Bismillahirahmanirahim....

9-14 Jun : Perkhemahan KRS
18&20 Jun : Mesy. Post Mortem & Guru
24 Jun : Pelancaran Minggu Disiplin & Anti Dadah
26 Jun : Pelancaran Nilam
              Sambutan Hari Koperasi Sekolah, Konvensyen Keusahawanan Pelajar&Mesy. Agong Koop
28 Jun : Sambutan Guru Peringkat Daerah (SMKOKH)
29 Jun : Program Integriti Warga Pendidik
30 Jun : UIAM Kuantan
1-2 Julai : Pengawas MUET
3-7 Julai : PTM @ Induksi [ Cameron Highland]
10 Julai : Ihya' Ramadhan [sepanjang Ramadhan]

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir...
Moga dipertingkatkan Iman dan diberikan kesihatan tubuh badan. Aamin.
Ihya' ramadhan, belum anta kertas kije lagi..hoo~ ~
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt..

Pagi yang indah dan baik.
Alhamdulillah sakit-sakit badan, kaki crem dan sakit kepala dah baik.
Alhamdulillah perjalanan semalam juga baik walaupun sesat.
Cume perjalanan balik agak tidak larat disebabkan seluruh badan dah sakit.
Alhamdulillah Allah masih selamatkan perjalanan.
Moga perjalanan diredhai Allah.

Rata-rata yang berjumpa dengan saya, tidak percaya yang saya sudah berumur 26 tahun ni. 
Masih mude katenye,macam budak-budak atau mungkin faktor ketinggian yang agak sama dengan pelajar sekolah rendah. Hah..  Mungkin kalau saya dah meninggal pun mereka mungkin tak percaya. "Muda lagi dah meninggal?" Tak percaya pada umur.

Ya, umur sekadar angka. Kita mungkin boleh nampak muda pada angka umur berapa saja, tapi amal dan ibadat akan semakin tua. Tidak tunggu tua, Mati boleh menjemput kita pada bila-bila masa. Selama 26 tahun, apa amal yang dapat dipersembahkan kepada Allah nanti?. atau masih tiada amal yang saya lakukan, atau adakah amal itu diterima?. Haih, berpeluh nak menjawab.

Umur masih muda, tidak menjamin apa-apa. Masa muda inilah yang akan dipersoalkan kelak. Apa yang dah kita lakukan semasa muda.? Atau masih nak berfoya-foya dengan maksiat yang melata di dunia yang fana?. Masih tidak percaya dengan balasan Allah di akhirat kelak? Masih ingin menolak syariat Allah dan menunggu masa tua baru ingin bertaubat dan beribadat?. Sungguh, itulah hamba yang rugi..rugi.

Masa muda inilah kita nak cari ilmu.
Masa muda inilah kita nak pandai baca Qu'ran.
Masa muda inilah kita nak faham Islam.
Masa muda inilah kita nak banyakkan amal.
Masa muda inilah kita nak membentuk akhlak.
Masa muda inilah kita nak sebarkan dakwah dalam bahagia.
Masa muda inilah kita perlu manfaatkan segala nikmatNya.
Kerana Mati itu tidak kita usia.
Bayi, Muda, Remaja atau Tua,
Sama saja.
Yang berbeza Amalan kita Di dunia.
Taqwa kita Kepada-Nya,
Allah Yang Maha Esa.

Wallahua'lam. 
Moga Allah menerima amalan-amalan kita. Dan moga kita tidak menjad hamba yang rugi. Aamin
^_^

p/s : lagi 69 hari nak masuk 26 tahun.




Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.
Moga dalam lindungan Rahmat Allah.

Rindu.
Bumi muallim di Tanjong Malim Perak.
Allah gandakan ilmu berdikari di sana,
Selepas berjuang di STPM.

Namun, perjuangan itu tidak terhenti.
Masih banyak yang perlu diperbaiki,
sebab bukan banyak keringat yang berbudi.

Teringat bila kaki berjalan sendiri,
sentiasa seorang diri,
dalam hujan yang tidak henti,
Walau pelbagai rintangan yang menghalangi,
Rindu waktu tu.
Kerana Allah selalu berada di sisi.
Dan aku akan terus berdikari.

~Moga Allah kurniakan hati yang tabah! Hati yang tidak kenal erti putus asa! Hati yang redha dan bersyukur! Iman yang meningkat setiap hari.! Allahurabbi..

Hanya Aku.


