Assalamualaikum wbt.
Messy room, messy living room messy all in house. Huh. Kedatangan hari Jumaat semalam sangat2 melegakan untuk berehat dan melepaskan lelah. Hari sabtu sekurang2nya dapat melupakan segala kerja di sekolah yang ada walaupun setiap masa wassap sekolah asyik berbunyi. Tak apalah kita ambil yang perlu dan malas nak beratkan fikiran.

Kat rumah biasalah berperang dengan anak2 gigirl. Ikutkan penat Allah ja yang tahu. Tapi itulah kehidupan. Syukur. Kat rumahlah anak2 nak bertanya itu ini minta kita buatkan itu ini nak belajar itu ini. Dalam dunia mereka sekarang hanya ada kita ibu bapanya dan orang rapat disekeliling mereka. Mama doa moga mama sentiasa jadi mama yang baik. Walaupun memang tak dapat nafikan terjerit marah tu memang ada. Haih... ๏ค•
Kalau kepala serabut dan penat ni memang kena lebih2 dekat dengan Tuhan. Kena tambah2 doa pada Allah. Allah janganlah aku melampaui batas terhadap anak2 mereka tidak tahu apa2. Sitambah pula dengan sakit kepala Sebenarnya anak2 ni boleh je ikut cakap kalau kita yang besar ni terlebih dahulu rasional. Kadang2 anak menjerit menangis nakkan sesuatu, kdg2 kita pun duk ikut intonasi depa juga sebab tu keadaan jadi lebih tegang dan akhirnya ada makpak yang terlepas tangan or denda sampai hilang kawalan. Kalau mama, bila anak mengamuk mama selagi boleh jauhkan daripada anak dahulu, tenangkan diri dalam 1-2 minit lepas tu explain bebaik dekat anak2 kenapa tak boleh, kenapa macam ni kenapa macam tu. Slow talk, perlahan2 bagi diorg respond tetang penerangan kita dan baru bagikan cadangan.

Kakak tadi nak pakai baju tapi baju yang di ambil baju untuk keluar berjalan. Mama tak bagi, mama suruh ambil baju untuk dirumah. Dia tetap nak baju tu. Ikut senang mama bagi je dia pakai. Tapi mama nak dia tak biasakan dapat apa yang dia nak, dan tak semua yang dia pilih tu betul. Dia apa lagi wawawawawawawa...
Sampai khadeejah pun bangun tido.  Mama marahla juga, sebab sebelum ni kakak dah tahu mana baju jalan mana baju tido dll.  Lepas tu mama tinggal dia di luar bilik dan mama dodoikan deeja. Biarlah dia lepaskan kegeraman dia dahulu. Last lepas die jerit2 menangis dia dah stabil dia merengek sebelah mama. So emosi mama pun dh stabil masa tu mama pun bagitahulah. Kakak itu baju jalan2 nanti abi balik baru kita pakai baju ni, kalau pakai sekarang nanti nak jalan dah bau busuk. Kakak tak suka kan baju busuk? Kakak faham tak? Time ni dia akan diam je dan dengar sambil mata kebil2. Faham katanya.  Kakak pakai baju ni dulu sebab nanti kakak nak main2 dulukan, berpeluh.. Nak keluar nanti kakak pakai baju ni, baju ni simpan dulu ok? Terus dia ok mama dan back to normal macam tak pernah ada isu baju tadi Alhamdulillah. Nak tak nak mama... Pleasela releks huhu... Berat sungguh kadang2. Moga Allah bantu.

Jadi sekarang emosi dah semuaaa ok, tunggu abi balik. Nenek bagitahu nak masakkan gulai lemak ikan ayee..sebab minggu lepas mama masak tak menjadi.. Haha... Ikutkan hati nak ja balik lipis sekarang tapi apakan daya meraikan kenduri pengasuh anak dan abi berkerja hari ini. Kampung lipis adalah salah satu tempat yang boleh merelekskan mama. Bila penat, stress balik lipis memang rasa tenang dan legaa. Sangat free and freedom bile kat sana. InsyaAllah next time.


Orite, nak bersiap pergi kenduri. May Allah bless us.


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt. Semua orang perlu masa bertenang, masa rehat,  masa melepaskan lelah dan masa untuk cas semula bateri diri  supaya dapat merefleksi kembali dan mendapatkan kembali diri yang lebih baik.

Hari2 yang dilalui ada naik turun pasang surut emosi. Recharge soul time adalah salah satu masa yang saya sangat10x suka. Masa ini suami dan saya akan sama2 berbincang, menasihati, merefleksi diri melapangkan hati dan menjiwai kehidupan yang dilalui. Recharge soul time ini sama ada kami bersama anak2 atau hanya kami berdua sahaja, dua2 kami lakukan. Selalunya selepas solat atau sebelum solat atau bila2 masa semasa dirumah. Kami akan sama2 bertanya satu sama lain. Letih, penat, Marah, merajuk, terasa, kebaikan yang perlu diteruskan, kelemahan yang perlu dibaiki dan sebagainya. Masa ini banyaknya saya menerima nasihat dan bimbingan suami,  rasa sangat tenang dan gembira. Saya tak nafikan semenjak dua ini saya agak stress dan sangat tertekan. Allah uji dengan anak tidak berapa sihat, diri sendiri yang selalu juga penat dan tidak sihat, datang sekolah selalu lambat dan sebagainya. Huhuu datang lambat๐Ÿ˜“ lembik!

QS 2.Al Baqarah:286
ู„ุงَ ูŠُูƒَู„ِّูُ ูฑู„ู„َّู‡ُ ู†َูْุณًุง ุฅِู„ุงَّ ูˆُุณْุนَู‡َุง ู„َู‡َุง ู…َุง ูƒَุณَุจَุชْ ูˆَุนَู„َูŠْู‡َุง ู…َุง ูฑูƒْุชَุณَุจَุชْ ุฑَุจَّู†َุง ู„ุงَ ุชُุคَุงุฎِุฐْู†َุข ุฅِู† ู†َّุณِูŠู†َุข ุฃَูˆْ ุฃَุฎْุทَุฃْู†َุง ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„ุงَ ุชَุญْู…ِู„ْ ุนَู„َูŠْู†َุข ุฅِุตْุฑًุง ูƒَู…َุง ุญَู…َู„ْุชَู‡ُ ุนَู„َู‰ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู† ู‚َุจْู„ِู†َุง ุฑَุจَّู†َุง ูˆَู„ุงَ ุชُุญَู…ِّู„ْู†َุง ู…َุง ู„ุงَ ุทَุงู‚َุฉَ ู„َู†َุง ุจِู‡ِ ูˆَูฑุนْูُ ุนَู†َّุง ูˆَูฑุบْูِุฑْ ู„َู†َุง ูˆَูฑุฑْุญَู…ْู†َุข ุฃَู†ุชَ ู…َูˆْู„َู€ٰู†َุง ูَูฑู†ْุตُุฑْู†َุง ุนَู„َู‰ ูฑู„ْู‚َูˆْู…ِ ูฑู„ْูƒَู€ٰูِุฑِูŠู†َ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Masa ini juga dapat sama2 luangkan masa,dan sebagainya. Moga kami sentiasa manfaatkan masa bersama2 berpegangan tangan, berpelukan dan sentiasa dalam suka dan duka. Aamin๐Ÿ˜Š
InsyaAllah, jumpa lagi. ๐ŸŒท

Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.

Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.

Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, "OK ke?"

Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.

Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.

"Ada apa ni?" tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.

Jawab isteri, "Penat... Sebab penat."

Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?

"Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye," pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.

"OK," jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.

Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.

Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.

5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.

Saya tak faham apa kaitan kepenatan  dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.

Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.

Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.

Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.

Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.

Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.

Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
11/07/2018
#InspirasiDrSyahr #KisahSuamiIsteriDrSyahr #KeluargaDrSyahr #MemahamiIsteri #MemahamiWanita

Update: Boleh #SHARE. Diizinkan 100%.

Disebalik mama yang lemah ,
Ada abi yang gagah.

Disebalik mama yang cepat marah,
Ada abi yang penyejuk ceria.

Disebalik mama yang berkulit sawo matang,
Ada abi yang senyumnya manis.

Disebalik mama yang gemuk dan rendah,
Ada abi yang kurus dan tinggi.

