Assalamualaikum....Moge semue dalam RahmatNya selalu...

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya,"

Agak tidak terlewat untuk saye ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semue..ketidakkesempatan (de ke perkataan ni?huhu) dan keadaan kesihatan yang agak kurang baik m'yebabkan lame sanggggggat xupdate n dh t'tangguh 2 entry yg nak dipostkan..

Macam mane dengan Ramadhan kali ni?Moge2 Ramadhan kite lebih baik dari sebelumnye...same2 kite ambik peluang yang dianugerahkan sepanjang bulan yang mulia ini..bukan selalu dapat,setahun sekali je kan...jum tgk video ni dulu...



Kadang-kadang, ia dah menjadi kebiasaan..bilemana tibe bulan Ramadhan atau bulan pose yang telah diwajibkan ke atas umat Islam untuk laksanakan..ramai yang berkejar-kejar untuk laksanakan Rukun Islam yang ketiga ni..tapi,walaupun begitu, sedar-xsedar dalam ketaatan menunaikan ibadah berpuase, sedikit kelalaian manusia yang menyebabkan ibadah itu jadi sia-sia..

Ramai wanita yang berpuasa, tapi masih mendedahkan aurat..berpakaian yg menampakkan susuk tubuh..jike puasa itu Allah yang suruh dan wajib dilakukan..tapi Siapa pulak yang suruh tutup Aurat?bukan ianya juga datangnya dari Suruhan Allah, dan ia juga wajib kite lakukan?

Ramai yang berpuasa, tapi masih ramai yang meninggalkan solat fardhu 5 kali sehari semalam..jike puasa itu wajib yang disuruh oleh Allah..bagaimana pula dgn solat..adekah ia datang dari suruhan manusia?tidak kan...datangnye dari Allah jua..

Ramai yang berpuase, tapi tidak menjage tutur kate...tidak menjage tingkah-laku. Berpuase bukan hanye menahan diri daripada lapar dan dahage semate-mate..ia juge adalah latihan utk mendidik kite untuk meningkatkan kesabaran, membentuk peribadi utk jadi lebih baik dan sebagainya..

Dari Abu Hurairah R.A : Rasulullah SAW bersabda : "Puasa itu perisai, maka tidak boleh berkata kotor dan tidak boleh berbuat bodoh, jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya, maka hendaklah ia berkata.." Aku berpuasa Aku berpuasa" [Hadith Riwayat Bukhari]

Maksud Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. [H.R Muslim].


haa...bonus bagi kite, coz time bulan Ramadhan ni musuh utame kite dh digari xleh kua-kua dah selagi xhabis bulan pose..jadi kite xkan kne kacau lah kecuali nafsu dalam diri sendiri yang kacau..jadi kalu nak berubah or nak didik diri untuk istiqamah, insyaAllah inilah peluangnye..klu kite still macam dlu time bulan Ramadhan ni cth klu dulu kite xmo wat baik, xmo tlg org..xmo ttp aurat xmo solat, xmo ngaji Quran..xmo xmo wt ape yg disuruh dan tinggalkan ape yang dilarang..suke m'gumpat, suke lawan cakap mak ayah...dll, means itulah diri kite sebenarnye..yang INGKAR padaNya..ye kan..coz klu dlu leh kite cakap yang syaitan dok hasut...p Ramadhan ni Syaitan dah xda...

Se lagi, time bulan pose nk jugak kite nak tgk setakat mane kite leh tahan diri dalam berbelanje..hehe...perkataan yang sokMo dengar ialah "PEMBAZIRAN' . Ini selalu berlaku time nak p beli juadah berbuka...nampak itu beli nampak ni beli nampk sane nak beli...semue beli tapi akhirnye tak termakan...hoho..xbaik m'bazir,beli hanye utk nak makan bukan utk dihadiahkan ke dustbin... lain klau beli byk2 n sedekah pade jiran2 atau masjid..insyaAllah xmembazir...ingat membazir amalan siape?^_^

Satu lagi keadaan yang membuatkan hati ini terguris...3 hari sebelum kite menyambut bulan Mulia penuh Keberkatan ini....saye pergi ke pusat membeli belah..yang agak menyedikan..penuh di jalan-jalan, di dalam mall di luar mall dengan signboard "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI' adoi..ya Allah, belum pose pun lagi dh nak smbut raye? bukan itu sahaje..p kuih-kuih raye dh berlambak jual..siap dah pasang lagu raye lagi...[agak berdesing telinge mendengar...] baju raye iklan raye tok sah cakap..em... keghairahan menyambut raye berlebihan berbanding bulan ramadhan..ape salahnye wt singboard atau banner 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SEMOGE KITA BEROLEH KEREDHAAN ALLAH DISEPANJANG BULAN MULIA" haa..tu satu doa pe..klu ramai2 yg duk tgk board ni dan semue duk baca..insyaAllah cnfrm Allah makbulkan..[p bula pose insyaAllah doa yg baik dimakbulkan] pasang lagu ramadhan ke..sambil dapat latih diri utk selalu ingat kat Allah, di mana2.. sebab time ni kite nak rebut peluang untuk menjernihkan tautan hati kehambaan kite terhadap Allah..

