Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...
Salam Ramadhan Kareem..
Malam ini adalah malam terakhir bulan ramadhan, dan esok last berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak.
Tahun ni rasenye bulan ramadhan yang paling sedih..
Moga Allah makbulkan segala doa, moga dosa-dosa yang lalu diampunkan. Moga Allah terima saya sebagai hambaNya yang bertaqwa. Aamin.
Benarlah, untuk ape yang kite nak.. tak semue akan kite dapat. Tak baik salahkan atas ape yang dah Allah aturkan untuk kite. Atas semua yang berlaku, Allah tidak jadikan ia sia-sia. Kadang-kadang kite dah tahu da mende tu..tapi still jugak lemah semangat, sedih dll. Dan sebab tu kite perlukan nasihat dan semangat daripada orang lain. Untuk masa-masa macam ni.. nasihat yang paling berkesan sekali saya dapat daripada Pn.Nariah Muhamad @ Ma. Moga saya dapat berbakti untuk kedua orang tua saya yang dah bersusah payah membesarkan saya hingga ke hari ini.
Moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari sebelumnya. Dan moga tahun hadapan masih berpeluang untuk merasai berpuasa di Bulan Ramadhan, Bulan yang mulia. Raikan syawal dengan seadanya. Sentiasa ingat dan jangan lupekan saudara-saudara kite yang dalam kesusahan sama ada di Malaysia, Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh umat Islam di pelusuk negara.
Sakit@ demam itu adalah kafarah dosa dan Allah akan hapuskan dosa-dosa, tapi adakah sakit berpanjangan bermakna dosa-dosa kita terlalu banyak..huhu...
Maaf dipinta jika ada salah dan silap. Moga kita sama-sama bertemu di syurga.
Taqabbalallahu minna wa minkum!
Berikan rezeki yang baik lagi halal buat ibu bapa kami.
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt..
Allahmdulillah, atas nikmat Allah...Ramadhan Kareem buat semue...
9-14 Jun : Perkhemahan KRS
18&20 Jun : Mesy. Post Mortem & Guru
24 Jun : Pelancaran Minggu Disiplin & Anti Dadah
26 Jun : Pelancaran Nilam
Sambutan Hari Koperasi Sekolah, Konvensyen Keusahawanan Pelajar&Mesy. Agong Koop
28 Jun : Sambutan Guru Peringkat Daerah (SMKOKH)
29 Jun : Program Integriti Warga Pendidik
30 Jun : UIAM Kuantan
1-2 Julai : Pengawas MUET
3-7 Julai : PTM @ Induksi [ Cameron Highland]
10 Julai : Ihya' Ramadhan [sepanjang Ramadhan]
Rabbi Yassir Wala Tua'ssir...
Moga dipertingkatkan Iman dan diberikan kesihatan tubuh badan. Aamin.
Ihya' ramadhan, belum anta kertas kije lagi..hoo~ ~
Pagi yang indah dan baik.
Alhamdulillah sakit-sakit badan, kaki crem dan sakit kepala dah baik.
Alhamdulillah perjalanan semalam juga baik walaupun sesat.
Cume perjalanan balik agak tidak larat disebabkan seluruh badan dah sakit.
Alhamdulillah Allah masih selamatkan perjalanan.
Moga perjalanan diredhai Allah.
Rata-rata yang berjumpa dengan saya, tidak percaya yang saya sudah berumur 26 tahun ni.
Masih mude katenye,macam budak-budak atau mungkin faktor ketinggian yang agak sama dengan pelajar sekolah rendah. Hah.. Mungkin kalau saya dah meninggal pun mereka mungkin tak percaya. "Muda lagi dah meninggal?" Tak percaya pada umur.
Ya, umur sekadar angka. Kita mungkin boleh nampak muda pada angka umur berapa saja, tapi amal dan ibadat akan semakin tua. Tidak tunggu tua, Mati boleh menjemput kita pada bila-bila masa. Selama 26 tahun, apa amal yang dapat dipersembahkan kepada Allah nanti?. atau masih tiada amal yang saya lakukan, atau adakah amal itu diterima?. Haih, berpeluh nak menjawab.
Umur masih muda, tidak menjamin apa-apa. Masa muda inilah yang akan dipersoalkan kelak. Apa yang dah kita lakukan semasa muda.? Atau masih nak berfoya-foya dengan maksiat yang melata di dunia yang fana?. Masih tidak percaya dengan balasan Allah di akhirat kelak? Masih ingin menolak syariat Allah dan menunggu masa tua baru ingin bertaubat dan beribadat?. Sungguh, itulah hamba yang rugi..rugi.