Indahnya ciptaan Allah.
Melengkapi dengan kepelbagaian ciptaanNya. Mengenali, memahami, mempelajari dan melengkapi antara salah satunya. ๐Ÿ’Ÿ Kekalkan kami sampai syurga. Aamin3x ๐ŸŒป

#mylifemyjannah

Assalamualaikum wbt.
Salam Syawal ke... Hehe..
Moga sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk berpuasa 6 dan ganti masih sempat melakukannya di bulan syawal ini. (saye la tu.. Huhu)
Alhamdulillah syukur. Masih bersama orang2 tersayang. Diuji semakin kuat dan melepasi saat genting. Allah Maha Besar. Maryam Mardhiyyah dikejarkan ke klinik selepas dia tidak sedarkan diri akibat demam panas. Alhamdulillah maryam kembali sedar dalam perjalanan ke klinik. Setelah itu mama dan abi terus membawanya ke hospital untuk rujukan lanjut.
Akibat tiada salasilah deman panas dan sawan, doktor menyarankan untuk bermalam di hospital untuk pemantauan. Tinggallah abi dan maryam di wad walaupun mama memang ingin bersama maryam. Tapi mengenangkan Khadeejah masih bf dan stoknya tiada dirumah mama terpaksa pulang bersama khadeejah dan kakak aisya lewat pagi. Kembali pada keesokkannya. Alhamdulillah semua kembali normal. Maryam sudah tidak demam, kembali aktif dan makan seperti biasa. Tapi doktor meminta lagi untuk bermalam kali seterusnya untuk pemantauan 24j. Bermalam lagi maryam dan abi di wad. Kesian..memandangkan keadaan wad yang agak padat, semua yang bermalam pula para ibu. Ketidakselesaan buat abi dan para ibu dan lain. Minta maaf abi, dan para ibu yang lain. Abi keluar sebentar setelah maryam betul2 lena untuk berikan keselesaan kepada ibu yang lain.
Alhamdulillah setelah pagi, mama sampai..abi menguruskan diri.  Doktor datang periksa akhirnya syukur dah dapat keluar seawal 9.30pagi. Mama terus bawa maryam mandi dan bersiap. Tapi memandangkan ramai doktor2 praktikal nak bersembang dan jalankan sedikit ujian dengan maryam. Mama raikan sahaja. Alhamdulillah maryam pun ok.
Sesampai dirumah, kakak pula demam mungkin kepenatan dia berulang ke hospital dua hari ni, dan pengudaraan di hospital, dan mama abi bawa ke klinik. Alhamdulillah ok cuma perlu dipantau. Dan akhir sekali mama pulak demam.. Haha.. MasyaAllah tahun ni kuat sangat ujian demam.
Walaupun mamaabi sedaya upaya menjaga keperluan anak2 dari segi permakanan, persekitaran, kita tidak dapat elak perkara2 lain yang boleh berlaku. Anak2 alhamdulillah suka dan selalu makan sayur, buah, minum susu, tidak makan jajan dan gula2 kecuali biskut, aiskrim. Pun antibodinya masih belum kuat,lemah dan tidak cukup untuk melawan virus yang berlegar dalam udara. Betapa tercemarnya udara. Sekarang mama cuba cari vitamin tambahan seperti scott imotion yang cecair. Perlu tambahkan kuantiti susu dan protien. Ikutkan daging memang kurang makan. Kerap ikan dan ayam. Rupanya daging juga bagus untuk anak2. Moga Allah berikan kesembuhan penuh kepada kami. Syukur abi kuat dan moga diberi kesihatan yg berpanjangan untuk jaga kami.. Aamin.. Hehe..
Ya Allah lindungilah kami semua. Aamin.

Assalamualaikum wbt. Salam Lebaran Hari Raya 2018. 🎊🎆

Semalam balik ke rumah kami syurga kami setelah beraya di sekinchan, kuala lipis. Seminggu sebelum raya semuanya demam Alhamdulillah kini beransur baik dan sihat.

Hari ni, mama set nak siapkan, selesaikan dan habiskan menanda kertas tasawwur islam. Huh... Lame juga ambil masa nak menanda utk kertas 2. Memandangkan ini first year mama ajar paper TI. Ambil masa untuk menanda kertas asyik nak belek skema utk bagi markah.

Pagi2 mama dah siapkan nasi dan lauk basuh baju. Tinggal nak jemur. Kakak Aisya bangun terus mandi n sarapan. Tak lame Khadeejah pulak bangun merengek nak susu dan siap susu terus mandikan kot2 die nak sambung tido lagi. Rupenya tak. Main la dulu... Blabla.. Maryam bangun. Sekarang macam liat pulak maryam nak mandi, bile ajak cakap tak nak xnak.. Siap lari2.. Hui..makan la dulu siap makan angkut jugak masuk bilik air walaupun dua kali keluar masuk menangis menjerit.. Haihh la anak... Siap mandi..tengok cerita karton diorg.. Khadeejah gaya macam nak tido, susukan dan masukkan dalam buai. Sebelah tangan masih berpen merah utk menanda.. Enjut buai, maryam datang.. biasa memang maryam pantang mama masuk bilik mesti die pun ikut, dalam kalut deeja merengek dalam buai maryam datang menyempee nak buai jugak.

Maryam nk buai Deeja buleh tak.
Maryam jangan kacau, baby nak tido.
Maryam nak buai jugakkk...
Mama nak tidokan Deeja ni, mama nak sambung buat keje.
Maryam nak jugak. Haihhh...

Mama dah berangin sikit.
Nahlah maryam buai nak buai sangatkan mama xnak buai. Terus mama bagi buai pade maryam. Maryam pun terkebil2 mata tengok mama. Mama terus menanda kertas buat tak tahu. Khadeejah dh meronta2 dalam buai menagis sebab tak berbuai2 buaian tu😅

Ekor mata mama tengok je maryam. Apa dia akan buat.

Baby,jangan nages.. Shushushu...
Maryam buai ni.
Lailahaillallah.. Lailahaillallah... Laillahaillallah.. Muhammadurrasulullah... Diulang2.

Insaf mama. Mama tarik nafas sambil bermonolog dalam diri. Patut mama ajar maryam cara buai. Buat sama2 tidokan adik. Nanti maryam boleh tolong mama jaga adik.. Ni tak, marah pulak anak nak tolong kita nanti dia tak nak tolong masa kita minta tolong baru padan muka mama. 

Mama pun dapatkan maryam dan buai, sama2 buai Khadeejah sampai tido. Alhamdulillah. T. Kasih maryam. Macam tula setiap hari emosi mesti, perlu urus dengan baik supaya anak2 tak terpalit kesan negatif emosi si ibu. Mama minta maaf maryam. Baik maryam nak tolong mama. Maryam mudah dan cepat belajar. Apa yang mama cakap mudah faham dan ikut. Copy paste sebijik ayat mama. Harap mama sentiasa cakap baik2 yang baik2 dan yang positif. Mama sayang maryam. Maafkan mama kadang2 tak kawal emosi dan marah2 maryam. Moga maryam jadi anak solehah dunia akhirat mama. Aamin.. Sayanggg Maryam Mardhiyyah 💗😘

Tinggal 8 skrip lagi.. Whoiooo chaiyok!!

Assalamualaikum  wbt.

Moga semua sihat dalam rahmat Allah.
Hari kedua berpantang dirumah sendiri.  Alhamdulillah  masih ok walaupun huru hara sikit dengan anak-anak. Haha.. Semalam tak smpai separuh hari dah ngamok2 wassap suami cakap stresss... Haha.. Sabor jela.  Minyak,  stoking tah kemana tak sempat nak pakai bagai.  Suami balik2 gosok2 kepala tenung buat muke kesian. Terus kemas masak dll.  Haha tu lagi kesian. Actually  dah masuk hari ke 35. Hope makin sihat dan kuat.  Nanti dah mula kerja lagiii la maha hebat.  Moga semuanya baik2.  Aamin..