InsyaAllah..same-same kite manfaatkan ape yang diberikan..ok..tuk akhirnye..saye selitkan entry dari blog Ust.Zaharuddin...same-same kite amik ikhtibar dan renungkan...

_________________________________________________________________

~KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN~

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadan itu ubatnya.

Selamat menunaikan ibadat puasa :)

‎~* Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa ALLAH hidupkan aku pada hari ini?

~* Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat. ::.




p/s : Moge kite diantara insan yang diberikan hidayah di bulan Mulia dan dapat kekalkan perubahan sehingga bulan-bulan seterusnya..InsyaAllah,Amin.

Jangan jadi hamba kepada Ramadhan..Tapi jadilah Hamba kepada Allah(^__^)

Bismillahirohamirrahim, Assalamualaikum. wbt....

Hari ini dah masuk 01 Julai 2011...bukan menghitung hari tapi hakikatnye hari dan masa semakin meninggalkan kite dibelakang..cume sedar mahupun tidak..selama yang diberikan nikmat hidup dan kesihatan..banyak mane yang dh kite lakukan suruhannye dan meninggalkan ape yang dibenci olehNya...

Jike diambil nyawa ini,cukup mahupun tidak atau ade atau tidak bekalan yang dibawa bersame untuk ke alam seterusnye...Sungguh, kematian itu tidak mengenal usia, tidak mengenal sihat mahupun sakit, tua mahupun yang muda..bersedia atau tidak..bila dikatakan takdir untuk diambil olehNya tidak menunggu sesaat..Ya Allah,jauhi kami dari siksa api neraka..terimalah amalan kami,redhailah kami dan berkatilah kami dalam lembayung Rahmatmu..jangan pernah tinggalkan kami dan tetapkan kami dalam Islam dan nur Iman..

Tak tahu kenapa, hati ini mudah tersentuh sejak dua menjak ni..nak kate dh tua mybe kot p baru 24 tahun p xmsk pun lagi kire 23 lagi..huhu...Alhmdllh semalam 30 Jun 2011 selesai untuk observation yang pertame oleh pensyarah penyelia Prof.Khazin..agak 'mengelabah' sikit coz die muncul tibe2 didepan pintu..macam nak luruh jantung dibuatnye..xsangke plk die mai..p alhmdllh jugak student bagi kerjesame,actually diorg mmg xsbr2 nak tnggu pensyarah datang p bile dh de smlam diorg plk yang terlebih nervous dri cikgunye..huhu..Alhmdllh dapat kenali pelajar2 yang macam ni..6 Pra-Universiti Bawah 1 dan 2...dan Syukur jugak, dapat feedback yang agak memberangsangkan..moge utk observation yang kedue dan ketige dapat perbaik diri dan moge lebih baik dari sebelumnye..insyaAllah.

Suara...siapa lagi klu bukan abahku,emm...moge Allah lindungi dan merahmati kedua ibubapa saye yang ade di Kuala Lipis, Pahang...Memandangkan esok ade program "Larian 1 Murid, 1 sukan, 1 Malaysia" permintaanye untuk balik tak dapat ditunaikan...Ya Allah sayangi kedua ibubapa ku sebagaimana mereka menyayangi aku dari kecil hingga sekarang dan selamanya...Sungguh tiada pengganti untuk anugerah ini 'ma dan abah'...hargai mereka selagi mana mereka dan kite masih hidup..kadang2 terbit dihati rase terkilan kepada mereka2 yang sanggup meninggalkan ibu bapanye di rumah orang2 tua..mungkin saye tidak tahu masalah yang mereka hadapi sehingga sanggup lakukan demikian..tapi ape pun segalanye mungkin terjadi..kite pun suatu hari nnti tak tahu macam mane kan..ape pun moge Allah jangan 'cabut ' kasih sayang yang ade terhadap kedua ibu bapa kite...bak kate pepatah "ibu dan ayah boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak nak menjaga ibu bapa itu belum tentu.." Nauzubillah...

Ok..insyaAllah sambung lagi dikemudian hari..

p/s : "Allahummazhab 'anil hammi wal hazan"
Ya Allah,jauhkanlah wajahku ini daripada rupa sedih dan gelisah. :)

*Ade pelajar bagi saye bace bukunye yang bertajuk " Mereka Bertanya tentang ISLAM, Anda Menjawab" t.ksh to Faiz 4PMV..



ASSALAMUALAIKUM...

Saat diuji..hati dan jiwa turut merintih...sungguh, kite bukan manusia yang diberi semue kelebihan dalam menangani pelbagai cabaran dan masalah. Hanya air mata dapat mengurangkan kesedihan dan melepaskan segala beban yang berlaku..Namun ingatkah kite bahawa Allah itu sentiasa disamping hambanya yang sentiasa ingin kasih sayangnya? Tidak perlu tunggu datang musibah atau diuji..semua yang berlaku Dia setia disamping kite, dan jika kita benar2 inginkannya, Sungguh Dia Maha Pengasih dan Maha Mengetahui hati hambanya. Tetapi, tidak salah jika saya katakan amat RUGI bagi sesiapa yang tidak bergantung harap kepadaNya, RUGI pada sesiapa yang tidak Cintakan Dia, terlalu RUGI pada sesiapa yang Tidak mengenaliNya dan tidak merintih kepada Dia...dan Amat RUGI pada sesiapa yang hanya merayu saat derita dan tidak diwaktu suka&duka...
Di manakah kedudukan kita sebenarnya?

