_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
”setiap dugaan yang datang perlu dihadapi dengan tabah hati dan sabar. Ujian ini diturunkan untuk menguji keimanan manusia, oleh itu maka, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5)
Pohon semalu, memang pemalu. Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah RA. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu." (HR Thabrani)
Sabda Rasulullah SAW:
Malu dan Iman itu adalah teman seiring jalan. Jika satu di angkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.
Kaki ini seakan teruja, seperti mengetahui pemilik kaki ini ke destinasinya. Seperti biasa..hati ini damai pabila menatap lembaran dan buku-buku yang tersusun rapi di kedai buku, indah ditatapan kulit-kulit buku yang tersedia. Tangan ini, seakan ingin mengambilnya tanpa memikirkan coretan dan kandungannya. Hati ini seakan ingin memilik seluruh buku yang ada. “Alangkah seronok jika ada perpustakaan yang dipenuhi buku-buku ilmiah ini di rumahku” . Aku meneliti satu persatu tajuk dan synopsis buku-buku yang sempat dijangkaui tangan dan mata. Seakan menqada’ masa-masa yang dulu aku hentikan untuk menuntut yang utama. ‘Ah, novel..lama tidak membaca kamu”. Sebelum beredar, walaupun tidak mampu aku miliki kesemuanya, akan ada satu yang miliki..”yang lain, moge bertemu dilain waktu dan moge aku dapat memiliki kamu” .
******************************************************************************************
Aku menatapi buku-buku itu dan tidak hiraukan bilangannya. Ingin membaca…Bingung barangkali…yang mana harus aku “pilih”. Satu persatu aku susunkan ia…adakah buku yang aku ‘jumpai’ atau buku yang ‘tidak pernah aku jumpai’ di “kedai buku” yang mana hatiku disitu. Benar rungsing. Tamakkah aku, yang dulu ingin Kau hadiahi kepadaku ‘buku’, walaupun yang Kau berikan sekarang tidak terlintas untuk aku memilikinya. Disepanjang 'perjalanan' , kini aku menatapi 'buku-buku' baru ini. Aku tahan dari mengeluh..berat, aku usap mukaku dengan namaMu Ya Rabbi, Ya Rahman. Allah masih mengujiku. Besar KurniaanMu dengan menghadiahi ‘buku-buku’ yang terbaik untuk aku. Namun, ‘buku-buku’ yang Kau pinjamkan itu berlainan si pemiliknya…dan aku tak boleh untuk menerima semuanya. Aku lihat satu persatu. Allah masih menguji. Moga aku tabah hadapinya.
Aku bangun dan melihat buku-buku itu dengan pandangan sayu..lalu aku ambil satu dan melangkah pergi. Aku sahut ujianMu, kerana aku yakin Kau sentiasa bersamaku. Moga pilihan itu tepat. Selamat Tinggal…