Salam....

Di dalam kitab "Al-Multaqith" diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk. Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementar
a dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi. Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut lalu menjelaskan mengenai dirinya serta berkata,

"Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!"...

"Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah," kata tokoh Muslim di kampung itu. "Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku," kata ibu tersebut.

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah.

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijua. Kepada Rasulullah SAW dia lalu bertanya, "Wahai Rasulullah ! Milik siapa istana ini? "Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah, " jawab baginda. "Wahai RAsulullah, aku pun seorang Muslim," jawabnya.

"Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah," sabda Rasulullah SAW kepadanya.


Tokoh di kampung itu pun binggung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW kemudian bersabda lagi,

"Disaat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya ,
"Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku !" Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu menunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!"

Sesaat kemudian lelaki Muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai , lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada. Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menumpangkan wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. " Di mana wanita Alawiyah itu?" tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi .

"Ada padaku," jawab si Majusi. " Aku sekarang mengkehendakinya." ujar lelaki Muslim itu. " Tidak semudah itu." jawab lelaki Majusi. " Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku." desak lelaki Muslim. " Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya. " jawab lelaki Majusi itu. " Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya." ujar lelaku Muslim itu seolah-olah menggugut.
Maka lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu,

"Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah , aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam dihadapan wanita Alawiyah itu dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW sendiri telah pula bersabda kepadaku,

"Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?" "Ya, benar," jawabku. "Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai seorang mukmin, " sabda sabda kembali.

Bantulah mereka tidak kira siapa, dari mana dia datang, keturunan mana, agama apa atau sebagainya dengan kemampuan yang ada. Sesungguhnya pertolongan yang memanfaatkan akan mendapat RedhaNya bukan sahaja di dunia malah ganjaran di Akhirat.




Salam Illa'liqa...

7 comments:

Diriku.. said...

"Semulia-mulia manusia ialah mereka yang mmpunyai adab merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkn ketika berdaya mmbalas dan bersikap adil ketika kuat.."~ Khalifah Abdul Malik Marwan

Terimakasih atas prkongsian ilmu yg sgt brmnfaat..Salam..

Abgbent said...

Sebenarnya abg nak bagitau pasal nuffnang. Adik nak cuba?

Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan yang membayar iklan-iklan yang diklik pada blog yang dipunyai. Tak ada bayaran dikenakan oleh mereka sekiranya kita sudi meletakkan iklan mereka. Kalau adik nak tengok, cuba layari semula blog abg. :)

Rasanya blog adik ni memang sesuai diletakkan iklan. Tak nak cubakah?

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Salam kepada Diriku,em...2 amik dri pic i love Islam...ye 2 diantarenye shje,yg di atas ni lagi betul..time kasih jugak ats kongsian=)

Salam kepada Abgbent, o...em...sye xbpe reti psl ni hu2,nnt akma risik2 cm ne nak wt nuff tu ek..huhu...time ksh=)

Pemuda Internet said...

blognya keren..
kunjungi blog ku ya...
happy blogging

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Salam deekkyy...insyaAllah nnt akk kunjung=)

IKLAN PERCUMA said...

assalamualaikum ,best blog ni...info2 yg berguna utk informasi semua.tq

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

waalaikummussalam....em..biase2 je..insyaAllah akn menulis tuk manfaat bersme..huhu..time kasih sdi singgah...may Allah bless us=)


"Always Be There"