sori..lupe amik pic ni kat mane O_o

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way



My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


***************************************************************************************


Setiap hari, detik dan ketika kite pasti akan dihadiahkan dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Itu pasti untuk semua manusia dan ia tidak dapat dikecualikan. Namun yang membezakan setiap manusia itu hanya cara, bagaimana nak mengatasi setiap cabaran dan ujian yang diberikan. Mungkin ade sebilangan yang mengeluh, kenapa itu, kenape ini berlaku..kenape perlu aku? dan sebagainya.

Kite mungkin selalu melakukan kesilapan, namun itu tidak menjadikan sebab dan alasan untuk kite terus melakukan kesilapan. Refleksi diri dan pengajaran daripada setiap ujian dan cabaran itu perlu tersisip rapi buat pedoman diri. Jangan ditanye kenape perlu aku hadapi, tapi fikirlah bagaimane untuk kite hadapi. Dan kite perlu ingat, "Allah tidak akan beratkan sesuatu musibah setanding dengan kemampuan hambaNya.." . Jadi apabile kite diberikan cabaran dan ujian yang mungkin...kite rase kite tidak mampu hadapi..Percayalah, Allah lebih mengetahui kemampuan hambaNya..Cuma yang penting, kite sebagai hamba perlu bersyukur dan redha atas pemberian ujian sebagai tarbiah @ latihan dalam kehidupan seharian kite...Kerana itu salah satu tanda kasih sayang dari Allah...Dan perlu juge kite ingat, sebagai hamba yang mencintai Tuhannya, harus berusahe sehabis baik untuk mengatasinya dengan jalan yang bijak.. InsyaAllah, Allah akan sentiasa disamping kite dalam setiap ape yang kite lakukan dan akan membimbing kite untuk mencari yang terbaik.

Sedih, gembire, terkilan dan sebagainya..itu satu perasaan yang dianugerahkan Allah pade kite. Senyuman di bibir namun belum tentu hati turut tersenyum.. Gembire hari ini belum kite akan berterusan gembire pade esoknye..Sedih hari ini belum tentu kite akan sedih untuk selame-lamenye.. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang..dan hidup itu umpama roda...Jike berhadapan dengan insan lain yang tidak memahami kite, tidak dinafikan.. Umpama pepatah " rambut sama hitam, hati lain-lain" jangan marah atau sedih..sebab kite tidak boleh paksa orang untuk memahami kite seadanye..kite tidak boleh menyuruh orang lain untuk berfikirkan hanya yang baik-baik mengenai kite.. itu tidak adil bukan? Mungkin juge disebabkan diri kite yang tidak mahu memahami diri orang lain atau tidak mahu menerime orang lain seadanya? Jadi ayuh kite Berlapang dada..kerana setiap ape yang kite inginkan belum tentu akan jadi milik kite. Setiap ape yang kite rasai mungkin tidak dapat dirasai oleh orang lain. Jangan Sedih!.. Kite belajar memahami untuk difahami..Kite belajar menerime untuk diterime. Jangan bimbang pernilaian daripade manusie, tapi bimbang dengan penilaian dari Allah..kerana dia Hakim Yang Bijaksana. Sentiasa terapkan niat baik dalam diri..dan InsyaAllah segala kesulitan akan mampu kite hadapi atas pertolongan Allah SWT.

Kadang-kadang tidak semua perlu kite jelaskan. Kadang-kadang Allah yang akan menjelaskannya bagi pihak kita. Kenapa perlu risau kalau manusia tidak pernah memahami kita, sedang Allah yang lebih agung memahami kita? Mana yang lebih bernilai, Allah tahu keadaan kita atau manusia tahu keadaan kita. Sudah tentulah Allah. Manusia sekalipun dia tahu, apa yang dia boleh bantu kalau ia di luar batas mampu?.. memetik kata-kata dari Afdholul Rahman of LangitIlahi.