em...dah masuk bulan kedua praktikal di sekolah, dah mula rasa sayang dengan anak-anak murid..tak kire kelas yang diajar, kelas relief dan semuanye..cube untuk memahami rentak dan isi hati pelajar...kelas relief xkan dibiarkan kosong, klu xajar subjek time tu pun atleast diisi semaksimum mungkin..motivasi dan sebagainya...InsyaAllah hujung bulan ni,lecturer akan datang dan minggu depan guru pembimbing nak observe..em..moge Allah kuatkan semangat saye, tingkatkan kemahiran dan berikan keberkatan disetiap perjalanan pencerapan tu nanti..amin.(^___^) . Praktikal ni memang benar2 memberi pengajaran pade saye..huhu..tidak semudah yang disangka..dan bukan mudah nak jadi cikgu. Saye boleh katekan teknik pengajaran saye agak lemah..huhu..p bak kate kawan sye.."mane de orang mule2 masuk ngjar dah advance, jadi teror..semua perlukan proses"..em..betul jugak tu kan..pepun must think positif dan tingkatkan prestasi..hehe.. Kebanyakan pelajar selalu bertanya " cikgu memang nak jadi cikgu ke?" Pada permulaan dulu saye de jugak ceritakan cita-cita waktu kecik2..nak jadi tu,nak jadi ni..huhu..p mulai sekarang saye kne yakinkan diri sendiri dan pelajar yang saye betul-betul nak jadi guru..mesti...walaupun pada hati saye masa ini tidak, means masih berbelah bahagi..tapi tak mustahilkan suatu hari nanti saye benar2 inginkan jihad sebagai cikgu..mesti, saye xnak penat semate2 terpakse mengajar, tapi biarlah kepenatan itu merupakan satu kepuasan pada hati dan jiwa saye..melihat mata-mata pelajar dengan kesungguhan mendidik dan membimbing mereka bukan sekadar mengenali ilmu dunia namun akhirat..dan ini satu pengisian untuk diri saye sendiri jugak..Moge Allah permudahkan dan berikan keteguhan iman dalam menghadapi segalanya.

Selamat Hari Bapa kepada Abah saye (dan semua yang bergelar bapa, ayah, daddy, walid dll) yeke ri ni hari bapa?huhu..(yani yang cakap) setiap masa hari bapa kan..em..sayu dengar suaranya di telefon..betul2 rindu kat abah...(~__~)nak2 duk sorang2 minggu ni..kesedihan dan kesayuan tu menjadi-jadi pulak..menatap dinding2 kosong..huhu..dan setiap itu jugak abah akan kate.."umm.....tu la silap awak,nape pilih jauh2..." xpe la..pepun kene positif kan fikiran abahku.."perjuangan masa belajar, kutip pengalaman...anak abah kan suke berdikari..huhu.." moge abah, ma, dan seluruh keluarga selalu sihat dan dalam lindunganNya.

Ok,sampai sni dlu..tdi tergendala,coz warden aspura panggil suh join program student F5 yg handle kat dewan makan..malam ni diorg de persembahan kebudayaan dan makan malam,siap bakar ayam lagi tu...huhu...seronok jgk..p persembahan diorg.....MasyaAllah..........ei..bdk2 zaman sekarang...pepun...sebagai guru kene fikirkan macam mane nak "bulatkan yang bujur, nak luruskan yang bengkok"..(^___^)


Moge semue dalam lembayung RahmatNya selalu...insyaAllah jumpe lagi di waktu lain di alam maya ini...moge kalian juge ceria dan hadapi kehidupan dengan senyuman.

P/S :"Tinggalkan yang haram, Allah pasti gantikan kamu dengan yang halal"


"we have to be the best adviser for yourself"





Bismillahirohmanirrahim...

Assalamualaikum...

Berbicara mengenai Surah Al-Fatihah, sape tak tahu kan dengan surah ni ...menjadi rutin harian dalam kehidupan sebagai seorang muslim untuk membacenya..terutama dalam solat..tak sah solat tau kalau xbace surah ni..tapi, tahukah kite dengan maksud surah ini..ha..perlu jugak kite tahu maknanye..supaye khusyuk pabile solat...Tapi, kebanyakan orang xamik peduli dengan hal ni dan menganggap ianya tak penting..uish..silap tu..wajib tahu tau..(mengaji pun kne faham makna yang dibaca..)

Al-fatihah, merupakan surah Pembukaan yang telah diturunkan di Makkah yang mempunyai 7 ayat dan mengandungi maksud yang sungguh bermakna. Ia juga dinamakan sebagai Ummul Kitaab kerana merupakan ibu atau sebagai pembuka dan permulaan dalam inti sari kandungan Al-Quran dan ia dibace berulang disetiap kali rakaat dalam solat. Jum same2 kite hayati maksud surah Al-Fatihah...

1 .بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2 .ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3 .ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

4 .مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5 .إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6 .ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7 . صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AMIN...

