

  • Tersenyum di saat tertekan,

  • Tertawa disaat hati sedang menangis,

  • Tabah di saat terhina,

  • Mempersona kerana memaafkan,

  • Mengasihi tanpa meminta balas,

  • Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan ilahi.


Wanita @ perempuan lebih spesifik lagi muslimah adalah satu anugerah Allah S.W.T yang unik. Untuk mencapai tahap muslimah solehah, bukan sesuatu yang senang, bukan juga sesuatu yang mustahil. Teringat serikandi-serikandi Islam pada zaman Rasulullah S.A.W..

Betapa kuatnya iman dan ketaqwaan mereka di saat ujian datang menggunungSubhanallah..

Seringkali terfikir, layakkah kita jadi seperti Rabiatul Adawiyah? yang mewakafkan hidup hanya untuk Allah S.W.T..


Kecantikan sebenar seorang wanita itu.......

bukan dari rupa parasnya,

bukan dari pangkatnya,

bukan dari hartanya,

bukan dari keturunannya,

Kecantikan sebenar seorang wanita itu...

ibarat mekarnya bunga di taman larangan,

tidak bisa diusik, disentuh, dihidu,

Namun......dari jauh mata memandang,

berakhlak terpuji,

lembut pertuturan,

sopan ayunan langkah,

yang tua dihormati,

yang muda disayangi,

kaya ilmu dunia akhirat,

aurat terpelihara, maksiat dihindari,

Kecantikan sebenar seorang wanita itu........

Terletak di mata hati seorang lelaki........

Sejauh mana ia menilai hati budi dan pekerti,

Wanita yang dikatakan "muslimah sejati".



p/s : Jika diriku tidak cantik dipandangan matamu (kalian)...namun ku berdoa moga aku cantik dipandangan Yang Maha Esa..!

Dari : Pn.Wahida


"Always Be There"