Bismilahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
Moga Allah lindungi kite walau di mana kite berada..

Sebenarnye saya dah perasan lame perkare ni..tapi biase lah manusia ni degil..buat jugak,nafikan yg benar. Badan tak boleh terime nescafe. Yup..Badan saye memang tak boleh terime nescafe,but still jugak nak minum. Since di universiti lagi..perasan ade kesan pas minum nescafe tapi nak minum jugak..

Ade sorang sahabat saye yg memang tak boleh langsung xminum nescafe..pagi,tengahari,petang n malam mesti nak minum nescafe..kalau xminum xbermaye n macam ade yg tak kene katenye..

Ok..mesti faham yg semua sistem badan manusia tak same. Sakit kepale,sebu..sakit badan..apatah lagi kalau dh penat, n minum nescafe kesannye 2x ganda daripde biase..n this is the same affect after drink nescafe..ok..i will never drink this again..for me..org lain mungkin ok dgn nescafe. After g kenduri kawan di Jerantut.. dengan jalan yg bersimpang siur..cuaca agak panas..saye minum nescafe dalam kuantiti yg agak byk dri biase bile berhenti tadi..n Sakitnye Allah yg tahu..i will never drink this.

Dah tibe mase utk ubah tabiat..kadang - kadang kite tak perasan yg tabiat atau kebiasaan yg kite lakukan itu berikan keburukan walaupun kite rase perkare tu ok atau baik. Walaupun kite dapat menikmati nescafe yg sedap tu dalam waktu yg pendek tapi kite lupe pade jangka panjang. Kesan pade jangka panjang itu kadanh - kadang mengubah segalanya.

Same jugak macam merokok, kite rase rokok tak tinggalkan kesan buruk pade mase sekarang tapi jangka panjang...banyak kesannya, barah hati, gangren..bukan kesan pade perokok shje tapi pde org yg ade disekeliling perokok jugak..kan ?

Ok...ambil pengajaran dari sekarang, saye xnak amik nescafe lagi.May Allah help me..

*Kesannye dua kali ganda, may Allah forgive my sins.. zzZzz.






Kadang - kadang kita saja menjauhkan diri..
Tapi bukan kerana membenci,
Hanya ambil masa untuk sembuhkan,
Hati yang terluka ini.

Kita perlukan ruang menyendiri,
Supaya tidak tersalah lagi...
Apa yang kita lalui...
walau mengabaikan perasaan sendiri
Allah lebih mengerti...
Semuanya ada hikmah yg tersembunyi..
Mematangkan hati dan diri.

Barangkali yg kita suka itu memberikan keburukan yg banyak dan barangkali yg tidak kita suka itu memberikan kebaikan yg banyak. Allah lebih mengetahui berbanding kita.

Setiap hari selagi masih hidup,
Allah berikan peluang untuk kite berubah.
Lebih taat dan patuh padaNya.
Lebih yakin dan bergantung padaNya.
Merasai cintaNya dan kekasihNya.

Kita hamba yg lemah,
sentiasa gusar dengan perkara yg remeh,
Mudah rebah dengan manusia.
Mudah mengalah dan kecewa dengan tanggapan manusia.

Mulai tika ini..
Jaga hati kerana Allah,
dan bukan untuk manusia.
Biar apa yg kita terima dari mereka,
kita tidak sedih dan gundah.
Walau kite dilukai. jangan sesekali kite biarkan mereka merasai apa yg kita rasai.

Kita sebarkan bahagia..
padam luka - luka..


Senyum! ^_^'

Tidak ada insan yang ingin dirinya dipersalahkan.
Tidak ada insan yang ingin mengatakan dirinyalah yang bersalah.
Tidak ada insan yang ingin mengungkapkan dirinyalah punca terjadinya kesalahan.

"Berdirilah dengan gagah dengan mengatakan.. Aku tidak bersalah. Aku dipihak yang benar. Tanpa mengalah. Tanpa ingin dipersalahkan. Bukan aku yang salah, tapi kamu.
Ya,aku berani kerana benar. Aku tidak salah. Tapi kamu yang salah. Apa yang terjadi dan bakal terjadi bukan aku yg salah tapi kamu. Aku berani kerana benar. Kamu tidak memahami dan sebab itu kamu salah. Kamu yang mulakan sengketa. Bukan aku. Aku berani kerana benar."

"Ya...kamu berani.
Ya...kamu benar.
Aku yg penakut..menghadapi kehidupan bersama kamu.
Aku salah kerana memilih kamu.
Ya...aku salah kerana memaksa kamu memahami aku.
Ya...aku salah kerana mengharapkan kamu.
Aku salah bukan ?.
Aku salah mentafsir keinginan aku sendiri.
Kamu teruslah berdiri gagah, kerana kamu benar dan aku yang salah.
Ya...aku salah, dari permulaan lagi.
Dan mungkin sehingga akhirnya aku yang salah.
Sungguh, aku yang salah."

Allah, tunjuki jalan buat insan yg salah ini dan yang benar. Hentikan jika ia salah dan berikan jalan yg sentiasa benar. Hanya padaMu, kami berserah. Tunjuki kami jalan yang lebih baik dwngan apa yg kami rencanakan.



JT

Assalamualaikum wbt..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, sahabat dan keluarganya.

Moga kita dikurniakan kesihatan yang baik, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat dan ikhlas menghadapi segalanya di dunia.

