Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...YaAllah, limpahkan Rahmat dan Keberkatan kepada kami,Aaamin..Aktifkan Zikrullah ~

Minggu lepas dan minggu ni berderet ade aktiviti.  Mule minggu lepas masukkan markah PBS dan susun fail, LADAP (masukkan data kokurikulum dan kurikulum dll). Sabtu ade Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan (Tahniah kepada semue pelajar tahun lepas atas kecemerlangan keputusan UPSR, PMR, SPM & STPM, moga berjaya utk peringkat seterusnya).


Ahad ade Bola Jaring dan Bola Sepak Terbuka Asrama 2013.. semua aspura dan aspuri terlibat termasuk cikgunye pun main jugak..dan kumpulan cikgu menang ! Yeah..xbestnye cikgu kne lenyek dengan bebudak yg lebih besaq dari cikgu, pinggang masih sakit akibat terjatuh smalam..pergelanggan kaki masih sakit akibat termasuk lubang kt padang, salah cikgu la xcek bebetul keadaan padang, pepun moge bebudak enjoy utk pertandingan semalam,ade pelajar yg alami kecederaan moge Allah sembuhkan anda semua..aamin..

Hari ni ade pemantauan PBS dan akan berlarutan sepanjang minggu ni jadi kne bersiap s
edia dengan evidens. Moge - moge xde yg hilang. Esok 16 - 19 April mule Trial STPM Penggal 2 dan esok first paper Pengajian Am. Moga Allah permudahkan.. "Ya Allah Kau berikan kemudahan, ketenangan, kefahaman kelancaran utk semua pelajar dan pelajar 6 MO1 menjawab soalan peperiksaan terutama paper P.AM". aamin..heh :D siapkan dengan senjata = ilmu. fuh..

Ok, esok dan rabu mule sukan tara lepas sekolah, dan hari Kejohanan Balapan akan berlangsung 24,25 dan 28 April 2013. Siap - siap kne cri atlet utk wakil rumah sukan.

Banyak aktiviti luaran yg berlangsung, moga aktiviti dalaman pun aktif sama..Selalunye aktiviti luaran macam ni memang nampak kepenatan tapi kalau aktiviti dalaman kuat insyaAllah dalaman dapat tandingi yg luaran.. Macam mana nak aktifkan dan kuatkan dalaman selalulah dengan Dia, penat sebut nama Dia, gembira selesaikan tugas sebutbnama Dia.. Tension stress tak terurus selalulah sebut, sujud pada Dia. Dia Maha Mengetahui keupayaan kita hamba Dia. Tiada upaya setanding dwngan pertolonganNYA. Carilah setiap perkara itu dari sisi yg positif...cari sumber utk bahagia lakukan tanggungjawab..tapi kita manusia tetap lemah kecuali bantuan dariNya.

Moga segala perbuatan akan menambahkan pahala untuk  saham diakhirat kelak. Allah sentiasa memerhatikan kita. Moga dalam kesibukan dunia kita jaga Iman dan sentiasa memikirkan tentang akhirat yg kelak, yang mana tempat berehat kita selamanya...

0 comments:


"Always Be There"