Masa muda inilah kita nak cari ilmu.
Masa muda inilah kita nak pandai baca Qu'ran.
Masa muda inilah kita nak faham Islam.
Masa muda inilah kita nak banyakkan amal.
Masa muda inilah kita nak membentuk akhlak.
Masa muda inilah kita nak sebarkan dakwah dalam bahagia.
Masa muda inilah kita perlu manfaatkan segala nikmatNya.
Kerana Mati itu tidak kita usia.
Bayi, Muda, Remaja atau Tua,
Sama saja.
Yang berbeza Amalan kita Di dunia.
Taqwa kita Kepada-Nya,
Allah Yang Maha Esa.
Wallahua'lam.
Moga Allah menerima amalan-amalan kita. Dan moga kita tidak menjad hamba yang rugi. Aamin
^_^
p/s : lagi 69 hari nak masuk 26 tahun.
Moga dalam lindungan Rahmat Allah.
Rindu.
Bumi muallim di Tanjong Malim Perak.
Allah gandakan ilmu berdikari di sana,
Selepas berjuang di STPM.
Namun, perjuangan itu tidak terhenti.
Masih banyak yang perlu diperbaiki,
sebab bukan banyak keringat yang berbudi.
Teringat bila kaki berjalan sendiri,
sentiasa seorang diri,
dalam hujan yang tidak henti,
Walau pelbagai rintangan yang menghalangi,
Rindu waktu tu.
Kerana Allah selalu berada di sisi.
Dan aku akan terus berdikari.
~Moga Allah kurniakan hati yang tabah! Hati yang tidak kenal erti putus asa! Hati yang redha dan bersyukur! Iman yang meningkat setiap hari.! Allahurabbi..
Hanya Aku.
*Kewajipan mukmin ialah mencintai apa yang dicintai Allah, cinta yang mendorongnya melakukan apa jua kewajipan yang diwajibkan. Semakin bertambah cintanya, semakin pantas dia menyahut seruan sehingga dia tidak berpada melakukan yang wajib sahaja. ~Luruskan CINTAMU! (JOM ISU 2)
Tidak dapat digambarkan,
Ia bermain dalam hati sahaja.
Tak mampu nak dikata.
Kerana ia jadi sia-sia saja.
Benarkah.
Hanya tertunduk dan hanya pejamkan mata.
Masa.
Terus berputar tanpa hiraukan bencana.
Faham.
Tiada siapa dapat lekatkan dijiwa.
Pergantungan.
Hanya Dia yang selayaknya.
Sesal.
Dapat diundur, atas kehendaknya.
Aku.
Masih goyah dengan pegangan sendiri.
Masih jauh dengan Pencipta sendiri.
Masih lemah jadi hamba sejati.
Masih sebu dalam fikiran sendiri.
Temui jalan mati.
Bahagia.
Kebahagiaan, Bahagia di Syurga sana.
Tidak Mampu, tanpa BantuanMu.
Allahurobbi.
Allah...........
P/S: Salah diri. Iman itu ada ada pasang surut. Salah diri, kerana tidak kekalkan dan tidak tingkatkan. Allah, ampuni dan berkati hambaMu. Aminn Ya Robb.
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah...
Istikharah hati mendebungakan cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi." [Istikharah Cinta : Ummu Anas]
Sempat singgah kat SACC semalam lepas sesat nak ke UKM, dibawa oleh sahabat yang selalu Allah kirimkan semase saye susah dan senang. Stuck kt CH minggu lepas, die jugak yang amik cuti p servis keta kat Ipoh. Moga Allah balas kebaikannya. Aamin.
Kat Pesta Buku semalam sampai pun jam 5.30, jadi masa tak banyak sebab nak sampai UKM sebelum maghrib. Sempat jugak singgah kat BrotherhoodArt n beberapa booth yang memang nak singgah. Mase ni la rase teruje sangat sebab buku banyak gile..rase nak beli 1 booth tu..tapi nak bace semue tu teleng jugak la..
Sebenarnye tak de mood nak berjalan semalam, tapi bile ade sesuatu yang buat kite naik balik semangat tu..mood tu boleh bertukar. Kadang-kadang, fikiran dan hati kite ni dipengaruhi oleh suasana yang kite pilih. Kalau banyak pemikiran yang negatif makna hancuq la mood..nak bercakap pun malas! Muke berkerut kalah makan asam boi. Tapi kalau pilih nakkan suasana yang ceria dan tak spoil..kne gerakkan fikiran dan hati supaya ketepikan perkara-perkara yang negatif dan cas banyak-banyak perkara yang positif. Tak da la time memandu tetiba magrain, duk pikir yang boleh rosakkan mood. Dan kadang-kadang mungkin salah kita sebab terlalu mengharapkan suasana yang positif datang sendiri tanpa kita cipta dan berusaha.