Zaman yang makin bertambah angkanya membuatkan kita semakin mengejar2.  Kewangan yang makin lama makin meningkat dan mahal.  Walaupun kami berdua berkerja dan mempunyai pendapatan,  kadang-kadang keperluan dan pengeluaran setiap bulan melebihi daripada pendapatan.  Namun alhamdulillah  kami masih dalam keadaan selamat,  maksudnya masih survive  dengan yang ada.  Cukup.  Alhamdulillah. Tapi saya dari dulu memang teringin nak berniaga.  Tapi malu dan tak tahu mana nak mula. Bila dah kawin,  suami suh cube berniaga dan survey  apa yang patut.  Tapi biasala saya cukup kuat mencari alasan. Haha.. Macam mana la nak mula? Haih...

Jadi moga di awal tahun 2018 ni kami dapat cari stand untuk kami mula bisness.  Tak kisah la apa-apa janji selamat,  halal dan membawa kebaikan.  Teringin juga nak sahut seruan Nabi Muhammad saw.  9 punca rezeki salah satunya daripada perniagaan.  Jadi.  Mohon doa,  dan moga kami kuat dan lebih dekat dengan Allah supaya Allah memudahkan dan memberikan kami jalan,  apa yang perlu diniagakan. Moga Allah berikan ilham,  strategi untuk perancangan2 kita.  Aamin. 

Support mama ok? T. Kasih😊😇
Ok,  by peace.  Assalamualaikum 😘

Assalamualaikum wbt...

Perlunya amal kebaikan untuk kita lakukan dalam kehidupan Kita. Moga segala amalan itu dapat kekal Dan membantu Kita diakhirat kelak.

Bila dah berkeluarga, ada anak-anak, ia merupakan satu perubahan yang sangat-sangat besar dan cabaran yang Maha Hebat daripada Alah SWT. Bagaimana Cara hendak membawa diri, ahli keluarga sama-sama mencintai Allah, Rasulullah saw, mengenali Quran, berakhlak baik dan mencintai agama Islam sepenuh jiwa dan raga. Memperteguhkan Iman dan membentuk diri dan anak-anak mengikut acuan Al Quran.

Membaca buku, menjiwai ilmu dunia dan akhirat, membasahi lidah dengan zikrullah juga salah satu perkara yang sangat-sangat dicemburui waktu. Saya perlu mencari masa mempersiapkan diri , meneguhkan diri untuk melakukan ini semua supaya Saya sendiri dan seluruh ahli keluarga tidak hidup dengan jiwa yang kosong dan sia-sia.

Moga Allah bantu menghidupkan roh kami supaya sentiasa berada dalam redhanNya. Betapa besarnya harapan saya untuk menjadi dan melahirkan insan-insan yang berguna untuk agama dan untuk kebaikan masyarakat dunia dan akhirat. Moga Allah redha dan tunjukkan Jalan. Sungguh Saya adalah insan yang sangat2 kerdil dan banyak yang perlu belajar.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Tunjukkan jalan yang Kau redhai dan bimbinglah kami untuk menjadi insan yang berguna dunia Dan akhirat. Tingkatkan Iman kami dan berikan semangat dan kekuatan kepada kami untuk membuat kebaikan. Aamin...




Assalamualaikum wbt...

Tenang-tenang hati dan jiwa,
Buat hati sentiasa gembira,
Hati-hati pabila gembira,
Bimbang terlupa jiwakan duka.

Fikiran kosong melayang-layang,
Buat hati bertambah sayang,
Hidup perlu sentiasa berjuang,
Moga pulang kepadaNya hatikan senang.๐Ÿ’–

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwakan tenang..."๐Ÿ’‘



Moga Allah kurniakan kebaikan untuk keluarga Kita seluruhnya. Aamin.









Saya kira orang yang sentiasa menonjol, menyerlahkan sesuatu dan menyatakan sesuatu secara terbuka itu, orangnya indah, romantik, dan menyayangi. 

Namun jelas ianya tidak.

Suatu hari, si isteri menyoal imamnya si suami.

Abang, adakah kamu , menyayangi aku?
Ya sayang, , mengapa kamu menyoal itu?
Sayang tidak pernah lihat kamu menulis mengenai aku dimana-mana.
Aku ingat tiada yang indah mengenai aku sepanjang bersamamu?

Dan si isteri memeruskan persoalan-persoalan yang bermain di benaknya persis si anak kecil.
Lantas, si suami hanya tekun mendengar tanpa suara namun senyuman sentiasa terukir dibibirnya sambil merangkul erat bahu si yang tercinta.

Selesai si isteri mengutara pendapatnya. Si suami menyambung bicara.

"Sayang, apa yang kamu nyatakan itu mungkin dapat membahagiakanmu tapi hanya sementara. Untuk mendapatkanmu ia bukanlah sesuatu yang mudah. Kamu satu dalam berjuta. Dan abang berjanji untuk menjagamu bukan sekadar di dunia, malah membawamu ke syurga. Menonjolkanmu, memdedahkan dirimu kepada khalayak umum, membiarkan mata-mata melihat kamu tanpa perlu, berkongsi cantiknya kamu dengan yang lain tidak bisa abang lakukan. Kerna kamu hanya untuk abang. Tidak pernahkah abang mengucapkan sayang, ucapan setiap kali hari istimewa, mohon maaf dan terima kasih atas apa yang sayang lakukan selama ini?. Si isteri tekun mendengar bait suaminya. Benar antara kami, dialah yang dahulu mengucapkan selamat, tahniah dan sebagainya.


"Biarlah indahnya dirimu hanya abang dan Allah yang tahu. Abang sudah berjanji dengan Tuhan kita untuk menjauhkanmu dari api neraka. Abang bimbang jika abang yang menyebarkan gambarmu, mengucapkan kata-kata manis untuk tatapan umum bisa menjatuhkan kita kepada fitnah. Gambarmu bisa dicuri buat tatapan orang yang kita tidak tahu isi hatinya. Abang tidak ingin berkongsi dirimu dengan yang lain. Akhir zaman sayang..kita berusaha membina sakinah mawaddah warahmah di dunia jangan diakhirat dengan perbuatan kecil kita yang kita anggap ia biasa-biasa merugikan kita diakhirat kelak, nauzubillah sayang ". Lainlah jika sayang ikut abang ke majlis mana-mana macam family day dan sebaginya, abang berbesar hati memperkenalkan sayang pada kawan-kawan abang. Yang kita cari redha Allah bukan, bukannya redha manusia. Belum tentu yang membaca  apa yang kita tulis turut mendoakan kebaikan boleh jadi mendoakan sebaliknya. Jadi jangan jauh hati dan sedih ya, tak penting sayang sebab abang akan menghargaimu setiap masa. Buktinya ada pada sayang." 


Si isteri menunduk pilu, semuanya benar. Semua rasa bersatu. Bahagia, indah, sayang, dikasihi, dilindungi, dijagai dan semuanya. Walaupun si isteri tidak menyambutnya di muka pintu ketika pulang dari kerja, si suami yang beria mencari si isteri di dalam rumah. Mengusap rambutnya kerana kelelahan berkerja. Sedangkan jika si isteri menyambut si suami dan menghulurkan secawan air pahala untuknya bukan si suami. Bila si isteri membentak menarik muncung pendek akal bukan si isteri yang menghulur tangan malah si suami berbicara lembut merasionalkan si isteri sambil memohon maaf mengendurkan ketegangan. Ah banyak sungguh yang dah dia lakukan dan tak perlu ditonjolkan. Dirimu cerminan kamu. Jangan disebabkan kehendak dunia kamu terpesong tak tentu hala. Ingatlah tujuanmu kerana Allah. Jadilah wanita yang berbahagia yang memiliki suami yang menjaga luar dan dalamanmu. Menggenggam erat rahsiamu untuk Tuhanmu. Ish...tergoda dengan dunia. Aku menepuk dahi beristighfar!! 

Sayang, kamu Limited Edition! Kamu diciptakan untukKU ๐Ÿ’‘
~Memori3tahunpostdiFb

Alhamduillah :)<3 span="">



Astaghfirullahal'azim..Alhamdulillah.
10 Hari berlalu.
Masih terlalu awal.

