Bismillahirahmanirrahim…..Maha Suci Allah..yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan siang dan malam, menjadikan angin dan taufan, menjadikan manis dan pahit malah segala adalah ciptaanNya.

Sesungguhnya tidak dapat dilampiaskan rasa kesyukuran buat Rabbi yang telah menghidupkan diri ini di dunia yang serba indah nan sementara. Allah, telah banyak nikmat dan kurniaan yang diberikan lantas hati ini sentiasa rapuh menyebut kalimah syahadahMu…

Alhamdulillah, dah masuk bulan baru untuk tahun ini..selama 42 hari di sekolah sejak dipostingkan. Sukar digambarkan dan dinyatakan perasaan. Sukar dihembuskan nafas yang kian sesak, namun demi perjuangan yang tinggal akan dilangsaikan sehingga hujung nyawa jika diizinkan olehNya.

Alhamdulillah, sekolah ini amat baik…mempunyai rakan sejawat yang tidak kurang baik, mempunyai anak-anak murid yang juga sangat baik dan seluruh staf dan pekerja yang juga amat baik. Moge Allah melapangkan dada untuk menerima suasana baru ini sebaiknya dan secepatnya, Aamin. Perlu diingatkan pada diri, disini bukan untuk tempoh 3 bulan atau 2 minggu (seperti praktikal & ROS) tapi selama yang diizinkan.

Sepanjang tempoh ini, banyak aktiviti yang telah diadakan..alhamdulillah, sebagai penambahan pengalaman. Diantara program dan aktiviti setakat ini yang berlangsung adalah:

i. Pemantauan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012

ii. Ceramah Kesihatan

iii. Sambutan Israk Mikraj

iv. Kejohanan Olahraga Tahunan

v. Hari Koperasi Sekolah, Konvensyen Keusahawanan dan Hari Kantin Sekolah.

vi. Latihan Rumah Sukan

vii. Penutupan Sukan Tahunan SMKC

viii. Malam Simfoni Kearifan

ix. Kem Motivasi (UKM)

Dan program yang bakal menyusul:

i. Kuiz Kenegaraan

ii. Perlawanan persahabatan sukan

iii. Kem Motivasi (Asrama)

iv. Perkhemahan Bersepadu

v. Menghabiskan silibus (yang ni je xterlibat)

Tidak dinafikan, sekolah ini agak banyak menjalankan program dan aktiviti. Minggu lepas, minggu yang agak keletihan, bermula Isnin- Jumaat dipadatkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya Hari Kejohanan Sukan Tahunan, dan keunikan disekolah ini melancarkan perasmian penutupan sukan tahunan pada waktu malam!. dan penutupan itu berakhir pada jam 12.30 tengah malam…majlis habis agak lewat mungkin disebabkan kedatangan pihak VIP yg lewat seperti yang dijangkakan dan perasmian itu bermula pada 10.00 malam. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah Rumah Sukan saya dapat naib johan berbanding tahun lepas dapat tempat keempat iaitu tempat terakhir. Apepun, hepi je walau penat ^_~ saya yakin disekolah lain juga tidak kurangnya dengan pelbagai aktiviti dan itulah realitinya.

nape la dapat sekolah ni?. .

=) Allah ada jawapannya, tidak saje-saje Allah letakkan saye disini, bukan saje-saje Allah berikan cabaran ini , bukan sengaja Allah campakkan saye disini seorang diri dan segalanya pasti ada sebabnya, kadang akal lemah tak bermaya, pasrah dengan keadaan dan bukan Redha! Sangat dungu memikirkan ape yang telah diberikan dan itulah sikap manusia. Mahukah aku menjadi sedungu itu? Aha…jauhkan.

Kini, menetap di asrama walau secara teknikalnya masih belum dilantik secara rasmi. Mungkin agak janggal berjauhan dengan keluarga dan rumah kerana jarak 10-15 minit yang memisahkan. Namun, itulah pengorbanan yang perlu digalas, yang perlu ditempuh, insyaAllah pasti Allah mengetahui kemampuan diri ini.

Sedikit sebanyak, saye mule merasai hikmah di sebalik apa yang dilalui..ramai guru disini menjangkakan saye bekas pelajar sekolah ini, namun bukan sama sekali. Saya diberikan ‘perantauan’ yang agak jauh dan sangat besar hikmah saye ditempatkan disini..mudah-mudahan…kini, saye berusaha untuk dapatkan yang terbaik insyaAllah.

Malam semakin larut, dan kini mata ini sentiasa memujuk diri untuk beradu lebih awal daripada biasa…^_^ insyaAllah, esok akan ke SMK Seri Lipis untuk Kuiz Kenegaraan, doakan moge ia dipermudahkan…Rabbi yassir Wala Tu’assir.. Rabbi yassir wala tu'assir!

p/s : Ya Allah, jadikan diri ini insan yang menyenangkan dan bukan menyusahkan, Aamin.



~ MOGA ALLAH REDHA~


"Always Be There"