Bile dah terjadi sesuatu yg kite tak harapkan,berhenti mencari alasan. " jalan sini sibuk sangat, kete banyak gile. Bas laju gile, dah sesat..Ah..Ah...Ah. Haha...Tak boleh nak salahkan ape yang ade. Mengakulah bahawa kamu memang....memang.... :D
Saya try jugak jalan terus, confident boleh cari jalan ke UKM..last2..
"Saya dah sesat. =) "
Saya harap dengan senyuman message ni dapat legakan gundah gulana. Sambil berdoa moga kawan dak bz time tu. huhu....Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui.
Sesat di dunia tak pa, moga-moga tidak di akhirat. Sebab dah tak da talian hayat.
Nanges.
Memang pening kepala.
Bismillah...
Assalamualaikum wbt..moga semua dalam rahmatNya. Moga kita gandakan usaha utk jadi hamba Allah yang lebih beriman lebih tawadhuk lebih rendah hati lebih lemah lembut lebih sabar lebih baik dari sebelumnya. Aamin.
5 Mei 2013 dah berlalu. Menjadi kenangan.
Bermula dari episod ini, mari sama - sama muhasabah diri. Bangkit jadi pemuda pemudi yg lebih gagah dan kuat bukan semata demi politik tapi demi saham diakhirat. Tanam dalam diri, kenali agama yg sejati dlm diri iaitu Islam yg suci. Ingat pada diri agama bukan hanya sekadar keturunan tapi anugerah dan nikmat yg tidak terperi. Ayuh, bangkit mengenali Tuhan punya agama Islam. Bangkit utk mengenali Kekasih punya dunia iaitu Rasulullah saw. Kaji dan selidik perjuangan Nabi dan sahabat - sahabatnya.
Jangan jadi pejuang yg lembik. Mengalah bila mula ditempik. Tumpas bila akal tidak cerdik. Akhlak tidak terjaga bila kalah bergolek.
Istiqamah, bukan sekejap - sekejap. Mujahadah bukan sekali dua. Dua perkara ini perlu kekal sampai bila - bila. Jika tidak jangan tmempersoalkan tentang perjuangan. Kita cari hikmah, kite tambahkan kekuatn benteng supaya tiada siapa dapat membolosi walau sikit.
Kebenaran atau kepalsuan ini nyata ada di mana-mana. Allah Maha kuasa menjadi saksinya.
Dalam apa jua keadaan, jadikan Rasulullah saw sebagai tauladan. Lidah dan tangan tidak menyakiti perasaan orang lain. Ramai yg menyatakan pendapat tentan PRU 13 ni, tapi lebih ramai yg menggunekan kata - kata yg buruk berbanding kata yg baik. Mana pergi iman an ihsan yg menyakini Allah ada melihat kite dlm semue perbuatan?Mana pergi kepercayaan yg ada malaikat yg akan mencatat dikiri dan kanan? Tak takutkah kita? Tak takutkah kita atas perbuatan - perbuatan ini akan dipersoalkan diakhirat kelak?
Marah atau kecewa tidak semestinya dapat dihapuskan dengan melontarkan kata - kata yg kesat. Muhasabahlah, kiamat dh nak dekat!.
Tak dinafikan banyak isu yg timbul.
1. Dakwat tak kekal, duit yg digunekan utk beli dakwat ni berjuta gune duit rakyat.
2. Rakyat Bangla dpt ic utk mengundi.
3. Kertas undi sampai lewat, peti undi hilang tibe tibe.
4. BLACKOUT tibe - tibe.
5. Analisis tak betul..bla..bla..bnyk lagi.
Kalau benar ini tidak terjadi, Allah saksinya moga Allah ampunkan kita yg buruk sangka. Tapi jika benar terjadi, kita di "perdungukan" hidup hidup namun Allah jua saksinya. Jangan khuatir Allah Maha Bijaksana berbanding ciptaanNya. Serah saja kepadaNya..jangan habis tenaga utk membidas dan berbalah sesama sendiri. Jangan habiskan masa utk berantam sesama Islam sedangkan masa itu boleh digunekan utk berjemaah cari ilmu dimasjid, boleh guna utk baca buku agama dan buku yg bermanfaat dunia dan akhirat. Boleh guna utk bina dan latih diri utk menjadi pejuang agama dan pewaris nusa dan bangsa, mengangkat agama Islam dimata dunia bukan hanya sekadar dialam maya.! Bangun wahai anak muda.! Islam perlukan kita. Hanya ilmu dapat berikan pencerahan kepada kegelapan. Jaga lidah, jaga tangan, jaga kelakuan. Jangan sumpah seranah. Malu dengan Allah, Malu dengan Rasulullah. Kita tak dapat satukan manusia dengan politik kita satukan dulu manusia dengan agama.