2 tahun yang lalu.
Masanya agak panjang.
Tanpa suara, tanpa bertentang mata.
Tanpa berjalan mesra berdua.
Tanpa mengetahui dia bagaimana.
Hanya bertanya tentang agama dan pergaulannya saja.
Perbincangan pula asyik dingin sahaja.
Entah kekuatan dari mana.
Memilih yg tidak dikenali membuka mata.
Mereka kata aku gila agaknya.
Dia yg dirasa seperti menyampah saja.
Kini menjadi suami yang tercinta.
Oh..itulah nikmat cinta selepas nikah rupanya.
Oh..itulah janji Allah kepada dua hambanya yg setia.

1 tahun yang lalu.
Tidak sibuk menukar rasa cinta.
Tidak rasa ingin berjanji hanya kaulah segalanya.
Yang ada cuma mempersiapkan diri dengan,
Usaha, keyakinan, Ilmu, doa & TAWAQAL.
Jadikan diri sebagai hamba Allah yang mencari hanya redha-Nya saja.
Ego membuatkan diri rasa kau bukanlah sesiapa.
Tapi, ia luntur selepas terungkapnya Lafaz Sakinah dari hatinya.
Daripada suami yang sah lagi halal di dunia & akhirat hingga Syurga.
Allah campakkan rasa cinta kepada keduanya.
Yang dulu jauh berjuta batu, kini tidak lagi.
InsyaAllah. Himpunkan kami dalam RahmatMu Ya Allah...Aameen.
 — feeling blessed




Bismillahirrahmanirahim.

Assalamualaikum wbt.๐Ÿ˜‡

Aku mencari-cari usrah. Bulatan gembira yang lamaa aku tinggalkan. Suasana damai tenang di jiwa. Rindu. Rindu, sebak.

Rupanya ia ada di dalam rumahku sendiri. Selepas solat berjemaah bersama. Merajuk. Selepas makan sepinggan. Membesarkan anak-anak. Berjalan, memasak di dapur, mengemas rumah, dan semua di dalam rumah. Call dan pesanan ringkas semasa bekerja. Setiap masa, ada "usrah".

Kami memujuk, bersembang, berkongsi, bertukar pendapat dan fikiran, menenangkan dengan baris-baris ayat, merasionalkan kematangan, membantu, menyokong dan sebagainya untuk mengukuhkan binaan yang dibina.

Tujuan "binaan" kami ingin bersama masuk syurga Allah atas tiket berkasih-sayang. Allah meredhai keluarga kami.

Bukan ingin mengantikan sekiranya prestasi antaranya tidak memberangsangkan. Meninggalkan ketika salah seorang kecundang atau tersasar. Membiarkan pabila salah seorang remuk, busuk, jatuh, dan sebagainya. Tiada rasa tercabar untuk ahli usrah aku. Kerana aku hanya perlu kamu.

Gantian itu tiada. Kerana dalam doa hanya ada kami. Aku dan Kamu. Noktah. ๐Ÿ’–

Usrah aku, bersama si dia dan khalifah kecil kami bertambah gembira. Kerana kami saling membantu. Malah kami bertambah gembira. Bertambah sayang dan bertambah cinta antara kami.

Namun dalam membina untuk kukuh. Kesilapan dan masalah adalah ujian besar bagi kami dan semua manusia. Kerana kesempurnaan itu bukan dari manusia. Allah mengajar, melatih daripada itu untuk lebih berusaha. Itulah membuatkan kami bertambah rasa cinta. Manusia, memang akan belajar dari kesilapan. Allah hantarkan Aku dan kamu saling untuk membantu. Kerana itu, kita bersatu.๐Ÿ’ช Kami saling mengetahui kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Dan aku memang perlu kamu, ahli usrahku.

Aku. Cintakan Allah kerana mengizinkan aku melayari pengalaman indah bersama ahli usrah ini. Moga Allah sentiasa kekalkan sakinah, rahmah dan mawaddah dalam kehidupan kami untuk menuju destinasi abadi.๐Ÿ’

Aamin.




InsyaAllah. Aamin.
1.03am.
AkmaKasim.

#bersambung.

Assalamualaikum wbt..
Allahummasollialamuhammad..

MasyaAllah! Dah berkurun bersawang blog..hee...
Rindu, rindu nak tuktap tuktap taip2..
Lamaaanyaaa tak menulis...InsyaAllah jika berkesempatan nak sambung belajar menulis semula..haha..

Tulis pasai apa? Emm...macam2...banyak mende nak digalerikan kat blog tersayang ni. Dulu gigih belajar buat blog. Biar xde orang baca pun yang penting dapat luahkan dan simpan kenangan2 yang ada dalam hati dan sanubari ni...haha..Nanti boleh belek2 balik..Baca2 time dah tua..haha..Moga2 ape yang ditulis memberi manfaatla kan? Baru Allah redha..hehe...

Sebenarnya dh gantuk sangat, tapi dua tiga hari dah terbayang2 nak post kat blog. haha.. Jadi sebelum nak tidoq, yang lain2 pun dah tidoq dapat 1 post...hee... InsyaAllah panjang umur jumpa lagi..

Hari ni malam jumaat last sebelum puasa.
Doa2 banyak2 moga Allah berikan hati yang baru, yang bersih utk menyambut Ramadhan.
Wah..dah nak posa. Rindu.
Macam2 perasaan.
Minta maaf kat semua na. (Aik kat sapa?) Sapa2 yang terbabas kat blog ni la..Sawang la kot? Haha... Ok senget sikit malam ni...hee

Oklah kata tadi dah nak tidoq..Moh2 esok berat mata nak bangun subuh..huhu..

Allah, panjangkan umur kami utk merasai bulan Ramadhan.
Berkatilah kami..Aamin..

Nite! Assalamualaikum..
Peace :)

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt....Salam sihat, salam Ramadhan Al Mubarak.

Alhamdulillah masih dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari sehari ke hari. Dalam kita berbahagia menjalani ibadah puasa dan lagu-lagu raya telah berkumandang pada hari pertama puasa lagi diharapkan kita tidak beria-ria menyambut raya daripada puasa. Disamping itu juga, doa dan usaha untuk membantu saudara kita di bumi Palestine. Moga Allah turunkan bala tentera utk membantu dan melindungi bumi sana. Serta tak lupa juga utk umat manusia di Malaysia.

Dah masuk fasa kedua ramadhan, dan juga usia kandungan. Banyak cabaran yg ditempuhi. Walaupun tidak ada alahan seperti morning sickness tapi alahan lain tetap ada. Cepat penat, lenguh badan, kadang2 sakit kepala, 'mengada lebih' dan paling paling...malas+mengantuk yg agak la melampau.

Sedih bila tgk si dia, kemaskan rumah, basuhkan baju, jemurkan baju, masakkan nasi, lapkan meja, angkat barang, ironkan baju, dan lain2 kje Rumah. Banyak sangat membantu. Ada juga lelaki yg tidak loket berada di dapur dan membantu isteri menguruskan kerja rumah yg sinonim dengan kerja wanita. Namun katanya,rumahtangga ini dibina bersama-sama, tiada tugas khas bagi dua-dua pihak kecuali yg ditetapkan..dua-dua boleh tlg buatkan. Yang satu sakit, satu lagi tlg... Kadang-kadang bile saya tak larat berjalan atau bangun..si dialah yg bawa papah ke sana sini. Cakaplah apa sahaja, daripada tidur si dia boleh jaga, daripada sedang berbaring rehat si dia terus bangun sediakan apa-apa keperluan yg saya perlu. Nak bagi orang faham keadaan kita memang payah, namun itulah hebatnya hamba yg dikirim Allah ini..tahan dan sabar dengan karenah si isteri. Memandangkan saya sudah berpindah dari Kuala Lipis ke Klang suami juga keluar awal dari biasa ke temp at kerja kira-kira 15 minit utk menghantar saya ke sekolah walaupun saya telah menghafal jalan ke sana. 

Banyak sgt jasa yg telah si dia lakukan. Di awal kandungan hatta awal perkahwinan lagi begitulah sikapnya. Rajin dan baik. Ada juga saya cuba uji...entah2 awal2 je begini, tapi katanya jika inginkan yg baik2 doalah moga ia berterusan, jgn doakan yg sebaliknya. Subhanallah, saya tak tahu sukar atau tidak mencari suami yg soleh, namun seperti mimpi ia anugerah terbaik buat diri saya. Banyak perkara yg buat saya buka minda, telinga dan jiwa bila berkomunikasi dengannya. Banyak perkara yg buat saya tidak habis mengucap kata Syukur padaNya. Hebatnya hubungan abadi hingga syurga yg Allah aturkan ini. Rasa malu dgn diri sendiri, Allah kurniakan pasangan yg baik dan hebat ini.