Jadikan Allah sebagai tempat utame untuk meluahkan segala penderitaan. Namun tidak bermakna untuk mengabaikan setiap insan yang berada di sisi kite..sahabat yang baik mampu menenangkan sahabatnya, baik dalam kesusahan mahupun senang..dan moge kite dapat menjadi sahabat yang baik itu. Menghulurkan tatkala sahabat rebah, membimbing tatkala diri penat dengan keperitan hidup..mungkin suatu hari nanti bile mane kite dilanda musibah, sahabat kite pula membantu kita?..Jangan berkire-kire untuk menghulurkan kebaikan..sebab setiap ape yang kite lakukan akan dihitung oleh Allah..Tapi jangan mengharapkan kebaikan yang kite berikan akan dibalas dengan kebaikan, boleh jadi akan dibalas keburukan..tapi itu ujian Allah untuk melihat sejauhmana keikhlasan daripade kebaikan yang kite hulurkan itu..Jadi, Jangan Mudah Melatah atau menuduh 'tidak mengenang budi" . Biarkan dibalas keburukan oleh manusie, jangan dibalas keburukan oleh Allah..itu lebih pedih dan lebih teruk kesannya..

"Janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang tinggi, sekiranya kamu beriman." [Surah Ali Imran : 139]

Jika kita menjaga hak-hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak kita. Jika kita ingat pada Allah sewaktu senang, nescaya Allah akan ingat kita pada waktu kita susah. Jika kita ingat Allah sewaktu kite sihat, nescaya Allah akan ingat pada kita sewaktu kita sakit. Baikkan Allah.. tapi walaupun kite tidak ingat kat Dia, Allah tetap berikan nafas untuk kite hidup..berikan mata untuk kite melihat, berikan mulut untuk bercakap, berikan tangan untuk menaip di blog? Jadi Mana Lagi nikmat yang kite nak nafikan? [Surah Ar-Rahman] Dalam ape jua keadaan..kite perlu ingat bahawa Allah adalah segala sesuatu yang paling penting dalam hidup kite..dan jangan jadikan selain darinya sebagai p'gantung hidup..InsyaAllah, hidup pasti lebih bermakna. Trust Allah dan La Tahzan(^^,)

"Wa lirobbika fashbir" Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah=)

p/s : Dengan mengeluarkan kata-kata agama, tidak semestinya aku seorang ustazah. Labuhnya tudungku, tidak semestinya aku seorang yang alim. Dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu, cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yang aku tahu. Dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik, lebih kuat! dan mendapat Redha Ilahi. Tiada lain..hanya Redha Allahurabbi♥

* umm...Ambil masa menenangkan diri seketika...tata, kuala lipis(*_~)"






From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!
A chilly wind begins to blow,
within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!
So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !
'


Oh God! Oh God! I cannot see !
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!


Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....


Hope my mum get well soon, ameen~_~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me


Bismillahirahmanirrahim..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah hari ni dah masuk 08 Zulhijjah 1432 dan esok 09 Zulhijjah 1432 atau dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya tersendiri hari yang amat mulia di dalam Islam. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wukuf ke pdang Arafah, kita yang di sini (Malaysia atau mane shje) yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangannya setahun sekali ini insyaAllah jangan disia-siakan. Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan dan jika tertinggal maka terbatallah haji yg dilaksanakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari itu..dan mempertingkatkan lebih alaman.. [insyaAllah utk seterusnya] . diTerdapat beberapa buah hadis untuk direnungkan bersama :

Daripada Abi Qatadah al-Ansar , Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa Arafah. maka jawab Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Dikaffah (diampun dosa ) setahun lalu dan setahun akan datang. ~Hadis Isnad Sohih yg dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi~

Puasa Arafah, Sabda Nabi s.a.w : " Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang. " ~HR Muslim~


Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah yang mana boleh kita lihat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka :" Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu" ~HR Ahmad~

Umat Islam pada hari ini tidak mengira warna kulit, kaya atau miskin, tua mahupun muda bersama-sama mengenakan pakaian serba putih memenuhi Padang Arafah semata-mata untuk melaksanakan rukun haji. Jika kita lihat, realitinya Padang Arafah merupakan simbolik atau persediaan kepada umat Islam melihat bagaimana suasana pada hari Qiamat iaitu di dataran Mahsyar yang penuh dengan ujian menanti keputusan amalan masing-masing.


Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang lepas dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa tahun 1432H mula beransur meninggalkan kita bersama kenangan indah dan pahit yang tersendiri. Sangat terharu tengok orang mengerjakan haji dan menghadap Kaabah yg sangat dekat..mesti syahdukan..betape seorang hamba yang sangat kerdil melihat kebesaran Sang PenciptaNya..dan mengharap keredhaanNya..Walaupun kite tidak disana insyaAllah bahangnya terasa di sini..

Pada 10 Zulhijjah 1432 pula insyaAllah umat Islam akan menyambut Hari Raya Eid'ul Adha iaitu Hari Raya Qurban. Jadi mesti ramai yang menjalankan ibadah qurban. Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Jika kite lihat Hukum melakukan ibadah Qurban mengikut Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat Muakkad iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. (jika salah tolong betulkan na...mekasih)

Jadi yang berkemampuan boleh laksanakan ibadah qurban dan bagi yang tidak berkemampuan melakukan qurban xpe jangan sedih, bak kata ustaz dalam Al-Kuliyah petang tdi :" Klu xmampu nak qurban (sembelih haiwan) maka hendaklah die qurban (sembelih) nafsu yang membawanye kepade kemungkaran." maksud, kite qurbankan sifat atau perkara yang tidak baik dalam diri kite. Memang agak sukar, tapi xpe..kalu kite latih insyaAllah sikit demi sedikit akan berjaya kan.."Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Bagi kisah 10 Zulhijjah saye dah masukkan dlm blog sebelum ni.

Baiklah , sampai sini dlu, selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..moge segala amalan yang kite lakukan diterime Allah SWT. Moge Allah ampuni segala kesalahan dan sentiasa memandu hati kite ke jalan yang diredhai olehNya.Amin...

P/S : Bulan ini juge merupakan bulan haram, haram utk berperang termasuk juga jangan ada permusuhan.
Salam ingatan untuk sahabat, ayah sedara dan mak sedara yang berada di Makkah Al Mukaramah, moge selamat di sana dan pulang..



Assalamualaikum..Salam Jumaat Penghulu Hari..sayu pulak dengar lagu ni..jum same-same hayati..^^',



Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurahman Allahurahim
Allahul malikul kudus hussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabar hul muttaqabir



Kadang-kadang hati bisa tersentuh tanpa sebab
air mata bisa mengalir tanpa sedar
Kepala pusing tanpa alasan
Sesak dada tanpa hembusan
Cinta Tuhan penyembuh mustajab, sungguh terkesan..
Teman jiwa suka nan lara..
bukan sementara, tapi akhirnya..

Bisa hati bertanyakan..
mengapa perlu itu?
mengapa perlu dia?
Setiap jawapan mungkin tidak dapat merawat,
hilang tenteram..bisa sakit bertambah..
namun, hadapinya itu perlu..
pasti yakin jika tunjangi dengan Redha, syukur..
Allah pasti ada, jika ingatan hamba sentiasa semat.


ah...mengeluh itu beban,
bisa jadi lepasan beban..
berat nafas , gundah lepaskan..
Usah jiwa fikir ujian..
Doa, yakin itu dari Tuhan..
untuk jadi hamba syukur berterusan..
putus asa jangan sesekali difikirkan.





**kAcaUbiLau**

~Ketika kita berhenti mengejar apa yang bukan untuk kita, maka Allah akan mempertemukan kita dengan apa yang terbaik untuk kita(= .
Hopefully, yakinkan hati ini..Ya Allah, ameen~




Bismilahirrahmanirrahim....

Celik sahaja mata, mulut kita pun akan memulakan tugasnya bercakap sehinggalah mata kita terpejam. Bolehkah kita hidup seharian tanpa bercakap? Bayangkanlah andai kita duduk berseorangan seharian tanpa dapat berkata-kata.

*************************************************************************************


Bayangkan anda berada di rumah seharian dan bersendirian tanpa teman berbicara. Pasti boleh sakit jiwa. Begitulah pentingnya teman untuk berbual, supaya apa yang ada dalam minda dan hati dapat diluahkan melalui kata-kata.