Allahuakhbar..Allahuakhbar...Allahuakhbar.
Macam nak berkhutbah pulak.. Eheh.
Apapun..moga nikmat iman yg diberi Allah ini kita jaga baik -baik. Moga Allah ampuni kesalahan dan dosa kita. Moga Allah berikan kefahaman pada hati - hati kite tentang Islam, tentang ilmu dunia dan akhirat. Moga Allah bantu kita jadi hamba yg bersyukur dan tidak putus asa atas ujian yg Kau berikan. Moga Allah hindari kita jadi org yg zalim.. menjadikan penipunan sebagai amalan dan hindari dari segala keburukan. Aamin.
Jauhi sikap buruk sangka. Eheh. Aman Makmur untuk Malaysia. LANGKAH MUDAH.,BINA ISLAM DALAM JIWA.
Monday, May 6, 2013
Labels: Islam is the way of life 2 commentsAlhamdulillah... [^_^]
5 Mei 2013, Tarikh PRU ke 13 kali pertame saye mengundi. Inilah masa dan peluang utk saye jalankan tanggungjawab dan melaksanakan hak sebagai rakyat Malaysia. Memilih pemimpin yg akan memerintah negara. Jadi kriteria apa yg telah saye tetapkan untuk menjadi pemimpin?. Adakah sekadar memilih sebelah mata. Mugkin tidak.
Kite ade sejarah yg perlu dipelajari. Kita ade teladan yg perlu dicontohi. Kita ada coretan peristiwa negara untuk kite meneliti. Bukan sahaja dengan mata tetapi dengan hati dan akal. Semua dah besar..carilah sebanyak mungkin maklumat.
Nak kata saya bijak sejarah, bukan,nak kata saya bijak agama dan politik pun bukan. Nak kata saya banyak ilmu pun tidak. Ya..kita ada hak utk memilih, siapa saja yg layak. Parti ungu atau pink..nilailah dengan imbangan yg bijak, bukan hanya ikut - ikutan. Ya, saya pelajar Pengajian Malaysia dan kini guru mata pelajaran Pengajian Am. Bukan nak kata dah bijak semua perkara dalam negara. Cuma dengan akal milik Allah ini kite dapat nilai atau teliti apa yg ada dan apa yg tersedia. Kita kaji dasar, kite kaji ekonomi, study politik, semak dasar sosial, kite nilai sejarah itu dan ini walaupun hampir muntah dengan tebalnye buku - buku yg dicetak. Tapi kite kaji dengan "Tahu" dan "Celik". Nak buat assignment pun kene banyak bibliografi, sumber..makna kata bukan tertumpu satu bahan saja..jadi nilailah dengan pelbagai bahan yg ada. Jangan terpengaruh dgn satu media sja.
Tak semua yg benar dapat diterangkan. Tak semua yg salah itu ditolak. Allah jadikan macam - macam keadaan semata nak menguji hambaNya. Sama ada benar mempercayai Allah memandangnya atau tidak. Takut atau tidakberbuatlah sebaiknya kerana yg baik atau sebaliknya akan menjanjikan balasannya nanti.
Dah lama memerintah bukan menjamin itulah pilihan yg tepat atau bermakna kite sejahtera. Firaun juga memerintah bertahun lama. Tapi akhirnya bagaimana?. Saya bukan nak kata saya pro mana - mana, itukan fikiran masing-masing.
Kalau kerajaan kita yg lama benar-benar jalankan apa yg dicatatkan dalam buku yg saya baca bermuka-muka surat tidaklah mata saya ini terbuka utk mencari kerajaan yg lain. Menaburkan habuan "duit" kepada rakyat itu sangat tidak bijak. Seolah-olah kita menjasikan rakyat sebagai hamba dunia semata-mata. Bukankah kekayaan itu ujian dunia?.
Nak kata banyak pun malas..(eh..bukan cakap tpi tulis..) em..undi dengan bijak. Kalau tak yakin buat solat hajat atau istiqarah. Solat hajat n istiqarah bukan utk berhajat nk dpt jodoh yg baik jek nak dapat 9A 12A je tapi kite sama - sama hajatkan pemerintahan yg lebih baik yg menunjukkan kite ini negara Islam Agama Islam sebagai agama rasmi. Pilih calon yg terbaik dikalangan yg baik. Pilihan kite itu hak kite tapi hak kite akan dipersoalkan kelak.