Hari ini 18 Mac 2013, keputusan STPM keluar. Moga semua pelajar mendapat keputusan yang masing - masing inginkan. Moga keputusan itu terbaik buat diri dan keluarga. Tinggi atau tidak , pointer banyak atau sikit..terima dengan lapang dada. Mungkin itu hikmah yang perlu dipelajari sepanjang usaha yg telah dikerahkan. Keputusan yg mungkin membahagiakan atau yg mengecewakan itu bukan penamat bagi segalanya. Tapi ia permulaan bagi meneruskan kehidupan baru nanti.

Banyak2 berdoa dan tenang 2 shja. Tawaqal padaNya. Dia lebih tahu aa yg tebaik buat hambaNya.

* Teringat masa ambil result, saya sendirian saja
ke sekolah dihari kedua selepas keputusan dikeluar. Cikgu Ali yg tolong kirekan pointer.

May Allah bless you all,
kepada pelajar SMKBBST & SMKClifford.


~nothing can change or will i change that  ?~ Uummm...

21 Mac 2013, Keputusan STPM PENGGAL 1 akan keluar..Moga dapat keputusan yg terbaik.Aamin.
Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikim wbt. =) moga kita sentiasa dalam lindungan Allah Swt dan moga Allah redha pada diri kite.



Teringat kata - kata bekas pengetua sek ini, katanya keutamaan bagi guru adalah waktu PdP. Walau macam mana pun prority adalah di dalam kelas. Itu tidak dinafikan.

Tapi jika guru diamanahkan dengan pelbagai tugasan yang di luar kelas, itu yang menimbulkan persoalan dalam diri guru itu sendiri. Apabila guru ditugaskan pelbagai tugasan luar yang nak ataupun tidak guru perlu laksanakan dengan sebaik mungkin kerana tugasan luar ini bukan hanya melibatkan pelajar tetapi org luar. Dan perbincangan atau apabila berurusan dengan pihak luar secara tidak langsung mberi kesan kepada sekolah dan guru itu sendiri khususnya. Dan apabila melibatkan pihak luar nak ataupun tidak guru terpaksa meninggalkan kelas dan selesaikan urusan dengan mereka terlebih dahulu.

Jika guru sudah keletihan menyelesaikan tugasan luar kelas bagaimana dengan pdp ? jika guru meninggalkan kelas dan meninggalkan pelajar tanpa pengawasan mungkinkah masa itu dapat ditebus semula ? Mungkin dasesetenngah pihak lupa yang manusia hanya ada dua tangan dan dua kaki. 

TAPI...kita ada minda yang luas anugerah Allah untuk menguruskan apa yang diamanahkan. Kita ada hati yang besar untuk menerima segala cabaran dalam kehidupan. Kita ada jiwa yang kental untuk tidak mudah mengalah. Cuma mungkin kita kurang motivasi diri bila tidak mendaat sokongan, mudah hilang semangat bila menerima celaan, rungutan atau omelam daripada beberapa pihak yang tidak faham dengan apa yang ditugaskan untuk kita.,

Jadi bersabarlah. Tanamkan dalam diri bahawa kita berkerja untuk Allah dan bukan manusia. Kita ingin balasan dan redha Allah bukan manusia. Manusia itu adalah perantaraan ujian dari Dia untuk kita. Penat, sedih, tension hatta gembira itu semua dtg dari Dia. Latih dri dari tarbiyah dan hikmah Tuhan supaya lelah kitta bukan yang sia - sia. Ya kita kuat denhan Nantuan dari - Nya !
Assalamualaikum wbt...moga semuanya dalam lindungan Allah. SWT.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik.

Pelbagai perkara telah berlaku bukan sahaja pada diri kita tetapi berlaku kepada negara yang kita cintai kini Malaysia. Apa yang berlaku? Pencerobohan daripada pihak luar. Seperti yang kita sedia maklum, sejarah di antara Sabah dan kaitannya dengan Filipina iaitu Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu.

Em..kita semua sudah cukup berdebar dengan peristiwa yang berlaku, mengenangkan keselamatan sahabat,saudara yang berada di sana kini kita dihidangkan dengan pelbagai spekulasi yang tidak rasional daripada pelbagai pihak.

Selain daripada itu,hari ini 3 Mac cukup 89 tahun kejatuhan kerajaan khalifah yang diambil oleh Mustafa Kamal Artartuk yang menghancurkan Islam dengan kezaliman.

Melalui peristiwa yang berlaku..pelbgai pengajaran yang perlu kita sebagai muslim ambil.

Sejauhmana dalam diri kita menegakkan Islam ?
Sejauhmana kita berjuang untuk memakmurkan Islam di sekeliling kita ?
 Sedalam mana kecintaan kita terhadap perjuangan Rasulullah saw mempertahankan kalimah Lailahaillah?

Apakah usaha kita mempertahankan Islam di bumi Allah?
Adakah kita sedar bahawa kita perlu mengembalikan Islam di jalan yang benar dengan adanya sistem khalifah?
Adakah kita sedar yang kita dibelenghu dengan  'jahiliyyah' yang menebal dalam diri kita?

Adakah kita diantara manusia yang membuat onar terhadah agama?
Adakah kita diantara manusia yang ingin menghilangkan Islam dibumi Allah yang tercinta?
Adakah kita diantara manusia pengecut yang tidak berani mempertahankan kalimah Allah di muka bumi?
Adakah kita diantara manusia yang lemah tersadai dalam kemewahan dan kesenangan sehingga lupa perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat?
Adakah kita antara manusia yang langsu
ng tidak tahu apa yang berlaku di negara kita? tidak ambil peduli apa yang terjadi terhadap Islam?


"Always Be There"