Surah ini boleh dikatekan sebagai 'basic' pade seseorang muslim..kerane ape..kerane dengan surah ini kite dapat mengenali diri dan mengenal PenciptaNya sendiri... dan sekaligus juge seseorang itu akan merasekan surah ini sebagai satu keperluan dalam kehidupannye. Manusia yang pade hakikatnye sebagai hamba Allah yang lemah dan sering melakukan kesilapan apatah lagi pabile hatinye yang mudah berbolak-balik tidak kire waktu dan setiap saat ketika dihujani ujian mahupun tidak..Dan Allah itu Maha Mengetahui hakikat ini kerana bukankah Dia itu Maha Pencipta segala sesuatu di segenap alam ini..dan semuenye terangkum dalam makna surah ini.


Pernah baca akhbar mengenai ini :

em..mungkin ade yang tidak memahami, kenape kne faham maknanye? ape manfaatnye? kenape dan kenape?...Bukan ke setiap ape yang kite lakukan, zahirkan, dan segalenye perlu pengertian yang jelas? apatah lagi segala yang kite ungkapkan perlu kite ketahui maknanye secara nyata? Samela dengan membaca Al Quran dan surah al-Fatihah ini.. Membace surah Al-Fatihah ini juge same seperti kite berdoa, bermunajat kepada Allah..memohon ditunjukkan jalan yang benar dan bukan jalan yang sesat..bermakna kite memohon perlindungan dariNya..Banyak makna tersirat dan keistimewaan dengan mengamalkan membaca surah ini..dan maksudnye juga boleh dikatakan merangkumi secara keseluruhan yang terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti aqidah, ibadah, tasyri', iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia dan mengesahkannya dalam beribadah dan meminta pertolongan kepada Allah SWT. (fahami maknanye dengan teliti^^)


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

"Membaca Fatihah pahalanya seperti sepertiga Al-Quran" dan juga

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaanya dan Fatihah itu pembuka maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu dimimum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rosak.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya.

~Celik minda, Celik Hati~ moge selepas ini kite same menghayati dan memahami maksud yang terdapat dalam "Surat Cinta" dari Allah, sungguh semuenye untuk kebaikan kite sendiri dan bukan selainnya. Wallahu a'lam.


p/s : "tak pelik klu ramai yang tak tahu maksud al-fatihah dan mungkin pelik kalau ramai yang tahu mengenainye...?

sehari 5x solat..alfatihah wajib dibaca disetiap kali rakaat jadi bape kali baca alfatihah..17x..jadi sebanyak itu xkan xleh hafal maknanye kan...jom latih diri..moge jadi Hamba Allah yang abadi dan disyurga menanti:)

Bismillahirohmanirrohim....Assalamualaikum, em...macam kejap pulak rase kat sni..rase macam baru semalam je masuk sni..pakai baju Perkasa, kawad..g kuliah...dan sebagainya..tup2 dh nak habis pun...em..3thn setengah kat sni...setengah lagi hbiskan tuk praktikum 9Mei 2011 ni kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor Darul Ehsan..huhu...full plk..em...one step to be a teacher...beleh ke saye?huhu...tepuk dada tanya iman:) insyaAllah,boleh kan (sendiri tanye sndiri jawab..^^) em...semalam semua ahli rumah dah balik,tinggal sendiri je malam tdi..ri ni giliran sye plk...

Macam xpercaye plk,dh nak berpisah gan semue orang..means lepas ni dh xblaja sme2..g kuliah sme2..makan same2..jalan2 same2..present same2 semue le..huhuhu...insyaAllah moge ukhwah ini berterusan dan diredhai Allah. InsyaAllah berjumpe time konvo..moge diberi kesempatan,namun andaikata diri ni xberkesempatan...atau 'dijemput' terlebih dahulu mane tahukan...sedekahkanlah al-Fatihah bile teringat name saya...Moge Allah membalasnya^____^ Alhmdllh jugak, tesis dapat disiapkan, exam pun dah berakhir...Doakan moge saye dapat Result YANG TERBAIK dari YANG TERBAIK..begitu juge buat semue..Amin..:)

Ok..buat kawan2 semue...gud luck 4 Praktikum...hope pengalaman ini dapat mematangkan kehidupan dan jadikan ia salah satu persediaan untuk menjadi "Guru yang Bitara"...(bitara ke...? boleh la..) buat kawan2 blogger gud luck too in your future:)

Tata...Sayang kamu semue kerana Allah^____~


p/s : ~Diakhir perpisahan jangan diucap selamat tinggal tetapi ucaplah semoga bertemu lagi, walaupun bukan dibumi Allah tapi insyaAllah disyurga nanti~ Wallahu'alam

Bismillahirohmanirrahim…

Assalamualaikum wbt…..Maha Suci Bagi Allah, Muhammad saw Nabi Junjunganku sepanjang zaman…selawat dan salam bagi sahabat dan keluarga baginda,moge2 saya menjadi umat yang setia kepadaNya..amin.