Wallahua 'lam..
"cikgu, dlm buku ni tulis nak bebas media. Tapi macam berat sebelah je..Satu pihak je yg cakap itu ini.."
"depa lupa nak tunaikan janji tu" :D
PEACE! Selamat Mengundi.
Tanpa hiraukan angin yang lalu.
Dulu selalu lihat pokok yang berdiri tinggi,
Tanpa hiraukan rintik hujan yang menuruni dicelah dedaun kering.
Kini aku mencari tiupan angin,
yang dapat menemani resah.
Kini aku mencari hujan untuk hilang gundah.
Dan kini aku mencari Pencipta Angin, Hujan, Langit dan Tumbuhan yang menghijau.
Hanya Dia..
Dan aku hanya hamba,
yang memang layak diuji,
selagi nyawa diberi,
cekalkan hati kerana aku juga ada silap
sendiri.
*Selesai cuti hari ini, esok sekolah dan rabu cuti kembali. ^_~"
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKHBAR...LA TAHZAN!
Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Nyawa itu nikmat Allah Taala yg sangat berharga. Dengan nyawa yang ada, kite dapat lakukan apa sahaja. Beruntung pada yg mengikuti suruhanNya dan mungkin rugi atau teramat rugi pada yg mengingkari suruhanNya. Adakah hidup ini hak mutlak kita?. Tidak, Ada kuasa yg lebih berhak ke ats diri kita. adakah kita dapat jamin hidup selamanya dan sampai bila - bila? Mati itu pasti, tidak awal dan lewat walau sesaat.
Ape yg berlaku, bakal berlaku..sama sekali kite tak dapat teka teka, duga duga, agak agak. Sedia atau tidak yg berlaku tetap berlaku, usaha atau tidak, semua dalam pengetahuanNya.
Saye teringat Hujung tahun selepas SPM rombongan sekolah dan saye ke Pulau Langkawi utk program Biro Tata Negara. Dan 3 hari selepas balik daripade sane berlakunye kejadian yg menggemparkan dunia iaitu tsunami. Agak tergamam bile tengok berite sebab dalam fikiran ni duk fikir "bayangkan kalau aku masih kat situ time kejadian ni?". Ma abah pun kate bende yg same.."rezeki Allah masih panjangkan umur kamu." Allah masih sayangkan aku.
Sabtu baru ni, baru baalik dari Shah Alam dan keesokkannya ada rakan yg post kemalangan yg berlaku di federal highway shah alam. Em...tempat yg sama sy dan kwan lalu..nyilu pulak rase. Kadang - kadang banyak perkara yg berlaku secare kebetulan bagi kite tapi ksemue itu dah ditentukan.
Dulu ade jugk yg dtg nagis nagis ingat saye dah 'tiada'..huhu.Allah masih sayang.
Untungnya jika nyawa yg ada ini dapat meneguhkan demi Allah dan Islam. Untungnya jika nyawa ini dapat berikan kebaikan utk seluruh umat manusia yg ada disekeliling kita. Dan untungnya jika diri ini sentiasa mengingati mati dan mati dalam mengingati Allah dan hati tidak lalai dari suruhanNya.
Namun, diri ini sentiasa sibuk dengan dunianya sahaja. Diri kita sentiasa sibuk, leka dengan masalah dikepala kite sahaja, penat dengan urusan dunia yg tidak berkesudahan. Layakkah kita menjejakkan kaki ke syurga?. Gerabak utk menuju ke Syurga bakal meninggalkan kita jika tidak ada masa memikirkan bekalan akhirat sana. Gerabak menuju Syurga Firdausi akan meninggalkan kita jika kita menangguh nanguhkan utk memikirkan amalan diakhirat sana. Allah dah menyelamatkan kita berkali kali selepas kite jatuh dan berada dalam bahaya. Tapi kita masih lupakan pertemuan dengannNya.Islam itu bukan sekadar tanda di kad pengenalan, bukan hanya solat dan puasa..tapi lebih indah daripada itu.
Kadang-kadang kite sengaje cari alasan utk tidak faham dan mencintai agama yg ada. Bebas lakukan apa saje tidak kisah langgar apa yang Allah larang. Bayangkan jika mati dalam keadaan melakukan dosa terhadapNya. Nauzubillah..
