Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...moga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Nyawa itu nikmat Allah Taala yg sangat berharga. Dengan nyawa yang ada, kite dapat lakukan apa sahaja. Beruntung pada yg mengikuti suruhanNya dan mungkin rugi atau teramat rugi pada yg mengingkari suruhanNya. Adakah hidup ini hak mutlak kita?. Tidak, Ada kuasa yg lebih berhak ke ats diri kita. adakah kita dapat jamin hidup selamanya dan sampai bila - bila? Mati itu pasti, tidak awal dan lewat walau sesaat.

Ape yg berlaku, bakal berlaku..sama sekali kite tak dapat teka teka, duga duga, agak agak. Sedia atau tidak yg berlaku tetap berlaku, usaha atau tidak, semua dalam pengetahuanNya.

Saye teringat Hujung tahun selepas SPM rombongan sekolah dan saye ke Pulau Langkawi utk program Biro Tata Negara. Dan 3 hari selepas balik daripade sane berlakunye kejadian yg menggemparkan dunia iaitu tsunami. Agak tergamam bile tengok berite sebab dalam fikiran ni duk fikir "bayangkan kalau aku masih kat situ time kejadian ni?". Ma abah pun kate bende yg same.."rezeki Allah masih panjangkan umur kamu." Allah masih sayangkan aku.

Sabtu baru ni, baru baalik dari Shah Alam dan keesokkannya ada rakan yg post kemalangan yg berlaku di federal highway shah alam. Em...tempat yg sama sy dan kwan lalu..nyilu pulak rase. Kadang - kadang banyak perkara yg berlaku secare kebetulan bagi kite tapi ksemue itu dah ditentukan.

Dulu ade jugk yg dtg nagis nagis ingat saye dah 'tiada'..huhu.Allah masih sayang.

Untungnya jika nyawa yg ada ini dapat meneguhkan demi Allah dan Islam. Untungnya jika nyawa ini dapat berikan kebaikan utk seluruh umat manusia yg ada disekeliling kita. Dan untungnya jika diri ini sentiasa mengingati mati dan mati dalam mengingati Allah dan hati tidak lalai dari suruhanNya.

Namun, diri ini sentiasa sibuk dengan dunianya sahaja. Diri kita sentiasa sibuk, leka dengan masalah dikepala kite sahaja, penat dengan urusan dunia yg tidak berkesudahan. Layakkah kita menjejakkan kaki ke syurga?. Gerabak utk menuju ke Syurga bakal meninggalkan kita jika tidak ada masa memikirkan bekalan akhirat sana. Gerabak menuju Syurga Firdausi akan meninggalkan kita jika kita menangguh nanguhkan utk memikirkan amalan diakhirat sana. Allah dah menyelamatkan kita berkali kali selepas kite jatuh dan berada dalam bahaya. Tapi kita masih lupakan pertemuan dengannNya.Islam itu bukan sekadar tanda di kad pengenalan, bukan hanya solat dan puasa..tapi lebih indah daripada itu.

Kadang-kadang kite sengaje cari alasan utk tidak faham dan mencintai agama yg ada. Bebas lakukan apa saje tidak kisah langgar apa yang Allah larang. Bayangkan jika mati dalam keadaan melakukan dosa terhadapNya. Nauzubillah..

Hidup adalah peluang. Menjadi yang Allah suka atau sebaliknya. Semua org nk mati dalam keadaan yg baik dan tidak aib..tapi mana usahanya. Mati tidak boleh tunggu bile kite sedia..bile - bile sahaja. Setiap hari yg masih hidup..bukan bermakna kite layak utk hidup tapi peluang utk kite kembali dan bertaubat..bersyukur kepada Tuhan yg menciptakan kita.

Ya Allah..terima kasih atas peluang utk memiliki nyawa ini. Moga aku dikalangan hamba yg mencintai Tuhanku .Rasulku. Agamaku iaitu Islam dan jalan dakwahMu. Aamin.

0 comments:


"Always Be There"