Bismillah...
Assalamualaikum wbt..moga semua dalam rahmatNya. Moga kita gandakan usaha utk jadi hamba Allah yang lebih beriman lebih tawadhuk lebih rendah hati lebih lemah lembut lebih sabar lebih baik dari sebelumnya. Aamin.

5 Mei 2013 dah berlalu. Menjadi kenangan.

Bermula dari episod ini, mari sama - sama muhasabah diri. Bangkit jadi pemuda pemudi yg lebih gagah dan kuat bukan semata demi politik tapi demi saham diakhirat. Tanam dalam diri, kenali agama yg sejati dlm diri iaitu Islam yg suci. Ingat pada diri agama bukan hanya sekadar keturunan tapi anugerah dan nikmat yg tidak terperi. Ayuh, bangkit mengenali Tuhan punya agama Islam. Bangkit utk mengenali Kekasih punya dunia iaitu Rasulullah saw. Kaji dan selidik perjuangan Nabi dan sahabat - sahabatnya.

Jangan jadi pejuang yg lembik. Mengalah bila mula ditempik. Tumpas bila akal tidak cerdik. Akhlak tidak terjaga bila kalah bergolek.

Istiqamah, bukan sekejap - sekejap. Mujahadah bukan sekali dua. Dua perkara ini perlu kekal sampai bila - bila. Jika tidak jangan tmempersoalkan tentang perjuangan. Kita cari hikmah, kite tambahkan kekuatn benteng supaya tiada siapa dapat membolosi walau sikit.

Kebenaran atau kepalsuan ini nyata ada di mana-mana. Allah Maha kuasa menjadi saksinya.

Dalam apa jua keadaan, jadikan Rasulullah saw sebagai tauladan. Lidah dan tangan tidak menyakiti perasaan orang lain. Ramai yg menyatakan pendapat tentan PRU 13 ni, tapi lebih ramai yg menggunekan kata - kata yg buruk berbanding kata yg baik. Mana pergi iman an ihsan yg menyakini Allah ada melihat kite dlm semue perbuatan?Mana pergi kepercayaan yg ada malaikat yg akan mencatat dikiri dan kanan? Tak takutkah kita? Tak takutkah kita atas perbuatan - perbuatan ini akan dipersoalkan diakhirat kelak?

Marah atau kecewa tidak semestinya dapat dihapuskan dengan melontarkan kata - kata yg kesat. Muhasabahlah, kiamat dh nak dekat!.

Tak dinafikan banyak isu yg timbul.
1. Dakwat tak kekal, duit yg digunekan utk beli dakwat ni berjuta gune duit rakyat.
2. Rakyat Bangla dpt ic utk mengundi.
3. Kertas undi sampai lewat, peti undi hilang tibe tibe.
4. BLACKOUT tibe - tibe.
5. Analisis tak betul..bla..bla..bnyk lagi.

Kalau benar ini tidak terjadi,  Allah saksinya moga Allah ampunkan kita yg buruk sangka. Tapi jika benar terjadi, kita di "perdungukan" hidup hidup namun Allah jua saksinya. Jangan khuatir Allah Maha Bijaksana berbanding ciptaanNya. Serah saja kepadaNya..jangan habis tenaga utk membidas dan berbalah sesama sendiri. Jangan habiskan masa utk berantam sesama Islam sedangkan masa itu boleh digunekan utk berjemaah cari ilmu dimasjid, boleh guna utk baca buku agama dan buku yg bermanfaat dunia dan akhirat. Boleh guna utk bina dan latih diri utk menjadi pejuang agama dan pewaris nusa dan bangsa, mengangkat agama Islam dimata dunia bukan hanya sekadar dialam maya.! Bangun wahai anak muda.! Islam perlukan kita. Hanya ilmu dapat berikan pencerahan kepada kegelapan. Jaga lidah, jaga tangan, jaga kelakuan. Jangan sumpah seranah. Malu dengan Allah, Malu dengan Rasulullah. Kita tak dapat satukan manusia dengan politik kita satukan dulu manusia dengan agama.