Hidup adalah peluang. Menjadi yang Allah suka atau sebaliknya. Semua org nk mati dalam keadaan yg baik dan tidak aib..tapi mana usahanya. Mati tidak boleh tunggu bile kite sedia..bile - bile sahaja. Setiap hari yg masih hidup..bukan bermakna kite layak utk hidup tapi peluang utk kite kembali dan bertaubat..bersyukur kepada Tuhan yg menciptakan kita.
Ya Allah..terima kasih atas peluang utk memiliki nyawa ini. Moga aku dikalangan hamba yg mencintai Tuhanku .Rasulku. Agamaku iaitu Islam dan jalan dakwahMu. Aamin.
Assalamualaikum...YaAllah, limpahkan Rahmat dan Keberkatan kepada kami,Aaamin..Aktifkan Zikrullah ~
Minggu lepas dan minggu ni berderet ade aktiviti. Mule minggu lepas masukkan markah PBS dan susun fail, LADAP (masukkan data kokurikulum dan kurikulum dll). Sabtu ade Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan (Tahniah kepada semue pelajar tahun lepas atas kecemerlangan keputusan UPSR, PMR, SPM & STPM, moga berjaya utk peringkat seterusnya).
Ahad ade Bola Jaring dan Bola Sepak Terbuka Asrama 2013.. semua aspura dan aspuri terlibat termasuk cikgunye pun main jugak..dan kumpulan cikgu menang ! Yeah..xbestnye cikgu kne lenyek dengan bebudak yg lebih besaq dari cikgu, pinggang masih sakit akibat terjatuh smalam..pergelanggan kaki masih sakit akibat termasuk lubang kt padang, salah cikgu la xcek bebetul keadaan padang, pepun moge bebudak enjoy utk pertandingan semalam,ade pelajar yg alami kecederaan moge Allah sembuhkan anda semua..aamin..
Hari ni ade pemantauan PBS dan akan berlarutan sepanjang minggu ni jadi kne bersiap s
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah walaupun keadaan tidak berada seperti biasa. Tidak seperti biasa? huhu...tak de la...nikmat sihat ditarik sementara. Sakit tekak + batuk + selsema = demam. Rakan sebilik saye, selepas balik dari umrah cuti baru ni, masih batuk..dan kemungkinan berjangkit katenye..
Tapi bagi saye berjangkit atau tidak tu hanye Allah yg tahu. Kite bukan tahu pun bile kite akan sakit, bile kite sihat atau bile kite mati. Semua dalam pengetahuaNya. Dah sakit-sakit ni..semuenye Allah aturkan..nak hapuskan dosa-dosa kecil mungkin..supaye kite gandakan kasih sayang dan sentiasa berhubungan dengan Dia mungkin. Sebab time sakit biasenye hati seorang hamba lebih dekat padaNya, sebab ape jugak... mungkin rase 'waktu' dah dekat...hee...Apepun insyaAllah ade hikmah. Bukan baru kali pertame demam, dalam setahun mungkin beberapa kali kite demam. Moga kesakitan yg dialami dapat hapuskan dari dosa dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.
Cuaca agak panas semenjak dua menjak ni..dan Alhamdulillah sekarang belah petang Allah turunkan hujan membasahi bumi. Faktor cuaca jugak boleh menyebabkan antibody kadang-kadang tak stabil ditambah dengan tabiat yang kurang minum air masak. Bile cuace agak panas mulela tekak ni nak minum aisss je..eheh. sekarang dah selesemee...
Tak dan seminggu bukak sekolah dah demam..faktor kerje yg banyak pun boleh menyebabkan badan tak sihat..n selalu penat..kan..hee..ok,.ngade je lebih..,dah nak kerjekan mane boleh merungut..Moga kije yg kite buat jadi ibadah,amin...
Ok..banyak mane faktor yg ada ape pun secare tersembunyinye semuanya Allah dah tentukan. Cume diri kita..sejauhmana kite bersangka baik dengan apa diberikan...dan sejauhmana diri kite sendiri ambil berat atas kesihatan diri sendiri. Badan kita juga ada hak ke atas kita. Nasib baik Allah tarik nikmat sihat je kalau Dia tarik nikmat Nyawa...huhu..MasyaAllah moga- moga sempat Taubat!
Kadang-kadang bile tak sihat ni...mudah je nak terase..(tak demam pun same..erk) dapat jadual baru semalam dan tengok tengok jadual isnin 8 masa berderet...huuuu...sampainyee hati cikgu jadual tu...rasenye tak pernah lagi org dapat jadual macam tu kat situ..
Allah, Kau lebih mengetahui..Jika ia baik, berikan kekuatan dan kebaikan untuk sentiasa bersangka baik dan tabah mengharungi pancaroba yang Kau berikan. Hindari dari keburukan yang datang dari bawah atas kiri dan kanan. Jauhi daripada kezaliman...aminn...hukhuk....