Namun, kita harus ingat bahawa bercakap ini harus kena pada tempatnya. Kita tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan akibat daripada ungkapan yang kita keluarkan. Macam kata pepatah Melayu, " kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Islam juga mengariskan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka berbicaralah dengan baik atau diam." (Riwayat al-Bukhari)


Jika bicara kita tidak mendatangkan kebaikan, lebih baik kita berdiam diri. Tujuan dan matlamat manusia berbicara atau bercakap perlu jelas. Kesannya harus mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dan bukan sebaliknya. Selain itu, untuk menjamin wujudnya keharmonian sesama manusia. Islam telah menggariskan beberapa syarat untuk kita patuhi sebelum, semasa dan selepas kita berbicara. Peringatan ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah dalam surah Qaf ayat 18 yang bermaksud : "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan, melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir
(malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan). (Surah Qaf 50: 18)




ADAB-ADAB APABILA BERBICARA

Bercakap Benar

Sebelum perkataan keluar dari mulut kita, kita perlulah berhati-hati dan berfikir sebaik-baiknya kerana Islam mewajibkan supaya bercakap benar . Pepatah Melayu juga ada menyebut , "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya." Kewajipan untuk bercakap benar seperti firman Allah dalam al-Quran surah al-Tawbah ayat 119 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, bertawaqalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama-sama orang yang benar".

Bercakap harus berpandukan kepada fakta yang benar dan bukanlah pendustaan yang dilemparkan untuk memuaskan hati atau demi kepentingan diri. Maka jadilah kita hamba yang sentiasa bercakap benar.

Perkataan yang Baik

Setiap kebaikan yang kita berikan akan dibalas dengan kebaikan. Oleh sebab itu, ucapkanlah kata-kata yang baik agar sedap orang mendengarnya, kata-kata itu akan dibalas juga dengan kata-kata yang baik. Kata-kata yang baik boleh mendatangkan kebaikan, memberikan rangsangan motivasi , menimbulkan semangat dan menggembirakan orang yang mendengarnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebeleh kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik. " (Riwayat al-Bukhari)

Allah juga menyuruh kita bercakap dengan baik sesama manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud: " Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia."

Kurangkan Bercakap

Inilah perkara yang amat susah untuk kita praktikkan. Ramai orang tahu bahawa kita hanya bercakap apabila diperlukan sahaja. Realitinya memang sukar untuk kita laksanakan. Mulut ini lebih selesa bercakap daripada senyap. Kalau tidak dapat bercakap, terasa tekanan yang amat sangat. Kita harus mencari jalan untuk mendorong hati agar sedikit berbicara. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara." (Riwayat al-Tirmizi)

Jelas dan Terang

Berbicaralah dengan suara yang jelas dan terang supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang mendengarnya. Ini hanyalah sebahagian daripada adab atau seni berbicara yang dianjurkan dalam Islam. Apabila berbicara, jadikanlah bicara dan setiap lafaz yang terucap itu ibadah. Moga Allah nilai sebagai satu amalan yang membuahkan pahala kerana kata-kata juga satu sedekah. Apabila berkata-kata juga, selitkanlah mesej tauhid. Moga ada manfaatnya buat diri yang sedang berbicara dan orang yang mendengarnya.


Interaksi Islami : Hj. Zainuddin Ali_ Solusi


Kesan bersikap jujur lebih baik berbanding kesan daripada tidak bersikap jujur,
Natijah daripada bercakap dusta (menipu) lebih berat berbanding berkata benar,
Kesan berkata baik lebih menyenangkan berbanding berkata tidak baik,
Mungkin ramai yang tidak ingin ditipu, tapi masih menipu..
Mungkin ramai ingin orang bersikap jujur namun sendiri tidak jujur..
Jika keburukan dibalas kebaikan...itu bicara Tuhan,
untuk membuka mata hati supaya selami diri...
~Jika aku membalas keburukan dengan keburukan apa bezanya antara aku dan kamu~






"Always Be There"