Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.
Segala puji bagi Tuhan pencipta alam. salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.
Moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari-Nya.
Alhamdulillah, masih dapat teruskan puasa di bulan Ramadhan di hari yang ke 25. Moga Allah berikan kekuatan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Moga-moga momentum Ramadhan masih berterusan untuk di akhir-akhir ramadhan utk bertemu Lailatul Qadar. Aamin.
Kadang-kadang hubungan kite lebih baik dengan sahabat, kawan-kawan, orang lain daripada kedua ibu bapa dan adik beradik sendiri. Kite lebih sanggup berkorban, menghargai dan menjaga hati orang-orang yang ada disekeliling kite berbanding menghargai ibu bapa yang dah lahirkan dan menjaga kite dengan kasih sayang sewaktu kite kecil sebesar tapak tangan.
Kite lebih cepat menyalami orang lain apabila bertemu daripada menyalami tangan kedua ibu bapa kite yang dah bergadai nyawa dan tenaga untuk membesarkan kite. Kite lebih mudah melupakan jasa mereka yang telah berdoa siang dan malam untuk pastikan kite berjaya dunia akhirat daripada jasa mereka yg baru kenal kite setelah kite besar dan yang belum tentu mendoakan kebaikan untuk kite.
Ibu bapa.
Mereka menerima kite semasa kite tidak punya apa-apa. Bermula daripada peringkat bayi. Bersih tiada dosa. Mereka menerima kite apabila tiada siapa yang percaya pade kite. Mereka berikan ape saja keperluan sewaktu tiada siapa yang ingin berikan kerana mereka tahu, kite adalah amanah dari-Nya. Kite tanggungjawab mereka. Dosa kite mereka tanggung. Mereka didik, jaga sehingga kamu baligh dan kamu mula menanggung dosa sendiri, mencipta dunia penuh pahala atau dosa sendiri.
Ibu bapa.
Allah berikan keadaan ibu bapa kite dalam bermacam-macam keadaan. Ada yang tidak mengetahui mengenai agama, ada yang fasih dalam hukum agama dan sebagainya. Ada ibu bapa yang tidak mampu berikan ilmu akhirat kepada anak. Tapi, itu tidak bermakna kite tidak perlu hormat dan menghargai mereka sampai bila-bila. Ada ibu bapa yang tidak mampu untuk berikan segalanya keinginan kita. Tapi, itu tidak menandakan kite tidak perlu memenuhi keperluan mereka, kite boleh mengabaikan mereka, kite tidak mengendahkan mereka. Lupakah kite, mereka bersengkang mata menjaga tatkala kita menangis dan sakit di malam hari?. Lupekah kita yang mereka sentiasa risau akan kite semasa kite berjauhan daripada mereka?. Kite lupe?.
Kite lebih mudah percaya, sayang, menghargai, sanggup berkorban demi orang yang baru kite kenal semasa kite sudah besar, sudah memiliki segalanya, kerja, wang sendiri, kereta sendiri, keluarga sendiri daripada ibu bapa yang mengenali kite yang naif semasa kite kecil, semasa kite tidak memiliki apa-apa. Mereka menerima kite seadanya. Mereka Ibu Bapa kite, orang pertama yang menyayangi kite yang memeluk kite, mencium kite, yang mengazankan kite.
Kite lupe akan jasa mereka setelah kite mengecapi nikmat Allah yang sementara ini? Kite lupe semua bakti mereka setelah kite perolehi kejayaan yang Allah berikan sekejap cume ini?. Kite lupe kasih sayang mereka setelah kite perolehi kasih sayang dan cinta yang menerima kite setelah kite miliki segala-galanya?. Kite lupe membalas jasa dan bakti setelah kite dapat berdiri sendiri yang sebelum ini ditatih dan dipimpin oleh mereka untuk mula-mula berjalan? Kite lupe? KAMU LUPA??.
Kite mendabik dada, mengatakan semua kejayaan yang kite miliki sekarang, kesenangan sekarang hasil usaha sendiri, tiada kaitan dengan mereka yang sudah tua, yang hanya ada pencen sahaja. Mereka tiada hak ke atas diri kamu sekarang. Kamu lupa, yang redha Allah itu terletak di atas redha kedua ibu bapa. Ibu bapa yang kamu abaikan sekarang. Seburuk-buruk mereka, seteruk-teruk mana didikan, sekurang-kurang yang keperluan kamu yang mereka sediakan, kamu Wajib taati ibu bapa. Kite wajib menjaga mereka sehingga akhiranya. Kite wajib mengingati jasa mereka, wajib menyantuni mereka, wajib mengasihi mereka. Kerana mereka adalah saham akhirat buat kita. Kite salahkan mereka kerana tidak menyiapkan keinginan kite sebaiknya, tidak memberikan ilmu dengan sebaiknya. Jika kite benar, pandai, mengapa kita tidak memberikan kepada mereka. Mengapa salahkan mereka sedangkan kita sudah mendapat akal.