Allahuakhbar..Allahuakhbar...Allahuakhbar.
Macam nak berkhutbah pulak.. Eheh.
Apapun..moga nikmat iman yg diberi Allah ini kita jaga baik -baik. Moga Allah ampuni kesalahan dan dosa kita. Moga Allah berikan kefahaman pada hati - hati kite tentang Islam, tentang ilmu dunia dan akhirat. Moga Allah bantu kita jadi hamba yg bersyukur dan tidak putus asa atas ujian yg Kau berikan. Moga Allah hindari kita jadi org yg zalim.. menjadikan penipunan sebagai amalan dan hindari dari segala keburukan. Aamin.

Jauhi sikap buruk sangka. Eheh. Aman Makmur untuk Malaysia.  LANGKAH MUDAH.,BINA ISLAM DALAM JIWA.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... [^_^]

5 Mei 2013, Tarikh PRU ke 13 kali pertame saye mengundi. Inilah masa dan peluang utk saye jalankan tanggungjawab dan melaksanakan hak sebagai rakyat Malaysia. Memilih pemimpin yg akan memerintah negara. Jadi kriteria apa yg telah saye tetapkan untuk menjadi pemimpin?. Adakah sekadar memilih sebelah mata. Mugkin tidak.

Kite ade sejarah yg perlu dipelajari. Kita ade teladan yg perlu dicontohi. Kita ada coretan peristiwa negara untuk kite meneliti. Bukan sahaja dengan mata tetapi dengan hati dan akal. Semua dah besar..carilah sebanyak mungkin maklumat.

Nak kata saya bijak sejarah, bukan,nak kata saya bijak agama dan politik pun bukan. Nak kata saya banyak ilmu pun tidak. Ya..kita ada hak utk memilih, siapa saja yg layak. Parti ungu atau pink..nilailah dengan imbangan yg bijak, bukan hanya ikut - ikutan. Ya, saya pelajar Pengajian Malaysia dan kini guru mata pelajaran Pengajian Am. Bukan nak kata dah bijak semua perkara dalam negara. Cuma dengan akal milik Allah ini kite dapat nilai atau teliti apa yg ada dan apa yg tersedia. Kita kaji dasar, kite kaji ekonomi, study politik, semak dasar sosial, kite nilai sejarah itu dan ini walaupun hampir muntah dengan tebalnye buku - buku yg dicetak. Tapi kite kaji dengan "Tahu" dan "Celik".  Nak buat assignment  pun kene banyak bibliografi, sumber..makna kata bukan tertumpu satu bahan saja..jadi nilailah dengan pelbagai bahan yg ada. Jangan terpengaruh dgn satu media sja.

Tak semua yg benar dapat diterangkan. Tak semua yg salah itu ditolak. Allah jadikan macam - macam keadaan semata nak menguji hambaNya. Sama ada benar mempercayai Allah memandangnya atau tidak. Takut atau tidakberbuatlah sebaiknya kerana yg baik atau sebaliknya akan menjanjikan balasannya nanti.


Dah lama memerintah bukan menjamin itulah pilihan yg tepat atau bermakna kite sejahtera. Firaun juga memerintah bertahun lama. Tapi akhirnya bagaimana?. Saya bukan nak kata saya pro mana - mana, itukan fikiran masing-masing.

Kalau kerajaan kita yg lama benar-benar jalankan apa yg dicatatkan dalam buku yg saya baca bermuka-muka surat tidaklah mata saya ini terbuka utk mencari kerajaan yg lain. Menaburkan habuan "duit" kepada rakyat itu sangat tidak bijak. Seolah-olah kita menjasikan rakyat sebagai hamba dunia semata-mata. Bukankah kekayaan itu ujian dunia?.

Nak kata banyak pun malas..(eh..bukan cakap tpi tulis..) em..undi dengan bijak. Kalau tak yakin buat solat hajat atau istiqarah. Solat hajat n istiqarah bukan utk berhajat nk dpt jodoh yg baik jek nak dapat 9A 12A je tapi kite sama - sama hajatkan pemerintahan yg lebih baik yg menunjukkan kite ini negara Islam Agama Islam sebagai agama rasmi. Pilih calon yg terbaik dikalangan yg baik. Pilihan kite itu hak kite tapi hak kite akan dipersoalkan kelak.

Wallahua 'lam..

"cikgu, dlm buku ni tulis nak bebas media. Tapi macam berat sebelah je..Satu pihak je yg cakap itu ini.."

"depa lupa nak tunaikan janji tu" :D

PEACE! Selamat Mengundi.


"Always Be There"