Tidak ada sumber yang paling baik untuk dibuat rujukan kecuali Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Apakah ianya sesuatu yang baru datang ke Semenanjung Tanah Arab yang menghapuskan jahiliah dan membentuk suatu umat yang terbaik untuk kebaikan manusia seluruhnya?


Kehadirannya melalui turunnya wahyu al Quran kepada Muhammad SAW lalu baginda mengajarkannya kepada menusia. Rasulullah SAW membentuk diri mereka menjadi lelaki yang berpegang kepapa akidah yang sebenar. Tangan mrkalah yg m'bangunkan daulah Islamiyah (negara Islam) yg tulen dan membawa rahmatul lil'alamin.


Uslub dalam Al-Quran menjelaskan akidah adalah sebaik2 cara yang paling sempurna dan dapat mengikat hati lalu memancarkan Nur Iman sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah Kitab (al-Quran) yang jelas lagi nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) Allah menunjukan jln keselamtan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepda cahaya (iman) yang terang -benderang dgn izinNya dan (denganya juga) Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus."

(Al-Maaidah: 15-16)


Uslub dan cara Al- Quran memuaskan dan memenuhi hati dengan akidah tauhid, hari kebangkitan dan pembalasan adalah uslub yang indah, menkjubkan , mudah dan memudahkan sebagaimn firman Allah SWT yang bermaksud :


" Dan demi sesungguhnya! Kami telah permudahkan Al-Quran untuk dijadikan dan menjadi peringatan dan pengajaran , maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?."


Sebgmna juga sunnah Rasulullah SAW yang menjelaskan kitab Allah, di dalamnya terdapat segala yang boleh memberikan pertolongan kepda setiap org yg suka menegakkan akidah Islam dalam dirinya sebagmn sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Aku tinggalkan kepdamu 2 perkara, selagi kamu berpegang kepda keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku, cara hidupku."

Oleh yang demikian, kite amt beruntung dijadikan sebagai umat Nabi Muhammad..segala petunjuk dan bekalan telah di berikan,kite hanye perlu mendalaminye dgn mata hati dan sentiase berpegang teguh dgn ajarn yg telah diturunkan kepada kite..kunci iman dan ketqwaan seseorg bermula dgn adnye akidh yg utuh dlm diri kite sndiri..Jadikan al Quran sebagai panduan hidup, kompas kepada kite dan sunnah Rasulullah sebagai cara hidup i'Allah akan di berkati selamanya..

Salam,ma'assalamah..
ill'liqa...
peace:)

3 comments:

insan said...

Islam adalah cahaya penerang, dan jalan bagi mereka yang hidup.
Islam menawarkna CInta dan menyuguhkan Damai

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

kita kene kembali merujuk kepada al-quran dan sunnah rasulullah jika terdapat percanggahan pendapat di kalangan kita kerana al-quran dan hadislah sumber perundangan yang hakiki dan tidak boleh diperdebatkan/dipertikaikan...

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Salam...em..mmg,AlQuran dan Sunnah adlah smbr rujukan bagi kite..sgle2nye terkandung di dlmnye..hatta penawar bgi sgle p'ykit...jgn biarkan ia jauh dri hdup kite..peace:)

p/s to Putra Al-Maliki: time ksh sdi singgh,i'Allah sye akn singgh di blog saudare.


"Always Be There"