InsyaAllah, didoakan moga terus diserapi sakinah, mawaddah dan warahmah. Aamin. Jika dihitung dan dilihat, kehidupan masa kini bertambah baik, cume prestasi diri agak kurang memberangsangkan dan mungkin disebabkan keadaan kesihatan yg agak menganggu. InsyaAllah ini semue tarbiyah Allah dan kafarah dosa hambaNya.

Didoakan moga saya dapat memberi manfaat kepadanya sampai habis usia. Moga kesihatan bertambah baik dan baby dan suami juga sihat walafiat dlm jagaan n lindungan Allah. Aamin. Moga saya tak banyak menyusahkan si dia daripada menyenangkan. Dan moga Allah membalas segala kebaikannya. Lillahitaala. Moga bahagia hingga syurga. Aamin ya Robbal alamin...









Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt..
Moga sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah SWT. Aamin.

Alhamdulillah, Syukur pada Allah SWT masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan meneruskan hidup bersama keluarga dan terutamanya suami tercinta. Allah..besar nikmatnya. Masih juga dapat meneruskan kerjaya sebagai guru yang menjadi keperluan pada anak bangsa. Mampukan menjadi guru yang membimbing dunia dan akhirat. Allah, Kau lebih mengetahui kemampuan hambaMu yang lemah ini.

Bukan saya sahaja, ramai sahabat sama batch yang mendirikan rumahtangga cuti sekolah November dan Disember yang lalu. Sebelum  ini juga dah terlalu ramai. Rezeki dunia. Cuma nak dinayatakan di sini, pelbagai ragam masing-masing untuk menyatakan perasaannya terhadap pasangan masing-masing. Ada yang memberikan ucapan istimewa, pujian, lagu, puisi, gambar kenangan dan sebagainya. Namun, peratus yang menerangkan perasaan itu kebanyakanya daripada wanita. Mungkin dengan kata-kata ucapan itu menandakan dia benar-benar menghargai dan untuk itu dia meluahkan. Tapi tak la kata semua lelaki ni xmenghargai. Ada juga yang selalu post pasal isteri...tulis puisi, bagi lagu, merakamkan gambar kenangan bahagianya bersama isteri dan sebagainya. Mungkin lelaki ini tidak mahu untuk ia di war-warkan..cukup hanya dia dan isteri dan Allah sahaja yang tahu apa yang istimewanya. Tidak perlu di pos di fb..di tulis di sana sini..

Cara untuk membahagiakan itu pelbagai. Tidak tertakluk kepada satu cara sahaja. Ada pasangan yang bergaduh gara-gara suaminya tiada langsung menulis apa-apa di dinding fbnya. Katanya, suami lain selalu berbuat demikian. Bunyinya agak kelakar namun bila ia terjadi itu hakikatnya. Kadang-kadang kita terlalu mengikut cara orang lain sehingga tidak memahami apa kehendak kita dan pasangan terutamanya. Itu cara mereka, kita corak cara kita. Alam maya (dunia sosial) ini kadang-kadang akan merosakkan kita sekiranya tidak dibentuk dengan baik. Macam-macam.

Jadi jangan gaduh2 klu si suami xpost ape-ape tentang si isteri. Selagi si suami membimbing kamu ke jalan Allah insyaAllah itu lebih membahagiakan. Carilah alasan untuk saling membahagiakan bukan mengeruhkan. InsyaAllah, moga Allah berikan apa yang setanding yang yang kita perlukan.

Esok, Isnin..selamat kembali ke sekolah dan selamat bekerja.! Chaiyok!

* suami xsuke puji..xpe kite yang puji die.. :)

Allah, berkatilah rumahtangga kami. Moga kami menjadi hamba yang taat kepadaMu sentiasa.




Kadang-kadang, 
bersama orang yang kita sayang,
dan apabila dia menyebut nama orang lain,
Tidak, aku tidak sakit hati,
Tapi lemahnya hati..sedih tidak terperi.
Ah..lemahnya hati.
Sedih tidak sedar diri.
Entah sejak bila aku tak tahu menangis lagi.
Mungkin air mata dah membeku di sanubari.
Pasti nanti,
keluarnya tidak tertanggung lagi.
Tapi aku mampu mengaburi, kerna Kau menolongi.
Sungguh, lemahnya hati.
Inikah hati yang Kau beri.
Lemah dan terpaksa kuatkan diri.
Akan aku terima, jika Kau Meredhai.
Ampunkan hamba-Mu yang sentiasa lemah ini.
Aku tersilap untuk menaruh hati pada manusiawi.
Hanya Allah,  Kau destinasi yang aku tujui.


Allah..... :')
Akan aku lakarkan hari-hari jadi seindah yang Kau aturi.


not feeling well..
sakit tekak
badan lenguh
kepala sakit.
bebudak duk kerumun,
masing2 nk siapkan kerje.

sppbs, pajsk, please be nice to me.
Allah..please forgive my sin..huk...
Allahumma yassir wala tua'sir..
Rabbi tammin bil khair..
Kuat!!





Bismillahirahmanirrahim..
Allahummasolli'alamuhammad..


Kadang-kadang kita membuat sesuatu keputusan dalam fikiran yang sementara, yakni semasa 'kita memerlukan  membuat keputusan' [sekarang] dan tidak memikirkan pada masa akan datang. Namun, sebagai ujian..[atau nak dijadikan cerita] Allah telah menentukan ia sebagai masa hadapan kita untuk kita terus harungi. Salahkah Allah? atau kita?. 

Jika kita berundur kembali, tidaklah bermakna kita mungkir pada janji atau takut untuk menghadapi realiti. Cuma, kadang-kadang suara hati  tenggelam dengan kepasrahan hati. Terburu-buru rasanya. Hah. Pasrah. Bukan disebabkan kita tidak dapat mengubah keputusan yang ada, cuma lebih baik kita teruskan sahaja, berusaha dan tawaQal pada yang Esa. Kita sendiri terkapai-kapai tak tahu mana arah atau penghujung kehidupan kita. Jadi, kenapa nak meneka-neka kesudahan yang belum tentu endingnya.? Apa, Siapa atau Bagaimana nanti, kita juga yang akan menentukan jalan cerita dengan izin Yang Maha Berkuasa. Apa yang perlu dijalani, itu tanda tarbiyah dariNya. Kuatkan saja, wahai hati. Optimis dan positif dalam mengemudi kehidupan yang sementara ini dan mungkin selamanya bersambung di syurga nanti. Mana tahukan?

Orang lain boleh mengatakan apa sahaja. Hanya kita dan Allah sahaja yang memegang rahsianya. Kita tidak memerlukan kata-kata hina, cuma perlukan doa dan nasihat yang berguna daripada sahabat-sahabat yang beragama. Semua manusia, Allah telah ciptakan pelbagai cara cerita dan ada ujian masing-masing sesuai dengan kemampuannya. Jadi, jangan dibandingkan kita dan mereka. Aku dan kamu berbeza. Cuma tarbiyahnya atau ibrahnya mungkin sama. Namun bertunjangkan bekalan yang sama, Iman dan taqwa pegangannya kepada Allah Maha Besar. 

Cukuplah dengan fikiran yang tidak membina. Sokongan yang merosak jiwa. Keyakinan yang langsung tidak yakin. Allah punya segalanya. Mintalah. Yakinlah. Berusahalah. Bahagia atau derita itu semua atas kehendaknya. Jangan cepat berputus asa. Terimalah. Terimalah seadanya. Bukan kerana kita pasrah. Tapi kita yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah tidak pernah tinggalkan kita hatta dalam mengharungi ujian yang datang dariNya. Allah tidak membiarkan kita membuat keputusan sendirian. Allah tidak meletakkan kita dalam sesuatu ujian itu sia-sia. Ada hikmahnya. InsyaAllah. 