Tup2...dah sem akhir,nak exam pulak tuk yg terakhir kali di upsi..hu2..rase macam kejap pulak duk sini..bahang perpisahan pun kian terasa cz khamis (14 April 2011) baru2 ni adelah kelas yang terakhir disini..(sedihhh..hu2)..cz byk pengalaman, kenangan bersama kawan2 dan pensyarah2 dijabatan saye terutamanya...hu2..biasela, adenye pertemuan pasti ade perpisahan..dan syukur atas pertemuan ini yang memberikan seribu makna dalam kamus kehidupan saye selama bergelar mahasisiwi tuk degree di bumi Tg.Malim ini..(^___^) Semalam dah mule exm tuk first paper..alhmdllh,berjalan lancar w'pun soalan yg dijangke keluar xkeluar..hu2..p Alhmdllh sbb Allah gerakkan hati saye tuk bace tajuk lagi selain dripade tu..pepun..dh ushe, hanya doa dan tawaqal padeNya..ok,jum kongsi doa sempena hadapi musim peperiksaan, moge hati2 kite lebih tenang dan dilindungi selalu..insyaAllah:)




Sje nak taip Jadual Exam Sem 7 :

16 April 2011 (2.30 pm-SITC) : Isu-Isu Kurikulum Pengajian Malaysia
23 April 2011 (2.30pm- SITC) : Sistem Undang-Undang Di Malaysia

27 April 2011 (8.00am) : TEST JPJ [KERETA-Doakan Lulus yek,amin]

29 April 2011 (9.00am- Anjung 2) : Integrasi & Perpaduan Nasional
30 April 2011 ( 2.30pm- Anjung 1) : Politik Kontemporari Di Malaysia

Moge Allah berikan kecemerlangan dan ketenangan untuk menghadapi disaat-saat ini..amin.

Ok, bawah ni pulak nak kongsi sebuah lagu..spe xtahu?meh dengar..hehe..p rasenye ramai dh familiar dengan lagu ni..kan,kan..pepun,bile dengar lagu ni tersentuh je..huhu..(feeling xhabis2:D) lagu ni nynyian Tizz Zaqyah & Yassin..nnt nak kua drama Nur Kasih yang kedua..saye pun xthu bile..hu2..pepun drama ni salah satu drama yg saye suke..p yang penting kat sni saye nak kongsi lirik lagu NUR KASIH..moge kite dapat hayati:)





Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih


Seperti sebuah kehidupan, apa yang terjadi hari ini atau seterusnya kite tak tahu..dan setiap manusia ade kisah hidupnya tersendiri yang berbeza coraknya, tapi kite sentiase ade perancangan untuk memastikan ia diteruskan. Namun segalanya mengikut kehendak dan ketentuan dari Yang Maha Kuasa..dan sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dariNya iaitu Allah. Siapalah kite untuk melawan takdir sekiranya ia bukan apa yang kite harapkan, tapi Allah itu Maha Adil..dan Allah sayang pade hamba yang sabar dan benci pade hamba yang cepat berputus asa..banyak mana ujian dan kegagalan yang dihadapi jangan mudah mengalah, dan bangkitlah semula walaupun ia pahit, berusaha untuk mencari cahayaNya yang indah..dan Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba yang mencari cintaNya..tak percaya?jum teliti Surat Cinta oleh Allah :

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan-mu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, "Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." [Surah Al-Anfal : 9]

"Dan tidaklah Allah menjadikan melainkan sebagai kabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Mahabijaksana. "

LAGI....>>>
"(Ingatlah) , ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya , dan Allah menurunkan air(hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguhkan telapak kakimu (teguh pendirian)."

"(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman." Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang yang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap-tiap hujung jari mereka." [Surah Al-Anfal : 10-12]

Baikkan Allah,LAGI>>>

Cinta Allah itu adalah cinta yang tidak terbatas. Hakikat dan besarnya tidak bisa dipersamakan dengan kasih sayang siapa pun. Allah SWT berfirman, ”Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.” [Surah Al-A’raf :156].

Sebanyak apa pun dosa manusia, Allah pasti akan mengampuni, asalkan kita betul-betul bertaubat. Allah SWT telah berjanji dalam Alquran, ”Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan. Dia jika kamu berpaling, maka sungguh, aku takut ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat)" [Surah Hud : 3]

ok,sampai sini dlu..jike nak ditaipkan..terlalu banyak..huhu...AlQuran jelas diterangkan satu persatu...moge kite dalam Lindungan RahmatNya hingga akhir hayat..amin..doakan saye tuk peperiksaan didunia dan akhirat(^___~)

~~AKU BERSAMA KAMU~~ ♡♡♡
  • p/s : “Setiap Kita Di Dunia Ini Tidak Mahu Memilih Jalan Yang Derita, Hakikatnya Tanpa Usaha Keajaiban Tidak Akan Berlaku”
  • Kalau tulisan xjelas atau kecil (tekan ctrl +) yek..maaf atas kesulitan=)


Bismillahirohmanirrahim...

Assalamualaikum....

Rasulullah SAW bersabda :"Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai
perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki."

‎"Dari Ali bin Abi Talib (karamallah huwajha), sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah kepada mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila ia memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, maka tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama ada angin ataupun bumi yang menyapu mereka."