Manusia tidak dapat berikan kekuatan melainkan Doa kita kepada Allah SWT.... =)
Moga cepat sembuh!, Aammin....
p/s : moga, bukan time tak sihat sahaja cari Dia~ ^_^
Saturday, April 6, 2013
Labels: muhasabah 2 commentsMoga Allah lindungi kite walau di mana kite berada..
Sebenarnye saya dah perasan lame perkare ni..tapi biase lah manusia ni degil..buat jugak,nafikan yg benar. Badan tak boleh terime nescafe. Yup..Badan saye memang tak boleh terime nescafe,but still jugak nak minum. Since di universiti lagi..perasan ade kesan pas minum nescafe tapi nak minum jugak..
Ade sorang sahabat saye yg memang tak boleh langsung xminum nescafe..pagi,tengahari,petang n malam mesti nak minum nescafe..kalau xminum xbermaye n macam ade yg tak kene katenye..
Ok..mesti faham yg semua sistem badan manusia tak same. Sakit kepale,sebu..sakit badan..apatah lagi kalau dh penat, n minum nescafe kesannye 2x ganda daripde biase..n this is the same affect after drink nescafe..ok..i will never drink this again..for me..org lain mungkin ok dgn nescafe. After g kenduri kawan di Jerantut.. dengan jalan yg bersimpang siur..cuaca agak panas..saye minum nescafe dalam kuantiti yg agak byk dri biase bile berhenti tadi..n Sakitnye Allah yg tahu..i will never drink this.
Dah tibe mase utk ubah tabiat..kadang - kadang kite tak perasan yg tabiat atau kebiasaan yg kite lakukan itu berikan keburukan walaupun kite rase perkare tu ok atau baik. Walaupun kite dapat menikmati nescafe yg sedap tu dalam waktu yg pendek tapi kite lupe pade jangka panjang. Kesan pade jangka panjang itu kadanh - kadang mengubah segalanya.
Same jugak macam merokok, kite rase rokok tak tinggalkan kesan buruk pade mase sekarang tapi jangka panjang...banyak kesannya, barah hati, gangren..bukan kesan pade perokok shje tapi pde org yg ade disekeliling perokok jugak..kan ?
Ok...ambil pengajaran dari sekarang, saye xnak amik nescafe lagi.May Allah help me..
*Kesannye dua kali ganda, may Allah forgive my sins.. zzZzz.
Tapi bukan kerana membenci,
Hanya ambil masa untuk sembuhkan,
Hati yang terluka ini.
Kita perlukan ruang menyendiri,
Supaya tidak tersalah lagi...
Apa yang kita lalui...
walau mengabaikan perasaan sendiri
Allah lebih mengerti...
Semuanya ada hikmah yg tersembunyi..
Mematangkan hati dan diri.
Barangkali yg kita suka itu memberikan keburukan yg banyak dan barangkali yg tidak kita suka itu memberikan kebaikan yg banyak. Allah lebih mengetahui berbanding kita.
Setiap hari selagi masih hidup,
Allah berikan peluang untuk kite berubah.
Lebih taat dan patuh padaNya.
Lebih yakin dan bergantung padaNya.
Merasai cintaNya dan kekasihNya.
Kita hamba yg lemah,
sentiasa gusar dengan perkara yg remeh,
Mudah rebah dengan manusia.
Mudah mengalah dan kecewa dengan tanggapan manusia.
Mulai tika ini..
Jaga hati kerana Allah,
dan bukan untuk manusia.
Biar apa yg kita terima dari mereka,
kita tidak sedih dan gundah.
Walau kite dilukai. jangan sesekali kite biarkan mereka merasai apa yg kita rasai.
Kita sebarkan bahagia..
padam luka - luka..
Senyum! ^_^'
Tidak ada insan yang ingin dirinya dipersalahkan.
Tidak ada insan yang ingin mengatakan dirinyalah yang bersalah.
Tidak ada insan yang ingin mengungkapkan dirinyalah punca terjadinya kesalahan.
"Berdirilah dengan gagah dengan mengatakan.. Aku tidak bersalah. Aku dipihak yang benar. Tanpa mengalah. Tanpa ingin dipersalahkan. Bukan aku yang salah, tapi kamu.
Ya,aku berani kerana benar. Aku tidak salah. Tapi kamu yang salah. Apa yang terjadi dan bakal terjadi bukan aku yg salah tapi kamu. Aku berani kerana benar. Kamu tidak memahami dan sebab itu kamu salah. Kamu yang mulakan sengketa. Bukan aku. Aku berani kerana benar."