Kita mungkin tidak dapat memuaskan hati manusia yang lain, hati kita pun tidak terjaga. Moga Allah redha dan tidak berpaling pada kita. Ikhlas mungkin dapat menyembuhkan segalanya. =)



"Never make permanent decisions based on temporary feelings."
Assalamualaikum wbt..


http://pakarcinta.com/blog/apakah-perkara-sunat-yang-dilakukan-selepas-akad-nikah/

http://www.ceritakita.coz.my/2013/03/solat-sunat-akad-nikah/



Allah...
smile, it's sunnah!
Bismillahirahmanirrahim...Maha Suci bagi Allah.

Jika seseorang yang kamu harapkan untuk membantu kamu, tetapi dia tidak dapat membantumu. Tentulah kita kecewa dan teramatlah sedih. Tapi cepat-cepat positifkan diri, jangan mengeluh..cepat-cepat doa pada Allah moga Dia tingkatkan iman, tolong carikan jalan penyelesaian, bantu kita yang sedang dalam kesulitan. InsyaAllah, Allah turunkan berbondong-bondong malaikat untuk mengaminkan doa dan menghantar bukan satu malah dua dan tiga orang yang dapat membantumu. YA! Allah Maha Besar. Alhamdulillah. Tak percaya? Tentulah, sebab jangan percayakan saya, tapi percayakan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Senyum Lebar!

Terima Kasih.
Moga Allah memberkati kamu~
Selamat Malam.

"Waiting is painful. Forgetting is painful. But not knowing which to do is the worse kind of suffering."
--Paulo Coelho


 There are more reasons to smile than to frown but our weaknesses make us believe otherwise.

 Some people give up just before reaching their goal. Don't give up, you're almost there.

 Being health conscious is a duty upon every one of us.

 
semua orang nak tunjukkan dia marah,
semua orang nak tunjukkan dia tidak puas hati,
semua orang nak tunjukkan dia mengamuk.
semua orang nak tunding jari yang orang lain salah.

Tapi tidak ada yang fikirkan perasaan orang yang sedang  kena marah.

Semua orang tak nak buat silap.
Tapi tak semua nak tegur dengan hikmah.
Tak semua nak tanya kenape kamu buat silap.
tak semua nak bantu kalau kamu tersilap.

mereka hanya tahu marah dan menyebarkan kesilapan yang kita buat.

kamu, yang buat silap.
keringkan hati.
air mata juga.


Everyone can see the surface. But few can see the pain under the surface.



 crying like a baby.
MasyaAllah.

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..Moge dalam lindungan dan Rahmat-Nya, aamin.

Setiap masa atau keadaan Allah akan berikan ujian dan cabaran. Sama ada kecil atau besar, rumit atau senang dan sebagainya. Ketika kecil, Allah akan berikan cabaran, remaja, ketika belajar, dah habis belajar, tak dapat kerja, dah dapat kerja dan seterusnya. Ujian tidak akan putus namun mengikut kemampuan hambanya.

Bile dah kerja ni, fokus mungkin tertumpu untuk keluarga, orang lain dan membina aset sendiri untuk di bawa di akhirat sana. Tapi lelahnya, Allah Yang Bijaksana yang tahu. Masalah utama bagi yang baru membina kerjaya tentulah masalah kewangan. Bagaimana nak uruskan. Em..seperti yang kita tahu tak semua yang baru kerje tu akan dapat gajinya bulat2 untuk dimasukkan ke dalam akaun sendiri. Ada perkara-perkara yang perlu ditolak. PTPTN, keperluan keluarga, kereta, TH, kecemasan, rumah dan sebagainya.

Masalah utama bukan duit tak cukup, cuma nak uruskan kewangan tu yang menjadi sedikit cabaran. Kadang-kadang tak smpai tengah bulan, pendapatan dh habis.Saya fikir mungkin saya agak boros untuk memenuhi kehendak. Tapi yang menjadi persoalan, ape yang saya beli? Kamera yang dah lame diidami pun masih xdapat dipenuhi. Hah.

Dan ujian untuk orang yang baru bekerja ni jugak adalah ramai yang memujuk-mujuk untuk join bisnes, insurans dan pelbagai lagi. Yang menyentakkan hati saya, ada sebahagiannya mencadangkan saya untuk membuat pinjaman untuk join bisness. Em..kerja pun baru setahun, simpanan belum sampai ke dagu lagi, Haji pun belum daftar lagi, hutang paras hidung macam mana nak buat pinjaman lagi? Hee..Bagi saya, saya suka bisness..cuma tunggu la saya bernafas dahulu untuk uruskan diri. Kalau saya tak join tu bukan bermakna belum dapat 'hidayah' ya  XD . Ya cadangan mereka bagus, join bisness n hasilnya boleh bayar hutang, cumee..Adoi, saye tak reti berniaga...sekurang-kurangnya perlu ada perancangan. InsyaAllah, moge Allah bantu berikan pertimbangan yang baik untuk kehidupan saya dan bantu untuk saya aturkan strategik untuk bebas hutang dan bantu orang lain. Aamin. 

Kadang-kadang, bile yang banyak kite jarang nak bersyukur, atau kadang-kadang yang sedikit membuatkan kite mengeluh dan langsung tidak bersyukur. Nauzubillah. Moga dalam apa jua keadaan..hati kita sentiasa dididik untuk jadi hamba yang bersyukur bukan hanya apabila dapat yang banyak namun rezeki yang sedikit juga. Mak kepada kawan saya ada cakap dulu..katanya, gaji kite tu @ rezeki kita, Allah tidak peruntukkan semuanya pade kita, dalam rezeki kite tu ada juga bahagian orang lain, untuk ibu bapa, adik beradik, orang miskin, peminta sedekah, hutang, dan untuk pencuri. Hah?. Ya lah, kita dapat gaji last-last kena curi itu maknanya rezeki si pencuri bukan kita. Jadi jangan terlalu cintakan dunia dan duit semata-mata, insyaAllah kita akan merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan. *Cakap kat diri sendiri.

Jadi, penyelesaiannya..kena banyak cari tip-tips untuk mengurus kewangan dengan baik. Buat ketika ini, menabung walaupun sedikit perlu jadi amalan. Tapi, bukan masukkan ke bank tapi simpan di peti rahsia. Kalau bank, mudah je nak kuarkan. Heh!. Ada juga sarankan kepada saya untuk beli emas. Harga emas sedang murah katanya dan akan naik di masa seterusnya dan ke hadapan. Jadi  beli sekarang boleh diganda untuk masa hadapan / gune waktu kecemasan. Hmm..

Rasulullah saw bersabda (maksudnya): " Satu dirham mengalahkan 100,000 dirham." Lalu seseorang bertanya. "Bagaimana hal itu boleh terjadi wahai Rasulullah?" Sabda Rasulullah SAW, "Seseorang mempunyai harta yang banyak sekali, kemudian dia mengambil daripada hartanya itu 100,000 dirham untuk disedekahkan. Tetapi ada seseorang yang tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya 2 dirham, lalu yang 1 dirham dia ambil untuk disedekahkan." [HR an-Nasa'ie]

Jadi, walaupun pengurusan kewangan masih dalam tidak berapa terurus, sedekah itu bukanlah untuk orang yang mempunyai lebihan kecukupannya sahaja, tetapi ia dilakukan kerana kefahaman atas tuntutan yang sebenar.

Allah S.W.T berfirman (maksudnya) : "Barang siapa yang memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian dari (pahala) nya. Dan barang siapa yang memberi pertolongan dengan pertolongan yang buruk, nescaya dia akan memikul bahagian dari (dosa) nya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." [Surah An-Nisa':85]

Apa pun, semua ni ujian. Tarbiyah Allah kepada hambanya untuk uruskan rezeki yang diberikan. Banyak dibelanjakan untuk dunia atau pelaburannya untuk akhirat kelak.Hakikatnya, kite dilahirkan dalam keadaan tangan yang kosong dan apabila mati kelak kite juga tidak akan membawa apa-apa kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Jadi, rumah, kereta dan semuanya adalah pinjaman Allah di dunia sahaja.





P/S: Apa pun, sesiapa yang inginkan tips kewangan boleh dapatkan Majalah JOM.