Kite, sudah berkahwin mahupun masih bujang..tidak menjadikan alasan untuk tidak berbakti dan mentaati ibu bapa. Jika sudah berkahwin, sama ada suami ataupun isteri masih ada tangunggjawab terhadap ibu bapa. Suami, jangan halang isteri untuk mentaati dan membantu kedua ibu bapanya. Jangan halang, jangan sekat. Ibu bapa mertua juga adalah ibu bapa kamu buat suami. jangan pisahkan kasih sayang anak dengan ibu bapanya. Bukankah anak yang solehah itu adalah yang mentaati dan menyantuni kedua ibu bapa dan yang baik hubungannya dengan ibu bapa? Kecuali jika kamu inginkan isteri yang teruk hubungannya dengan ibu bapa yang tidak mempedulikan ibu bapa. Isteri, jangan halang, jangan sekat hubungan suami dengan ibu bapanya. lelaki yang bergelar suami masih juga ada tanggungjawab terhadap ibu bapanya terutama ibunya.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud:“Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)
Besar pengorbanan ibu, besar pengorbanan bapa dan besar pengorbanan anak jika sentiasa mendoakan dan mentaati kedua ibu bapa.
_____________________________________________________________________
Ramai sahabat-sahabat saya yang dah selamat melahirkan. Mereka dah merasai ape yang ibu mereka rasai. Mengandung, berpantang, Sakit-sakit badan, mual, berjaga malam dan sebagainya. Cuma masih belum merasai keadaan anak yang sudah besar.
Ikutkan ade beberapa kali tengok pengalaman akak dan kawan yang mengandung. Cume yang betul-betul beri kesan pada saya sendiri semasa saya ke kursus induksi bulan Julai lepas. Saye dapat panggilan dari seorang cikgu dari SK Padang Tengku, ingin tumpang utk pergi same-same ke cameroon. Tak berani nak drive katenya. Saya sebenarnya baru berkire-kire nak menumpang orang lain sebab tak berani jugak n kerete rosak bulan sebelumnya. Akhirnya Allah berikan kekuatan utk bawa keta. Time saye jemput dia di rumah, baru saye tahu yang die mengandung. Saye kire-kire kandungannya baru 5-6 bulan sebab masih larat berjalan. Tapi rupe-rupenya dah 8 bulan 31 Ogos ni due. MasyaAllah, semangat nak p induksi sarat-sarat macam nih? Istighfar panjang dibuatnye. Tahun lepas, dia dah dipanggil induksi tapi masa tu dia sedang mengandung 9 bulan jadi utk tahun ni dia teruskan jugak.
Ada 1 malam, kebetulan saya bangun utk melaksanakan 'tugas' kepada Allah dan selepas tu saye berkire-kire untuk melelapkan mata semula. Dalam samar-samar dan pening-pening lalat untuk tidur saya dengar suara "Aduh..Aduh..." n macam orang menangis. Ingatkan saya mimpi. Saya duduk diperbaringan dan amati suara tu rupenya datang dari bilik sebelah n terus saye berlari ke bilik sebelah sambil memanggil nama cikgu tu, rupenya cikgu tu mengerang kejang kaki. Dia menangis sambil pegang kaki yang tak dapat dicapai, terbatas dengan perutnya. Selepas diurut kakinya, dia kembali tenang. Masih teresak-esak. Sayu hati. Menangis urut kaki dia bayangkan itu kaki ibu saya. Dia ada menunjukkan perutnya yang merekah. Selalu jugak die kejang kaki malam-malam dan kadang-kadang dia kata dia hanya mampu nages dan tahan sakit. Dia jugak ada kate, yang bile dah mengandung, agak susah nak jaga badan, badan makin besar, badan sakit-sakit, kaki bengkak-bengkak, malam dah xcukup tidur dan sebagainya.
Besarnya pengorbanan ibu. Tak patut langsung anak tak hargai pengorbanan ibu. Tak patut. T_T Besarnya juga pahala ibu di sisi Allah. Sebab itu syurga di tapak kaki ibu. Sebab itu Allah tinggikan darjat ibu. Sewaktu melahirkan umpama 200+++ tulang yang dipatahkan utk mengeluarkan seorang khalifah Allah daripada rahim yang suci. Dan meninggalnya seorang ibu sewaktu melahirkan juga umpama mati dalam syahid. MasyaAllah..Sebab itu, orang yang berhak ke atas lelaki walaupun sudah berkahwin adalah tetap ibu kandungnya, kerana lelaki tidak akan pernah merasai kesakitan seorang ibu yang melahirkan. Berbanding wanita yang menjadi isteri, akan juga menjadi seorang ibu. Isteri yang akan menjadi syurga buat anak-anaknya. Yang akan merasai ape yang ibu mereka rasai. Saham Isteri adalah daripada suaminya.
Pengorbanan ibu bapa tidak dapat dihuraikan satu-persatu. Banyak dan tidak bernilai jika digantikan dengan berlian sekalipun. Sedih buat mereka yang mengabaikan perasaan ibu dan bapa.
Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Berikan syurga kepada kedua ibu bapa kami.
Hindari daripada keburukan dan kejahatan.
Hindari daripada azab kubur dan api neraka.
Hapuskan dosa-dosa mereka.
Berikan rezeki yang baik lagi halal buat ibu bapa kami.
Jadikan kami anak-anak yang taati, soleh, solehah buat mereka.
Jadikan hati-hati kami sentiasa bertaut keranaMu.
Jadikan kami anak-anak yang redha atas keadaan ibu bapa kami.
Permudahkan kami untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kami.
Lapangkan dada kami untuk redha dan sabar dengan kedua ibu bapa kami.
Jadikan kami anak-anak yang menjaga mereka semasa mereka susah.
Jadikan kami anak-anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat ibu bapa kami.
Jadikan kami anak yang baik buat mereka.
Sayangi mereka sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.
Aameen, aammen ya Robbal Alamin...