Menyedari hakikat keruntuhan akhlak yang memuncak ini wajib ke atas ummat Islam yang disebutkan ummat terbaik ini, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran..."Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah." (Surah Ali Imran: 110)...Bala Allah SWT tidak hanya kena pada mereka yang berbuat kemungkaran, tetapi kepada semua...termasuk mereka yang beriman..Jangan kita sntiasa berada di tahap orang2 yang "selemah-lemah" iman, iaitu mencegah dengan hati...Dalam satu kitab dijelaskan bahawa tahap selemah2 iman ini hanya boleh digunakan apabila fitnah dan maksiat sekeliling,kehidupan sekeliling dipenuhi kemungkaran, maka pada ketika ini, barulah kita hanya mampu mencegah dengan hati...kita jaga diri kita daripada kmungkaran tersebut...W/A [AIN SOLEHAH]

Dh lihat video di atas?( video dan kata2 diatas dipetik dari fb kawan,de nama die kat atas) video yang pertama,kite rase siape mereke?agame ape?dari negara dan negeri mane manusie2 tersebut?melayu?ye..melayu xsemestinya Islam..tapi xmustahil diorg memang Islam..mule2 sye tgk video ni..mmg xtertutup mulut saye dibuatnye,(terkejut) nak2 de name MISS PAHANG..?lagi menyedihkan bile ade artis Melayu dan Islam seolah2 m'yokong event ni?ade potensi?Ya Allah...mungkin sye ketinggalan perkare ni..saye jangkekan di Kuala Lumpur, di negara2 luar yang berleluasa perkare ni..tapi Pahang?(huhu...kampungku)...mati akal bile difikirkan..(Nauzubillah, xde niat nak aibkan mereka yg ada dalam video ini,cume untk pengajaran kite umat islam untuk memikirkan masalah yang melanda umat Islam masa kini)

Teringat kata2 Ustaz Rozaimi bin Ramle di Kuliah Maghrib " Bala akan diturunkan pade sume makhluk, bukan hanya kepade manusia yang membuat kezaliman..hatta ade yang sedang berzikir disebelah manusie yang zalim..die turut akan terkena". Sebab ape saye kaitkan dengan bala?sebab ini salah satu perbuatan yang dilaknat oleh Allah..!

Saye bukan prejudis,(tapi memang) tapi sedih..tidak dinafikan manusie dilahirkan dengan pelbagai rupa dan mempunyai gaya tersendiri..melihat kepada situasi ni,berkenaan tukar jantina..terdapat dua keadaan di mana seseorang yang dilahirkan dalam keadaan khunsa iaitu mempunyai dua kemaluan..dimana golongan ini akan cenderung dengan salah satu jantina tersebut.. boleh rujuk web ni (http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/01/13/18/)

Manakala satu golongan lagi saye boleh katekan pondan..Mereka ialah orang lelaki yang menyerupai wanita dari segi bentuk tubuh, pergerakan, percakapan dan lain-lain.Haram melakukan pembedahan untuk menukar jantina. Ini kerana perbuatan ini mendatangkan mafsadah atau kerosakan yang besar. Ia juga satu bentuk pencerobohan terhadap penciptaan Allah Taala hanya semata-mata kerana mengikut naluri yang palsu dan bohong.

Saya tidak berniat untuk bercerita panjang, mungkin daripda kite sudah tahu kisah2 di zaman nabi mengenai perkara ini, dan tahu pengajaran daripada kisahnya.. dan siapalah saya untuk menghukum dan menilai manusia2 ini..kerana Allah yang berhak ke atas mereka dan hanya Allah akan menentukan nasib mereka...cume kite sebagai sesama saudara dan sesama agama, saya hanya mampu sedih dan berdoa semoge kite semue diredhai Allah dan supaya Allah membuka pintu hati mereka untuk kenali TuhanNya (ALLAH) dan dilembutkan hati untuk ke jalan Allah yang Satu..amin. Dan tidak dinafikan juga, ramai kalangan wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita..semuanya dikatakan 'fitrah' bile perasaan bertukar seperti itu..dan kita tidak tahu apa perasaan mereka yang sebegini..ada sesetengah lelaki yang mempunyai naluri kearah 'kewanitaan' dan kadang2 ada yang mengatakan mereka lebih baik daripada wanita yang sedia ada..em..mungkin ini ujian bagi mereka untuk lalui perkara ini, dan bagi kita insan yang normal ini tidak boleh terus menghukum kerana kite tidak berada ditempatnye..dan pasti ade hikmahnya kenapa ini terjadi..sebagai kawan, sahabat, kite perlu bimbing hati2 golongan ini kepada TuhanNya dan bukan biarkan dan mengkejinya dan kerana sebab ini mungkin jadi mereka akan lebih terus hanyut dalam dunianya mati.Mungkin agak sukar..tapi insyaAllah, Allah sedia membantu..

Pepun,moge Allah jauhkan kite,keluarga, saudara, dan sahabat daripada penyakit ini..jauhkan dari segala perkara yang memberikan kemurkaan Allah kepada seluruh kehidupan kite..amin..


p/s : Cinta itu fitrah, tapi jika ia tidak berlandaskan kepada TuhanNya ia boleh jadi FITNAH..Yang membezakan kita bagaimana kite salurkan fitrah itu supaya ia ditunjangi Anugerah yang Indah..Nikmatnya hidup BerTuhan hanya kerana ALLAH SWT:)



