Bismillahirahmanirrahim..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah hari ni dah masuk 08 Zulhijjah 1432 dan esok 09 Zulhijjah 1432 atau dikenali sebagai Hari Arafah. Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya tersendiri hari yang amat mulia di dalam Islam. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wukuf ke pdang Arafah, kita yang di sini (Malaysia atau mane shje) yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangannya setahun sekali ini insyaAllah jangan disia-siakan. Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan dan jika tertinggal maka terbatallah haji yg dilaksanakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari itu..dan mempertingkatkan lebih alaman.. [insyaAllah utk seterusnya] . diTerdapat beberapa buah hadis untuk direnungkan bersama :

Daripada Abi Qatadah al-Ansar , Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa Arafah. maka jawab Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Dikaffah (diampun dosa ) setahun lalu dan setahun akan datang. ~Hadis Isnad Sohih yg dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi~

Puasa Arafah, Sabda Nabi s.a.w : " Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang. " ~HR Muslim~


Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah yang mana boleh kita lihat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka :" Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu" ~HR Ahmad~

Umat Islam pada hari ini tidak mengira warna kulit, kaya atau miskin, tua mahupun muda bersama-sama mengenakan pakaian serba putih memenuhi Padang Arafah semata-mata untuk melaksanakan rukun haji. Jika kita lihat, realitinya Padang Arafah merupakan simbolik atau persediaan kepada umat Islam melihat bagaimana suasana pada hari Qiamat iaitu di dataran Mahsyar yang penuh dengan ujian menanti keputusan amalan masing-masing.


Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang lepas dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Zulhijjah juga memberi peringatan kepada kita bahawa tahun 1432H mula beransur meninggalkan kita bersama kenangan indah dan pahit yang tersendiri. Sangat terharu tengok orang mengerjakan haji dan menghadap Kaabah yg sangat dekat..mesti syahdukan..betape seorang hamba yang sangat kerdil melihat kebesaran Sang PenciptaNya..dan mengharap keredhaanNya..Walaupun kite tidak disana insyaAllah bahangnya terasa di sini..

Pada 10 Zulhijjah 1432 pula insyaAllah umat Islam akan menyambut Hari Raya Eid'ul Adha iaitu Hari Raya Qurban. Jadi mesti ramai yang menjalankan ibadah qurban. Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Jika kite lihat Hukum melakukan ibadah Qurban mengikut Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat Muakkad iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. (jika salah tolong betulkan na...mekasih)

Jadi yang berkemampuan boleh laksanakan ibadah qurban dan bagi yang tidak berkemampuan melakukan qurban xpe jangan sedih, bak kata ustaz dalam Al-Kuliyah petang tdi :" Klu xmampu nak qurban (sembelih haiwan) maka hendaklah die qurban (sembelih) nafsu yang membawanye kepade kemungkaran." maksud, kite qurbankan sifat atau perkara yang tidak baik dalam diri kite. Memang agak sukar, tapi xpe..kalu kite latih insyaAllah sikit demi sedikit akan berjaya kan.."Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Bagi kisah 10 Zulhijjah saye dah masukkan dlm blog sebelum ni.

Baiklah , sampai sini dlu, selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..moge segala amalan yang kite lakukan diterime Allah SWT. Moge Allah ampuni segala kesalahan dan sentiasa memandu hati kite ke jalan yang diredhai olehNya.Amin...

P/S : Bulan ini juge merupakan bulan haram, haram utk berperang termasuk juga jangan ada permusuhan.
Salam ingatan untuk sahabat, ayah sedara dan mak sedara yang berada di Makkah Al Mukaramah, moge selamat di sana dan pulang..


0 comments:


"Always Be There"