"Ya...kamu berani.
Ya...kamu benar.
Aku yg penakut..menghadapi kehidupan bersama kamu.
Aku salah kerana memilih kamu.
Ya...aku salah kerana memaksa kamu memahami aku.
Ya...aku salah kerana mengharapkan kamu.
Aku salah bukan ?.
Aku salah mentafsir keinginan aku sendiri.
Kamu teruslah berdiri gagah, kerana kamu benar dan aku yang salah.
Ya...aku salah, dari permulaan lagi.
Dan mungkin sehingga akhirnya aku yang salah.
Sungguh, aku yang salah."
Allah, tunjuki jalan buat insan yg salah ini dan yang benar. Hentikan jika ia salah dan berikan jalan yg sentiasa benar. Hanya padaMu, kami berserah. Tunjuki kami jalan yang lebih baik dwngan apa yg kami rencanakan.
Assalamualaikum wbt..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan keluarganya.
Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat dan ikhlas menghadapi segalanya di dunia.
Banyak2 berdoa dan tenang 2 shja. Tawaqal padaNya. Dia lebih tahu aa yg tebaik buat hambaNya.
* Teringat masa ambil result, saya sendirian saja
ke sekolah dihari kedua selepas keputusan dikeluar. Cikgu Ali yg tolong kirekan pointer.
May Allah bless you all,
kepada pelajar SMKBBST & SMKClifford.
~nothing can change or will i change that ?~ Uummm...
21 Mac 2013, Keputusan STPM PENGGAL 1 akan keluar..Moga dapat keputusan yg terbaik.Aamin.
Sunday, March 17, 2013
Labels: Kehidupan 0 commentsJadi bersabarlah. Tanamkan dalam diri bahawa kita berkerja untuk Allah dan bukan manusia. Kita ingin balasan dan redha Allah bukan manusia. Manusia itu adalah perantaraan ujian dari Dia untuk kita. Penat, sedih, tension hatta gembira itu semua dtg dari Dia. Latih dri dari tarbiyah dan hikmah Tuhan supaya lelah kitta bukan yang sia - sia. Ya kita kuat denhan Nantuan dari - Nya !
Pelbagai perkara telah berlaku bukan sahaja pada diri kita tetapi berlaku kepada negara yang kita cintai kini Malaysia. Apa yang berlaku? Pencerobohan daripada pihak luar. Seperti yang kita sedia maklum, sejarah di antara Sabah dan kaitannya dengan Filipina iaitu Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu.
Em..kita semua sudah cukup berdebar dengan peristiwa yang berlaku, mengenangkan keselamatan sahabat,saudara yang berada di sana kini kita dihidangkan dengan pelbagai spekulasi yang tidak rasional daripada pelbagai pihak.
Selain daripada itu,hari ini 3 Mac cukup 89 tahun kejatuhan kerajaan khalifah yang diambil oleh Mustafa Kamal Artartuk yang menghancurkan Islam dengan kezaliman.
Melalui peristiwa yang berlaku..pelbgai pengajaran yang perlu kita sebagai muslim ambil.
Sejauhmana dalam diri kita menegakkan Islam ?
Sejauhmana kita berjuang untuk memakmurkan Islam di sekeliling kita ?
Sedalam mana kecintaan kita terhadap perjuangan Rasulullah saw mempertahankan kalimah Lailahaillah?
Apakah usaha kita mempertahankan Islam di bumi Allah?
Adakah kita sedar bahawa kita perlu mengembalikan Islam di jalan yang benar dengan adanya sistem khalifah?
Adakah kita sedar yang kita dibelenghu dengan 'jahiliyyah' yang menebal dalam diri kita?
Adakah kita diantara manusia yang membuat onar terhadah agama?
Adakah kita diantara manusia yang ingin menghilangkan Islam dibumi Allah yang tercinta?
Adakah kita diantara manusia pengecut yang tidak berani mempertahankan kalimah Allah di muka bumi?
Adakah kita diantara manusia yang lemah tersadai dalam kemewahan dan kesenangan sehingga lupa perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat?
Adakah kita antara manusia yang langsu
ng tidak tahu apa yang berlaku di negara kita? tidak ambil peduli apa yang terjadi terhadap Islam?
Kita bina ikhlas dalam diri, untuk lebih tabah hadapi hidup di dunia, kerana ada 1 lagi kehidupan yang perlu kite tempuhi nanti..kita sama-sama latih diri okeh..




.jpg)

.jpg)