Bismillahirohmanirrahim.....ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah masih diberi nikmat untuk menghirup udare dan masih bernyawa di bumi serba 'indah' ini...cantikkan gambar atas tu..huhu...minggu yang agak sibuk...bukan,bulan yang agak sibuk,huhu..pe pun biase la time lengang banyak kje yg kite tangguh, "ala xpe wt sikit2 dlu nak last2 bru kite speed"hehe...kelakar je..pastu mule la xleh nak tido malam coz kne siapkan kje2 yang tertunggak...mule la xlalu makan coz terbayang2 tugasan yang melambai2 diminta untuk dilangsaikan..huhu...pe pun jangan sampai ponteng kelas sudah..huhu...alhmdllh setakat ni tgsan sdh dilangsaikan..dikesempatan ini curi2 jgk mase tuk 'meng'update' diruangan ni...^^

baru2 ni saye berjalan2 mencari2 baju dan tudung baru..huhu..dah lame plk xmembeli..so g la shoping2 sikit..turun ke masjid jamek,uih..kat situ memang xsah klu x ramai orang..sesak dibuatnya..dan melihat2 juge keadaan manusie disekeliling…(MasyaAllah, Astagfirullahalazim…Laillahaillallah..Alhamdulillah….pelbagai tafsiran^___^ mencari...mencari...huhu...macam xde yg berkenan,susah jgk nak memilih..jalan..jalan lagi..terpandang colour tudung yang memanggg... nak sangat2..tgk...

"er..cik saiz pe ni?"kataku.. "o..tu saiz L.try la dik cantik colour tu..susah nak jmpe.."

saye pun just tgk2..

"em..cik de x saiz XL?"

"xde la dik,p dik try dulu ok ni padan gan adik"

"em...xpe la cik,mekasih yek.."berkire2 nak beredar..

"try la dulu dik" tanpe dipinta mak cik tu menyarungkan tudung tu di kepale ku..hehe...mak cik ni..try la jgk tkt terase plk mak cik tu..

"er...cik pndek....sye cari XL...hehe"

"eh ok gan adik, adik kecik je...klu labuh2 nnt macam selimut plk"

"haha..yg macam selimut tu saye nak, senang klu sejuk terus je boleh selimut..." automatik mulutku menjawab dengan gelak2 'kambing'..hehehe..dan de lagi lawak2 yang sempat saye kongsikan gan makcik tu sal tudung last2 mak cik tu pun gelak..and saye beredar dgn ucapan t.kasih pde mak.cik tu...

merata2 cari..kebanyakan mmg susah nak cari tudung yg berbidang 60' atau yang bersaiz XL..npe ye?klu ade pun limited..warne, jenisnye terhad xmacam yang bersaiz S,M dan L..dimane2 je mesti ade...kesian plk pade yg pencari yg limited tu..huhu...p xkisah la pakai je wrne pe2 asl kne tema..hu2..

em..kadang2 terkilan mungkin,dengan keterbukaan kite umat ISLAM...adekah kite tahu atau benar2 tidak tahu tentang kehendak agama yang dianutinye?adekah kite terlalu perlu mengikut fesyen, rentak advance budaye atau xnak nampak 'kuno' so mesti ikut arus pemodenan yang sampai boleh kite katekan membelakangkan hukum syariat Allah?

"ah..terime la kenyataan, yang hang tu xup 2 date..ala hang xpndai 'jangok' mmg la.."

adakah nak menunjukkan kite ni UP TO DATE kne ikut fesyen2 maaf kalau sye katekan yg boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita? baju ala2 baju adik, yang jarang..ketat sendat..er...MasyaAllah...saye rase kalian sendiri arif dengan pakaian2 sekarang..

Cube kite perhatikan ayat dari Surah An-Nur ayat 31 :

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar menjaga pandangannya , dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup KAIN KERUDUNG KE DADANYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURAT), Kecuali Kepada Suami, Mereka Atau Ayah Mereka, Atau Ayah Suami Mereka, Atau Saudara Laki-Laki Mereka Atau Putra Saudara Lelaki Mereka Atau Putra-Putra Saudara Perempuan Atau Para Perempuan (Sesama Islam) Mereka Atau Hamba Sahaya Yang Mereka Miliki, Atau Para Pelayan Laki-Laki (Tua) Yang Tidak Mempunyai Keinginan (Terhadap Perempuan), Atau Anak-Anak Yang Belum Mengerti Tentang Aurat Perempuan. Dan Janganlah Mereka Menghentakkan Kakinya Agar Diketahui Perhiasan Yang Mereka Sembunyikan. Wahai Orang-Orang Yang Beriman, Agar Kamu Beruntung."

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:


"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju merekam dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

"Ketika kami bersama 'Aisha r.a.,.. kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas bukan, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama 'glamour', peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai 'seru', pakaian 'taqwa' lebih baik, pakai tudung hanya syarat atau pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal.

Tidak pelik kalau masih ade yg hanye bertudung disebabkan fesyen sekarang, pakai hanye sebagai syarat ditempat kerja, majlis2 dan sebagainya (namun kite doakan dari situ akan beroleh keimanan untuk meneruskan pemakaian itu hanye untuk Allah)..Namun, masih ade juge yang mengatakan ‘hati tak terbuke lagi nak pakai’, ‘pakai wat pa, yg pakai tudung pun perangai xelok’ dan macam2 alasan lagi yang boleh kite dengar..

Berkenaan hati tidak terbuka : Sampai bile kite nak tunggu hati terbuke?Atau kite yg tidak mahu membuka?same juge klu kite katakan “oh…aku belum dapat hidayah” adekah untuk mendapat hidayah Allah itu kite hanye sekadar menunggu dan menunggu tanpa lakukan sesuatu?

“ Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-An’am : 125)

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…sama2 la kite memohon dariNya,jike kite tidak pernah lelah dan penat untuk memohon hidayah(petunjuk) darinya,insyaAllah…ganjaran kepada kite..berusaha,sebab usahe itu penting yang menunjukkan yang kite benar2 ingin mendapat pelindungan dariNya..Allah..jike kite tidak memberi ruang dan peluang dan berusahe untuk membuka hati, bagaimana Allah nak memberikan Nur Hidayah itu?senang bukan..kite buat kite dapat..adekah kite nak menjadi “orang2 yang disempitkan dadanya dan dikehendaki menjadi sesat?” Nauzubillah..jangan pernah fikirkan…jadi same2 la kite motivate diri ,mesti lakukan perubahan dan tidak hanye selesa dengan keadaan yang ade sekarang..Syariat Allah itu wajib..jangan lakukan hanya sekadar syarat..

Hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yg baligh adalah wajib dan mesti memenuhi ciri2:
*menutupi had aurat yg sudah ditetapkan
*pakaian yg longgar
*tidak jarang
*pakaian tidak menarik perhatian
*tidak menyerupai pakaian lelaki @ pakaian orang kafir
*tidak bertabarruj....(bersolek dimuka umum)

Manakala mengenai “ah..pakai tudung pun perangai xelok, xpakai tudung tapi hati baik..xhipokrit”

Em..yg ni buat sye tersenyum… perangai..em..siapela kite nak menghukum kan?jike ade yang berkate sedemikian same la anda mengata pada diri sendiri..kenape?seseorang yg memakai tudung dan tidak bertudung berbeze bukan..dan yang mane perlu kite dahulukan?tidak gune jike kite menjage hubungan dengan manusia dan makhluk dimuke bumi jike tidak menjage hubungannya dengan Penciptanya..Allah..yang bertudung insyaAllah usahe untuk mengikut Syariat Allah itu ade..( dan niatnye itu biarlah Allah yang mengadili) manakala yg tidak bertudung dan hanye bertudung sebab syarat?..adekah perlu hanye berhati baik dan tidak hipokrit tetapi tidak menjaga baik hati itu dengan Allah?...dan adekah lebih kecil jike kite hipokrit dengan Allah berbanding di depan manusie?Wahai manusie..yang mengadili kite nanti hanya ALLAH, yang meredhai kite hanya ALLAH dan yang memberikan pahala dan dosa itu juga Hanya Allah…jadi kenape kite lebih xnak hipokrit di depan manusie tetapi tergamak untuk berhipokrasi di depan Allah..kejarlah Redha Allah (yang menguntungkan) berbanding redha manusie yang boleh merugikan kamu…

Tetapi tidak dinafikan ade yang bertudung tetapi tidak bertindak sebagai muslimah (perangainya) Jika kite mampu,tegurlah..jike tidak doakan supaya tidak mencemarkan ‘gelaran muslimah’ itu dan paling penting dirinya ..dan bukan kejian dan cacian..seperti saye katekan tadi..siapalah kite nak menghukum?..bukan mudah untuk membentuk peribadi yang sempurna dimata2 manusia…dan tidak akan ade manusia yang sesempurna itu….dan mane yg tidak bertudung juge saye xkatekan die tidak baik..hanye Allah yang boleh menilai..dan jangan gunekan ‘hipokrit’ untuk kite tidak menunaikan Syariat Allah..mahu digolongkan di kalangan mana kite jike diberi pilihan ‘laksanakan Syariat Allah namun masih berusahe untuk memperbaiki tingkahlaku atau tidak melaksanakan syariat Allah, membelakangkan ketetapan Allah disebabkan dunia yang jelas mendapat kemurkaan Allah..” sungguh pilihan ditangan kite..

“Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Surah Al-‘Ankabut :45)

Jike solat kite tidak dapat menghindari diri kite daripada melakukan kemungkaran mahupun yg zahir atau batin..bimbang2 klu solat kite itu ade silapnya..kurang ‘ramuannya’, penjagaan pemakanan seharian kite dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah bahawa beliau berkata (yang bermaksud): Seseorang lelaki datang menemui Nabi, seraya berkata: Sesungguhnya si polan sering melakukan solat malam, namun pada keesokan harinya ia mencuri. Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya (jika solat yang dilakukannya benar), pasti akan mencegahnya daripada perbuatan itu”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Sesungguhnya..indah hidup jike layari kehidupan dengan menetapkan ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP…dan selalulah amik berat tentang syariat Islam..


p/s : 1) Surah Hud Ayat 34 bermaksud : "Dan nasihatku tidak akan bermanfaat bagimu sekalipun aku ingin memberi nasihat kepadamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu dan kepada-Nya kamu dikembalikan"
(jangan pernah lupe nasihatkan diriku..sehingga hatiku lebur dengan cinta Tuhanku...^^,)

2) Alhamdllh..wah...dah 499 follower...xperasan plk..spe yg bertuah jadi yang ke 500?hehe...moge2 ape yg disampaikan bermanfaat dan membantu sesame kite...insyaAllah^^


"Always Be There"