Jika hanya harta menjadi ukuran kemuliaan, maka Qarun adalah lebih kaya dan dibenamkan di dalam bumi. Surah al-Qasos (28:81)

Jika hanya kekuasaan penanda aras kemuliaan, maka lihatlah apa yang berlaku pada Firaun. Mati denga hina dan tenggelam dalam lautan.

Jika hanya keturunan sebagai tanda kemuliaan, ada satu surah berkenaan bapa saudara Nabi Muhammad saw iaitu surah al-Lahab.

Jika hanya berpandu kepada kekuatan, akal dan daya ilmiah, maka kaum-kaum nabi sebelumnya yang gagah perkasa dimusnahkan. Apa pula pandangan kita kepada bangsa Yahudi yang terkenal dengan kebijaksanaannya, banyak hadiah nobel; tetapi merekalah kaum yang hina disisi Allah !

Bukanlah harta, pangkat, keturunan dan kebijaksanaan itu menjadi kayu ukur kepada kemuliaan disisi Allah tetapi Org yg akan dimuliakan disisi Allah adalah org2 yg bertaqwa . Cemburunya aku dgn org2 beriman. Mereka mulia disisi Allah. Aku hanya penuh dosa.



Tidak ada yang lebih membahagiakan apabila kita melakukan segalanya kerana Allah Taala.
Ya Allah sungguh lain perasaan tu.. T_T

























"Kadang-kadang, kita merasa kehidupan kita sedang berada di tahap kelajuan melampau. Sehinggakan kita sendiri termengah-mengah dalam menyelesaikan semua urusan seharian. 

Begitu juga dengan saya. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa begitu mudah penat. Tercungap dengan kerja-kerja seharian yang memakan seluruh jiwa dan raga saya. Sehinggakan, saya begitu menginginkan satu hari yang saya tidak perlu berbuat apa-apa. Mahu berehat saja.

Namun, ada seorang sahabat mengingatkan, " Kalau dah rasa penat dengan kehidupan, let's take a step back and reflect." Reflections. Muhasabah. Ya. Itulah suatu perkara penting untuk dilakukan yang sering kali lupa akannya. Kita terlupa bahawa, dalam kehidupan seharian kita yang Allah SWT sudah tetapkan itu, terdapat hikmah yang Dia letakkan pada setiap keadaan. Seorang syeikh Arab pernah berkata, setiap hari, dia akan memastikan dirinya melakukan muhasabah sekurang-kurangnya pada setiap waktu solat. Ini kerana, dia tahu dirinya begitu lemah. Dia begitu mudah tewas dengan hasutan syaitan. Jadi, apabila ada kesalahan atau maksiat yang telah dilakukannya pada selang masa itu, dia akan terus gantikannya dengan amal kebaikan yang lebih banyak.

Sabda Rasulullah SAW (maksudnya) : "Lakukanlah kebaikan selepas kamu melakukan suatu keburukan maka kebaikan tersebut akan menghapuskan dosa keburukan yang telah kamu lakukan dan pergaulilah orang lain dengan akhlak yang baik." (HR at-Tirmidzi & Ahmad)

Muhasabah jika dilakukan secara berterusan dan diiringi pula dengan amal yang bermanfaat mampu mengubah dan memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita. Malah, ia boleh menjadi sebuah kerehatan yang menenangkan di saat kepenatan serta menjadikan setiap urusan kita bermakna dan bertujuan. Sehinggakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan akan terasa amat ringan kerana niat yang kembali disuci dan diikhlaskan dalam setiap tindakan.

Saya kini sudah mengetahui jawapan kepada kepenatan saya Saya hanya perlu bermuhasabah. Dari situ, saya perlu membetulkan niat dan sentiasa mengikhlaskan diri agar bisa meraih kenikmatan yang besar dalam kesibukan yang ada pada kerja seharian saya.

Barangkali, saya tidak lagi perlu mengambil cuti rehat! walaupun sering demam sejak akhir-akhir ini."

[Khadeejah Khaulah]

Hanya Allah Sebagai Penolongku..





Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan Kareem..
Malam ini adalah malam terakhir bulan ramadhan, dan esok last berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak.

Tahun ni rasenye bulan ramadhan yang paling sedih..
Moga Allah makbulkan segala doa, moga dosa-dosa yang lalu diampunkan. Moga Allah terima saya sebagai hambaNya yang bertaqwa. Aamin.

Benarlah, untuk ape yang kite nak.. tak semue akan kite dapat. Tak baik salahkan atas ape yang dah Allah aturkan untuk kite. Atas semua yang berlaku, Allah tidak jadikan ia sia-sia. Kadang-kadang kite dah tahu da mende tu..tapi still jugak lemah semangat, sedih dll. Dan sebab tu kite perlukan nasihat dan semangat daripada orang lain. Untuk masa-masa macam ni.. nasihat yang paling berkesan sekali saya dapat daripada Pn.Nariah Muhamad @ Ma. Moga saya dapat berbakti untuk kedua orang tua saya yang dah bersusah payah membesarkan saya hingga ke hari ini. 

Moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari sebelumnya. Dan moga tahun hadapan masih berpeluang untuk merasai berpuasa di Bulan Ramadhan, Bulan yang mulia. Raikan syawal dengan seadanya. Sentiasa ingat dan jangan lupekan saudara-saudara kite yang dalam kesusahan sama ada di Malaysia, Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh umat Islam di pelusuk negara.

Sakit@ demam itu adalah kafarah dosa dan Allah akan hapuskan dosa-dosa, tapi adakah sakit berpanjangan bermakna dosa-dosa kita terlalu banyak..huhu...

Maaf dipinta jika ada salah dan silap. Moga kita sama-sama bertemu di syurga.
Taqabbalallahu minna wa minkum!






Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.
Segala puji bagi Tuhan pencipta alam. salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.
Moga sentiasa dalam rahmat dan lindungan dari-Nya.

Alhamdulillah, masih dapat teruskan puasa di bulan Ramadhan di hari yang ke 25. Moga Allah berikan kekuatan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Moga-moga momentum Ramadhan masih berterusan untuk di akhir-akhir ramadhan utk bertemu Lailatul Qadar. Aamin.

Kadang-kadang hubungan kite lebih baik dengan sahabat, kawan-kawan, orang lain daripada kedua ibu bapa dan adik beradik sendiri. Kite lebih sanggup berkorban, menghargai dan menjaga hati orang-orang yang ada disekeliling kite berbanding menghargai ibu bapa yang dah lahirkan dan menjaga kite dengan kasih sayang sewaktu kite kecil sebesar tapak tangan.

Kite lebih cepat menyalami orang lain apabila bertemu daripada menyalami tangan kedua ibu bapa kite yang dah bergadai nyawa dan tenaga untuk membesarkan kite. Kite lebih mudah melupakan jasa mereka  yang telah berdoa siang dan malam untuk pastikan kite berjaya dunia akhirat daripada jasa mereka yg baru kenal kite setelah kite besar dan yang belum tentu mendoakan kebaikan untuk kite.

Ibu bapa.
Mereka menerima kite semasa kite tidak punya apa-apa. Bermula daripada peringkat bayi. Bersih tiada dosa. Mereka menerima kite apabila tiada siapa yang percaya pade kite. Mereka berikan ape saja keperluan sewaktu tiada siapa yang ingin berikan kerana mereka tahu, kite adalah amanah dari-Nya. Kite tanggungjawab mereka. Dosa kite mereka tanggung. Mereka didik, jaga sehingga kamu baligh dan kamu mula menanggung dosa sendiri, mencipta dunia penuh pahala atau dosa sendiri.

Ibu bapa.
Allah berikan keadaan ibu bapa kite dalam bermacam-macam keadaan. Ada yang tidak mengetahui mengenai agama, ada yang fasih dalam hukum agama dan sebagainya. Ada ibu bapa yang tidak mampu berikan ilmu akhirat kepada anak. Tapi, itu tidak bermakna kite tidak perlu hormat dan menghargai mereka sampai bila-bila. Ada ibu bapa yang tidak mampu untuk berikan segalanya keinginan kita. Tapi, itu tidak menandakan kite tidak perlu memenuhi keperluan mereka, kite boleh mengabaikan mereka, kite tidak mengendahkan mereka. Lupakah kite, mereka bersengkang mata menjaga tatkala kita menangis dan sakit di malam hari?. Lupekah kita yang mereka sentiasa risau akan kite semasa kite berjauhan daripada mereka?. Kite lupe?.