 *Kewajipan mukmin ialah mencintai apa yang dicintai Allah, cinta yang mendorongnya melakukan apa jua kewajipan yang diwajibkan. Semakin bertambah cintanya, semakin pantas dia menyahut seruan sehingga dia tidak berpada melakukan yang wajib sahaja. ~Luruskan CINTAMU! (JOM ISU 2)

Tidak dapat digambarkan,
Ia bermain dalam hati sahaja.
Tak mampu nak dikata.
Kerana ia jadi sia-sia saja.

Benarkah.
Hanya tertunduk dan hanya pejamkan mata.
Masa.
Terus berputar tanpa hiraukan bencana.
Faham.
Tiada siapa dapat lekatkan dijiwa.
Pergantungan.
Hanya Dia yang selayaknya.
Sesal.
Dapat diundur, atas kehendaknya.
Aku.
Masih goyah dengan pegangan sendiri.
Masih jauh dengan Pencipta sendiri.
Masih lemah jadi hamba sejati.
Masih sebu dalam fikiran sendiri.
Temui jalan mati.
Bahagia.
Kebahagiaan, Bahagia di Syurga sana.
Tidak Mampu, tanpa BantuanMu.



Allahurobbi.
Allah...........





 
"Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima,"
Semakinku sakit semakin kau bahagia,
Mengapakah aku jadi lemah,
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu."
BERSAMAMU.
[~_~'] [^_^']



P/S: Salah diri. Iman itu ada ada pasang surut. Salah diri, kerana tidak kekalkan dan tidak tingkatkan. Allah, ampuni dan berkati hambaMu. Aminn Ya Robb.
"Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya, apabila dia sujud...
Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah...
Istikharah hati mendebungakan cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi." [Istikharah Cinta : Ummu Anas]

Sempat singgah kat SACC semalam lepas sesat nak ke UKM, dibawa oleh sahabat yang selalu Allah kirimkan semase saye susah dan senang. Stuck kt CH minggu lepas, die jugak yang amik cuti p servis keta kat Ipoh. Moga Allah balas kebaikannya. Aamin.

Kat Pesta Buku semalam sampai pun jam 5.30, jadi masa tak banyak sebab nak sampai UKM sebelum maghrib. Sempat jugak singgah kat BrotherhoodArt n beberapa booth yang memang nak singgah. Mase ni la rase teruje sangat sebab buku banyak gile..rase nak beli 1 booth tu..tapi nak bace semue tu teleng jugak la..

Sebenarnye tak de mood nak berjalan semalam, tapi bile ade sesuatu yang buat kite naik balik semangat tu..mood tu boleh bertukar. Kadang-kadang, fikiran dan hati kite ni dipengaruhi oleh suasana yang kite pilih. Kalau banyak pemikiran yang negatif makna hancuq la mood..nak bercakap pun malas! Muke berkerut kalah makan asam boi. Tapi kalau pilih nakkan suasana yang ceria dan tak spoil..kne gerakkan fikiran dan hati supaya ketepikan perkara-perkara yang negatif dan cas banyak-banyak perkara yang positif. Tak da la time memandu tetiba magrain, duk pikir yang boleh rosakkan mood. Dan kadang-kadang mungkin salah kita sebab terlalu mengharapkan suasana yang positif datang sendiri tanpa kita cipta dan berusaha.

Bile dah terjadi sesuatu yg kite tak harapkan,berhenti mencari alasan. " jalan sini sibuk sangat, kete banyak gile. Bas laju gile, dah sesat..Ah..Ah...Ah. Haha...Tak boleh nak salahkan ape yang ade. Mengakulah bahawa kamu memang....memang.... :D

Saya try jugak jalan terus, confident boleh cari jalan ke UKM..last2..
"Saya dah sesat. =) "

Saya harap dengan senyuman message ni dapat legakan gundah gulana. Sambil berdoa moga kawan dak bz time tu. huhu....Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui.

Sesat di dunia tak pa, moga-moga tidak di akhirat. Sebab dah tak da talian hayat.
Nanges.





Memang pening kepala.





 
 
Nak Tenang, Solatlah. Nak Menangis, Sujudlah. Nak Mengadu, Berdoalah. Nak Syurga, Beribadatlah. Islam itu mudah, jangan merumitkan :')
 
 
 
Moga Allah permudahkan urusan. Tingkatkan Iman untuk hadapi segala kemungkinan dalam kehidupan. Ya Allah padaMu hamba pohon kekuatan dalam keberkatan. Ammin...

"Always Be There"