Kite lebih mudah percaya, sayang, menghargai, sanggup berkorban demi  orang yang baru kite kenal semasa kite sudah besar, sudah memiliki segalanya, kerja, wang sendiri, kereta sendiri, keluarga sendiri daripada ibu bapa yang mengenali kite yang naif semasa kite kecil, semasa kite tidak memiliki apa-apa. Mereka menerima kite seadanya. Mereka Ibu Bapa kite, orang pertama yang menyayangi kite yang memeluk kite, mencium kite, yang mengazankan kite.

Kite lupe akan jasa mereka setelah kite mengecapi nikmat Allah yang sementara ini? Kite lupe semua bakti mereka setelah kite perolehi kejayaan yang Allah berikan sekejap cume ini?. Kite lupe kasih sayang mereka setelah kite perolehi kasih sayang dan cinta yang menerima kite setelah kite miliki segala-galanya?. Kite lupe membalas jasa dan bakti setelah kite dapat berdiri sendiri yang sebelum ini ditatih dan dipimpin oleh mereka untuk mula-mula berjalan? Kite lupe? KAMU LUPA??.

Kite mendabik dada, mengatakan semua kejayaan yang kite miliki sekarang, kesenangan sekarang hasil usaha sendiri, tiada kaitan dengan mereka yang sudah tua, yang hanya ada pencen sahaja. Mereka tiada hak ke atas diri kamu sekarang. Kamu lupa, yang redha Allah itu terletak di atas redha kedua ibu bapa. Ibu bapa yang kamu abaikan sekarang. Seburuk-buruk mereka, seteruk-teruk mana didikan, sekurang-kurang yang keperluan kamu yang mereka sediakan, kamu Wajib taati ibu bapa. Kite wajib menjaga mereka sehingga akhiranya. Kite wajib mengingati jasa mereka, wajib menyantuni mereka, wajib mengasihi mereka. Kerana mereka adalah saham akhirat buat kita. Kite salahkan mereka kerana tidak menyiapkan keinginan kite sebaiknya, tidak memberikan ilmu dengan sebaiknya. Jika kite benar, pandai, mengapa kita tidak memberikan kepada mereka. Mengapa salahkan mereka sedangkan kita sudah mendapat akal.

Kite, sudah berkahwin mahupun masih bujang..tidak menjadikan alasan untuk tidak berbakti dan mentaati ibu bapa. Jika sudah berkahwin, sama ada suami ataupun isteri masih ada tangunggjawab terhadap ibu bapa. Suami, jangan halang isteri untuk mentaati dan membantu kedua ibu bapanya. Jangan halang, jangan sekat. Ibu bapa mertua juga adalah ibu bapa kamu buat suami. jangan pisahkan kasih sayang anak dengan ibu bapanya. Bukankah anak yang solehah itu adalah yang mentaati dan menyantuni kedua ibu bapa dan yang baik hubungannya dengan ibu bapa? Kecuali jika kamu inginkan isteri yang teruk hubungannya dengan ibu bapa yang tidak mempedulikan ibu bapa. Isteri, jangan halang, jangan sekat hubungan suami dengan ibu bapanya. lelaki yang bergelar suami masih juga ada tanggungjawab terhadap ibu bapanya terutama ibunya.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud:“Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Besar pengorbanan ibu, besar pengorbanan bapa dan besar pengorbanan anak jika sentiasa mendoakan dan mentaati kedua ibu bapa.


_____________________________________________________________________



Ramai sahabat-sahabat saya yang dah selamat melahirkan. Mereka dah merasai ape yang ibu mereka rasai. Mengandung, berpantang, Sakit-sakit badan, mual, berjaga malam dan sebagainya. Cuma masih belum merasai keadaan anak yang sudah besar. 



Ikutkan ade beberapa kali tengok pengalaman akak dan kawan yang mengandung. Cume yang betul-betul beri kesan pada saya sendiri semasa saya ke kursus induksi bulan Julai lepas. Saye dapat panggilan dari seorang cikgu dari SK Padang Tengku, ingin tumpang utk pergi same-same ke cameroon. Tak berani nak drive katenya. Saya sebenarnya baru berkire-kire nak menumpang orang lain sebab tak berani jugak n kerete rosak bulan sebelumnya. Akhirnya Allah berikan kekuatan utk bawa keta. Time saye jemput dia di rumah, baru saye tahu yang die mengandung. Saye kire-kire kandungannya baru 5-6 bulan sebab masih larat berjalan. Tapi rupe-rupenya dah 8 bulan 31 Ogos ni due. MasyaAllah, semangat nak p induksi sarat-sarat macam nih? Istighfar panjang dibuatnye. Tahun lepas, dia dah dipanggil induksi tapi masa tu dia sedang mengandung 9 bulan jadi utk tahun ni dia teruskan jugak.



Ada 1 malam, kebetulan saya bangun utk melaksanakan 'tugas' kepada Allah dan selepas tu saye berkire-kire untuk melelapkan mata semula. Dalam samar-samar dan pening-pening lalat untuk tidur saya dengar suara "Aduh..Aduh..." n macam orang menangis. Ingatkan saya mimpi. Saya duduk diperbaringan dan amati suara tu rupenya datang dari bilik sebelah n terus saye berlari ke bilik sebelah sambil memanggil nama cikgu tu, rupenya cikgu tu mengerang kejang kaki. Dia menangis sambil pegang kaki yang tak dapat dicapai, terbatas dengan perutnya. Selepas diurut kakinya, dia kembali tenang. Masih teresak-esak. Sayu hati. Menangis urut kaki dia bayangkan itu kaki ibu saya. Dia ada menunjukkan perutnya yang merekah. Selalu jugak die kejang kaki malam-malam dan kadang-kadang dia kata dia hanya mampu nages dan tahan sakit. Dia jugak ada kate, yang bile dah mengandung, agak susah nak jaga badan, badan makin besar, badan sakit-sakit, kaki bengkak-bengkak, malam dah xcukup tidur dan sebagainya. 


Besarnya pengorbanan ibu. Tak patut langsung anak tak hargai pengorbanan ibu. Tak patut. T_T Besarnya juga pahala ibu di sisi Allah. Sebab itu syurga di tapak kaki ibu. Sebab itu Allah tinggikan darjat ibu. Sewaktu melahirkan umpama 200+++ tulang yang dipatahkan utk mengeluarkan seorang khalifah Allah daripada rahim yang suci. Dan meninggalnya seorang ibu sewaktu melahirkan juga umpama mati dalam syahid. MasyaAllah..Sebab itu, orang yang berhak ke atas lelaki walaupun sudah berkahwin adalah tetap ibu kandungnya, kerana lelaki tidak akan pernah merasai kesakitan seorang ibu yang melahirkan. Berbanding wanita yang menjadi isteri, akan juga menjadi seorang ibu. Isteri yang akan menjadi syurga buat anak-anaknya. Yang akan merasai ape yang ibu mereka rasai. Saham Isteri adalah daripada suaminya. 



Pengorbanan ibu bapa tidak dapat dihuraikan satu-persatu. Banyak dan tidak bernilai jika digantikan dengan berlian sekalipun. Sedih buat mereka yang mengabaikan perasaan ibu dan bapa.



Ya Allah Yang Maha Pemurah,

Berikan syurga kepada kedua ibu bapa kami.
Hindari daripada keburukan dan kejahatan.
Hindari daripada azab kubur dan api neraka.
Hapuskan dosa-dosa mereka.
Berikan rezeki yang baik lagi halal buat ibu bapa kami.
Jadikan kami anak-anak yang taati, soleh, solehah buat mereka.
Jadikan hati-hati kami sentiasa bertaut keranaMu.
Jadikan kami anak-anak yang redha atas keadaan ibu bapa kami.
Permudahkan kami untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kami.
Lapangkan dada kami untuk redha dan sabar dengan kedua ibu bapa kami.
Jadikan kami anak-anak yang menjaga mereka semasa mereka susah.
Jadikan kami anak-anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat ibu bapa kami.
Jadikan kami anak yang baik buat mereka.
Sayangi mereka sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil.
Aameen, aammen ya Robbal Alamin...






"Always Be There"